Dynda
Dynda (juga dieja DynDa) merupakan sebuah kumpulan muzik wanita Singapura yang ditubuhkan pada 2009, dianggotai oleh Setia Vegawati Joseph, Shenthy Feliziana Sudirman, Nurrenni Mohd Nor dan Nur Rahila Redzuan. Kumpulan ini mengetengahkan genre dance dan hip-hop.[1] Kumpulan ini mendapat inspirasi daripada kumpulan K-pop Korea Selatan, 2NE1.[2]
Dynda | |
---|---|
Berasal dari | Singapura |
Genre | Hip hop, R&B, Dance |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2009–2014 |
Syarikat rakaman | Alibi Music |
Pengkarya berkait | Ruzana Ibrahim |
Bekas ahli |
|
Sejarah
suntingDynda ditubuhkan pada Disember 2009 apabila Cat Farish mengesan bakat mereka semasa terlibat dalam pementasan teater Impak Maksima the Musical yang diadakan di Esplanade, yang mana mereka menjadi penari latar.[3] Bekerja di bawah didikan Cat, kumpulan ini melancarkan single sulung mereka "AMPM" hasil nukilan Cat, Adeep Nahar, Aiqa Halim dan Francis Cobb pada Julai 2010 di bawah label Alibi Music, diikuti oleh single berikutnya, "Babe... Hanya Kamu" pada Februari 2011, bagi mempromosikan single ini, Dynda telah mengadakan pertandingan Babe... Hanya Kamu Dance Off bagi mencari penari untuk muncul dalam muzik video mereka.[4]
Diskografi
suntingEP
sunting- AMPM (2014)
Single
sunting- "AMPM" (2010)
- "Babe… Hanya Kamu" (2011)
- "Sudah-Sudah (ft. Nawhki; 2012)
- "Bebaskan Hatimu" (ft. Ruzana Ibrahim; 2013)
- "Free Your Heart" (2013)
- "Kerna Dirimu" (2014)
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Ketengah muzik dance hip hop", Rentak Artis Popular, Harian Metro, 5 Julai 2010. m/s 4–5.
- ^ "Dynda sambar peluang", Rentak Artis Popular, Harian Metro, 5 Julai 2010.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Julai 2010). "Dynda sedia mencabar". Berita Harian. Dicapai pada 22 Oktober 2019.
- ^ Peluang muncul dalam klip video Dynda mStar Online (2 Februari 2011). Dicapai pada 18 Mac 2011.