Federico Fellini
Federico Fellini Cavaliere di Gran Croce OMRI [fedeˈriːko felˈliːni; fé-dé-ri-ko fél-li-ni] (20 Januari 1920 - 31 Oktober 1993) dengan gelaran merupakan seorang pengarah filem dan penulis skrip Itali.
Federico Fellini | |
---|---|
Kelahiran | Rimini, Itali | 20 Januari 1920
Meninggal dunia | 31 Oktober 1993 Rom, Itali | (umur 73)
Pekerjaan | Pembuat filem |
Tahun aktif | 1945–1992 |
Karya terkenal |
|
Pasangan | Giulietta Masina (k. 1943) |
Beliau dianggap antara pengarah filem paling terunggul dan memengaruh sepanjang zaman.[1][2][3] Salah satu filemnya La dolce vita meraih beliau Palme d'Or di Festival Filem Cannes; beliau turut dicalonkan sebanyak 12 kali dalam acara Anugerah Akademi serta menang dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik sebanyak 4 kali daripada percubaan itu. Beliau turut memenangi Anugerah Kehormat Akademi Pencapaian Seumur Hidup atas sumbangannya kepada industri filem dalam Anugerah Akademi ke-65[4]
Biografi
suntingAwal hidup
suntingFederico dilahirkan pada 20 Januari 1920 di Rimini, sebuah bandar kecil berhampiran Laut Adriatik pada suatu masa dahulu, dan keluarganya tergolong dalam kelas pekerja. Semasa berniaga di Rimini, ayahnya Urbano menghantar isteri dan keluarganya ke Rom pada tahun 1940 untuk berkongsi rumah pangsa dengan anak lelakinya.
Kerjaya perfileman
suntingSenja usia
suntingFederico meninggal dunia di Rom pada 31 Oktober 1993 dengan umur 73 tahun selepas serangan jantung yang dialaminya beberapa minggu sebelum itu, iaitu sehari selepas sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke-50[5]. Federico dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan agama Roman Katolik dan menggelar dirinya sebagai seorang yang beragama Katolik.
Gaya pengarahan
suntingWalaupun Federico seringkali tidak mengambil kisah terhadap bidang politik, dia secara umumnya tidak menyukai pemikiran autoritarianisme, dan buah fikirannya ditafsirkan Bondanella sebagai sesuatu yang mempercayai "maruah dan juga kemuliaan individu". Dengan visi masyarakat yang berperibadi dan khusus, filem Federico memperlihatkan gabungan istimewa unsur ingatan, mimpi, fantasi dan keinginan.
Filemografi
suntingFilem
sunting- Filem cetera
- Luci del varietà (bersama Alberto Lattuada, 1950)
- Lo sceicco bianco (1952)
- I vitelloni (1953)
- La strada (1954)
- Il bidone (1955)
- Le notti di Cabiria (1957)
- La dolce vita (1960)
- 8½ (1963)
- Giulietta degli spiriti (1965)
- Fellini Satyricon (1969)
- Roma (1972)
- Amarcord (1973)
- Il Casanova di Federico Fellini (1976)
- Prova d'orchestra (1979)
- La città delle donne (1980)
- E la nave va (1983)
- Ginger e Fred (1986)
- La voce della Luna (1990)
- Filem antologi
- L'amore in città (1953) - episod "Agenzia matrimoniale"
- Boccaccio '70 (1962) - episod "Le tentazioni del dottor Antonio"
- Tre passi nel delirio (1968) - episod "Toby Dammit"
Televisyen
sunting- Block-notes di un regista (1969) - dokumentari
- I clowns (1970), dokumentari
- Intervista (1987), dokumentari
Rujukan
sunting- ^ "The 25 Most Influential Directors of All Time". MovieMaker Magazine.
- ^ "10 Most Influential Directors Of All Time". WhatCulture.com. 2013-04-05.
- ^ Burke and Waller, 12
- ^ "Federico Fellini"..
- ^ Federico Fellini, Film Visionary, Is Dead at 73, nytimes.com; accessed 28 August 2017.
Pautan luar
sunting- Laman web persendirian rasmi kelolaan waris dan keluarga beliau, dalam bahasa Inggeris
- Fellini Foundation (dalam bahasa Itali)
- Fondation Fellini pour le cinéma
- Federico Fellini di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)