[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Galas (kawasan negeri)

kawasan pilihan raya negeri di Kelantan, Malaysia

Galas merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Kelantan, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan kod N.45.[4] Kawasan pilihan raya ini mula dipertandingkan pada pilihan raya 1986 dan memberi mandat kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri di DUN Kelantan mengikut sistem undian terbanyak. Galas merupakan satu daripada tiga kawasan pilihan raya negeri yang terletak di dalam kawasan parlimen Gua Musang (P.032).[3][5]

N.45 Galas
Kawasan pilihan raya  Kelantan
Koordinat:4°49′47″N 101°54′21″E / 4.829768°N 101.905964°E / 4.829768; 101.905964Koordinat: 4°49′47″N 101°54′21″E / 4.829768°N 101.905964°E / 4.829768; 101.905964
Bahagian pilihan raya negeri
Badan perundanganDewan Undangan Negeri Kelantan
ADUN
 
 
 
Mohd Syahbuddin Hashim
BN
Kawasan pilihan raya diwujudkan1984
Kali pertama dipertandingkan1986
Kali terakhir dipertandingkan2023
Demografi
Populasi (2020)[1]50,230
Pemilih (2018)[2][3]20,399
Luas (km²)[3]2,827

Gambaran keseluruhan

sunting

Taburan etnik Galas setakat 2018.[6]

  Melayu (63.72%)
  Lain-lain (20.87%)
  Cina (14.14%)
  India (1.28%)

Berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus2020), kawasan pilihan raya Galas mempunyai jumlah penduduk seramai 50,230 orang, dengan 52.5 peratus merupakan penduduk berjantina lelaki dan 47.5 peratus penduduk merupakan perempuan. Majoriti penduduk di kawasan DUN Galas merupakan kaum Bumiputera seperti Melayu dan orang Asli dengan jumlah mencecah 87.7 peratus. 9.7 peratus penduduknya merupakan berkaum Cina, diikuti oleh penduduk berkaum India sebanyak 2.2 peratus. Selebihnya, iaitu sebanyak 0.4 peratus penduduk di kawasan ini merupakan berkaum lain-lain.[1] Pada pilihan raya negeri Kelantan 2018, kawasan Galas mempunyai jumlah pemilih yang berdaftar seramai 20,399 orang, dengan luas kawasan sebanyak 2,827 kilometer persegi (282,700.0 he).[2][3]

Kedudukan geografi kawasan pilihan raya Galas terletak di bahagian barat daya Kelantan, berdekatan dengan sempadana anatara dua negeri iaitu Perak di bahagian barat dan Pahang di bahagian selatan. Ia terletak di bahagian barat kawasan parlimen Gua Musang (P.032). Kawasan Galas terletak sepenuhnya dalam Jajahan Gua Musang, iaitu sebuah jajahan di Kelantan. Ia meliputi mukim-mukim dalam Jajahan Kecil Lojing seperti Balar, Blau, Hau, Hendrop, Kuala Betis, Sigar, dan Tuel, sebahagian daripada Mukim Ulu Nenggiri dalam Daerah Bertam, Jajahan Gua Musang. Kawasan Galas juga meliputi mukim-mukim dalam Daerah Galas iaitu, Mukim Ketil, Mukim Gua Musang, Mukim Batu Papan, Mukim Pulai dan Bandar Gua Musang.[7] Ketinggian bentuk muka bumi maksimum di wilayah Galas ialah 2,258 meter (7,408 ka) dari paras laut.[1]

Daerah mengundi

sunting

Berdasarkan warta yang diperakui pada tahun 2016, kawasan pilihan raya Galas merangkumi lima belas daerah mengundi iaitu Sungai Betis, Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai, Hau, Kampung Pulai, Kampung Bahru, Bandar Lama Gua Musang, Bandar Baru Gua Musang, Kampung Batu Papan, Lepan Tupai, Sungai Terah dan Blau.[3][8]

Pusat mengundi

sunting
Daerah mengundi Nombor kod Pusat mengundi[8] Bilangan pemilih (2016)[3]
Nama pusat mengundi Lokasi pusat mengundi
Sungai Betis 032/45/01 Sekolah Kebangsaan Kuala Betis Kampung Kuala Betis, 18300 Gua Musang 1,224
Lojing 032/45/02 Sekolah Kebangsaan Pos Brooke FT 185, Pos Brooke, 18300 Gua Musang 820
Sungai Ber 032/45/03 Sekolah Kebangsaan Hendrop Pos Hendrop, 18300 Gua Musang 532
Belatim 032/45/04 Balai Rawatan JAKOA Pos Belatim Pos Belatim, 18300 Gua Musang 210
Balar 032/45/05 Sekolah Kebangsaan Balar Pos Balar, 18300 Gua Musang 282
Bihai 032/45/06 Sekolah Kebangsaan Bihai Pos Bihai, 18300 Gua Musang 373
Hau 032/45/07 Tabika Hau Pos Hau, 18300 Gua Musang 307
Kampung Pulai 032/45/08 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Pulai Kampung Pulai, 18300 Gua Musang 526
Kampung Bahru 032/45/09 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Gua Musang Bandar Gua Musang, 18300 Gua Musang 2,401
Bandar Lama Gua Musang 032/45/10 Sekolah Kebangsaan Gua Musang Jalan Pulai, 18300 Gua Musang 1,738
Bandar Baru Gua Musang 032/45/11 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra Jalan Persiaran Raya, 18300 Gua Musang 2,580
Kampung Batu Papan 032/45/12 Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 Jalan Pulai Lama, 18300 Gua Musang 2,435
Lepan Tupai 032/45/13 Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya Kampung Lepan Jaya, 18300 Gua Musang 742
Sungai Terah 032/45/14 Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra Kampung Sungai Terah, 18300 Gua Musang 2,532
Blau 032/45/15 Sekolah Kebangsaan Blau Pos Blau, 18300 Gua Musang 191

Sejarah

sunting

Sejarah perwakilan

sunting
ADUN Galas
Dewan Tahun Ahli Parti
Kawasan diciptakan daripada Gua Musang
Ke-7 1986-1990 Zakaria Hasan BN (UMNO)
Ke-8 1990-1995 Omar Mohamed S46
Ke-9 1995-1999
Ke-10 1999-2004 Mohamad Saufi Deraman BN (UMNO)
Ke-11 2004-2008
Ke-12 2008-2010 Chek Hashim Sulaiman PAS
2010-2013 Ab Aziz Yusoff BN (UMNO)
Ke-13 2013-2018
Ke-14 2018-2023 Mohd Syahbuddin Hashim
Ke-15 2023-kini

Sejarah pilihan raya

sunting
Pilihan raya negeri Kelantan 2023
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohd Syahbuddin Hashim 10,742 59.19 13.10
PAS Mohd Tarmizi Abd Rahman 7,405 40.81 5.72
Jumlah undian sah 18,147 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 27
Kertas undi tidak dikembalikan 140
Keluar mengundi 18,314 61.79
Pengundi berdaftar 29,638
Majoriti 3,337
BN kekal Peralihan
Sumber

[9]

Pilihan raya negeri Kelantan 2018
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohd Syahbuddin Hashim 7,281 46.09 9.07
PAS Suhaimi Mat Deris 5,543 35.09 9.75
PH Nasir Dollah 2,973 18.82 18.82
Jumlah undi sah 15,797 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 317
Kertas undi tidak dikembalikan 81
Keluar mengundi 16,195 79.39
Pengundi berdaftar 20,399
Majoriti 1,738 11.00
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Kelantan 2013
Parti Calon Undian % ∆%
BN Abdul Aziz Yusoff 6,956 55.16 1.13
PAS Abdullah Hussein 5,655 44.84 1.13
Jumlah undi sah 12,611 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 273
Kertas undi tidak dikembalikan 24
Keluar mengundi 12,908 86.30
Pengundi berdaftar 14,962
Majoriti 1,301 10.32
BN kekal Peralihan
Pilihan raya kecil negeri Kelantan 4 November 2010
Susulan kematian penyandang, Che Hashim Sulaiman.
Parti Calon Undian % ∆%
BN Abdul Aziz Yusoff 5,324 56.29 10.25
PAS Zulkefli Mohamed 4,134 43.71 10.25
Jumlah undi sah 9,458 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 132
Kertas undi tidak dikembalikan 3
Keluar mengundi 9,593 83.03
Pengundi berdaftar 11,553
Majoriti 1,190 12.58
BN ambil alih dari PAS Unjuran ?
Sumber

"Pilihan Raya Kecil N.45 Galas". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-19. Dicapai pada 2018-09-19.

Pilihan raya negeri Kelantan 2008
Parti Calon Undian % ∆%
PAS Che Hashim Sulaiman 4,399 53.96 16.98
BN Mohamad Saufi Deraman 3,753 46.04 16.98
Jumlah undi sah 8,152 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 171
Kertas undi tidak dikembalikan 33
Keluar mengundi 8,356 80.89
Pengundi berdaftar 10,330
Majoriti 646 7.92
PAS ambil alih dari BN Unjuran ?
Pilihan raya negeri Kelantan 2004
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohamad Saufi Deraman 4,184 63.02 0.44
PAS Che Hashim Sulaiman 2,455 36.98 N/A
Jumlah undi sah 6,639 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 156
Kertas undi tidak dikembalikan 10
Keluar mengundi 6,805 75.85
Pengundi berdaftar 8,972
Majoriti 1,729 26.04
BN kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Kelantan 1999
Parti Calon Undian % ∆%
BN Mohamad Saufi Deraman 5,336 63.46 20.85
KEADILAN Zulkifli Mohamad 3,072 36.54 N/A
Jumlah undi sah 8,408 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 297
Kertas undi tidak dikembalikan 0
Keluar mengundi 8,705 72.00
Pengundi berdaftar 12,091
Majoriti 2,264 26.92
BN ambil alih dari S46 Unjuran ?
Pilihan raya negeri Kelantan 1995
Parti Calon Undian % ∆%
S46 Omar Mohamed 4,056 54.63 17.10
BN Zakaria Hasan 3,163 42.61 14.34
AKIM Nik Ismail Wan Idris 205 2.76 N/A
Jumlah undi sah 7,424 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 472
Kertas undi tidak dikembalikan 57
Keluar mengundi 7,953 70.81
Pengundi berdaftar 11,231
Majoriti 893 12.02
S46 kekal Peralihan
Pilihan raya negeri Kelantan 1990
Parti Calon Undian % ∆%
S46 Omar Mohamed 4,465 71.73 N/A
BN Zakaria Hasan 1,760 28.27 44.48
Jumlah undi sah 6,225 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 199
Kertas undi tidak dikembalikan 0
Keluar mengundi 6,424 73.53
Pengundi berdaftar 8,737
Majoriti 2,705 43.46
S46 ambil alih dari BN Unjuran ?
Pilihan raya negeri Kelantan 1986
Parti Calon Undian % ∆%
BN Zakaria Hasan 3,420 72.75
PAS Ibrahim Renjar 1,281 27.25
Jumlah undi sah 4,701 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 225
Kertas undi tidak dikembalikan 0
Keluar mengundi 4,926 69.98
Pengundi berdaftar 7,039
Majoriti 2,139 45.50
Ini ialah kawasan baharu diciptakan.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "OpenDOSM - Kawasanku". OpenDOSM. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 31 Januari 2023.
  2. ^ a b "2018第14屆全國大選成績表: 吉蘭丹" [Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 2018: Kelantan] (PDF) (dalam bahasa Cina). Guang Ming Daily. 11 Mei 2018. m/s. G6. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Mei 2018. Dicapai pada 3 Januari 2023.
  3. ^ a b c d e f "Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018" (PDF). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-12. Dicapai pada 2018-05-15.
  4. ^ "Kod dan Klafikasi Parlimen dan DUN" (PDF). www.dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2 Januari 2023.
  5. ^ "Panduan Kawasan DUN". smplucee.ukm.my. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 23 Jun 2023.
  6. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2023-03-05.
  7. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  8. ^ a b "Warta Kerajaan Persekutuan | Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu" (PDF). Jabatan Peguam Negara Malaysia. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-03-28. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  9. ^ "Warta Kerajaan Persekutuan - Keputusan Pilihan Raya Yang Dipertandingkan Dan Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian Pilihan Raya Negeri Bagi Kelantan" (PDF). Jabatan Peguam Negara. 2023-08-29. Dicapai pada 2024-05-13.CS1 maint: date and year (link)
  10. ^ "Semakan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14". Semakan Keputusan Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020.
  11. ^ "14th General Election Malaysia (GE14/PRU14) - Kelantan". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Januari 2021.
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2021.
  13. ^ a b c d e f "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.