[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Fauzi Abdul Rahman

Dato’ Sri Haji Fauzi Abdul Rahman merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Pahang dan bekas Pengerusi MPN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang. Juga merupakan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan. Bapanya Abdul Rahman Talib merupakan bekas Menteri Pelajaran Malaysia. Pada peringkat awal, beliau dilihat boleh menjadi menteri penuh atau menteri besar.

Yang Hormat Dato’ Sri
Fauzi bin Abdul Rahman
SSAP, DIMP, AMP (Pahang); PPN
Pengerusi MyHSR Corp
Menyandang jawatan
26 Jun 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAnthony Loke Siew Fook
Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn bhd
Dalam jawatan
2018–2021
Perdana MenteriMahathir Mohamad (2018-2020)
Mahiaddin Yassin (2020-2021)
MenteriAnthony Loke Siew Fook (2018-2021)
Wee Ka Siong (2020-2021)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Indera Mahkota, Pahang
Dalam jawatan
24 Jun 2013 – 7 April 2018
Didahului olehAzan Ismail
Digantikan olehDato' Sri Saifuddin Abdullah
(2018-2020)
(2020-kini)
Pengerusi
Parti Keadilan Rakyat
Negeri Pahang
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului olehAzan Ismail
Digantikan olehFuziah Salleh
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Beserah
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehJamal Ab Nasir Ismail
Digantikan olehFisar Abdullah
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
1997–1999
Setiausaha Parlimen
Kementerian Pembangunan Tanah
dan Koperasi
Dalam jawatan
1995–1997
MenteriOsu Sukam
Kasitah Gaddam
Didahului olehMohd Noh Rajab
Digantikan olehAinon Khariyah Mohd Abas
Setiausaha Parlimen
Kementerian Penerangan
Dalam jawatan
1990–1995
MenteriMohamed Rahmat
Didahului olehDusuki Ahmad
Digantikan olehMohd Shafie Apdal
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuantan, Pahang
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului olehAdam Abdul Kadir
Digantikan olehMohd Khalil Yaakob
Maklumat peribadi
Lahir (1946-08-27) 27 Ogos 1946 (umur 78)
Galing Besar , Kuantan, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia)
Parti politik (-2008)
(2008-kini)
PasanganDatin Sri Hajah Khamisah Mohd
PertalianTan Sri Yahya Mohd Seth (Datuk Saudara)
Anak6 (termasuk Ahmad Farhan Fauzi)
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
KediamanIndera Mahkota
PekerjaanAhli Politik, Jurutera
Laman webFauzi Abdul Rahman di Facebook

Bersama UMNO

sunting

Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dari Oktober 1990 -1995, sebelum menjadi setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1995-1997) dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997-99).

Beliau merupakan bekas ketua UMNO bahagian Kuantan dan bertanding untuk kerusi Parlimen Kuantan pada tahun 1990. Pada tahun 1999 beliau bertanding untuk kerusi DUN Beserah dan menyandang kerusi tersebut sehingga tahun 2004.

Anugerah

sunting

Darjah Kebesaran Malaysia

sunting

Menyertai PKR

sunting

Sejak Reformasi 1998, Fauzi Abdul Rahman dilihat bersama Anwar Ibrahim. Sejak itu, Fauzi, Siti Zaharah Sulaiman dan lain-lain mendiamkan diri dalam politik. Fauzi dan Anwar Ibrahim satu sekolah di MCKK pada tahun 1964.[1]

Pada 23 Julai 2008, Fauzi Abdul Rahman keluar dari UMNO kerana dilihat bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyertaan beliau diumumkan oleh Anwar Ibrahim di pejabat PKR di Petaling Jaya. Kini beliau menjadi Ketua Perhubungan Keadilan Pahang. Turut sama menyertai PKR ialah bekas ahli Parlimen Kota Setar, Datuk Abdul Hadi Derani dan bekas timbalan ketua UMNO bahagian Mentakab, Datuk Mat Lazim Derani.[2]

Keputusan Pilihan Raya

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Former deputy minister Fauzi joins PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-09. Dicapai pada 2012-12-09.
  2. ^ "Fauzi Abdul Rahman sertai PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada 2021-08-19.