[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.[1] Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Darah tinggi
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10I10,I11,I12,
I13,I15
ICD-9401
OMIM145500
P. Data Penyakit6330
MedlinePlus000468
eMedicinemed/1106 ped/1097 emerg/267
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Klasifikasi tekanan darah untuk dewasa (JNC7)[2]
Kategori sistolik, mm Hg diastolik, mm Hg
Normal 90–119 60–79
Normal tinggi[3]
(Prahipertensi)
120–139 80–89
Darah Tinggi Peringkat 1 140–159 90–99
Darah Tinggi Peringkat 2 160–179 100–109
Darah Tinggi Peringkat 3[4][5]
(Kecemasan hipertensif)
≥180 ≥110
Darah tinggi sistolik terpencil ≥140 <90

Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan.[6]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Medical dictionary definition of hypertension from KMLE Medical Dictionary retrieved on 07-04-17
  2. ^ Chobanian AV; Bakris GL; Black HR; Cushman WC; Green LA; Izzo Jr. JL; Jones DW; Materson BJ; Oparil S; Wright Jr. JT; Roccella EJ; dll. (2003-12). "Seventh report of the Joint National Committee on Prevention, Detection, Evaluation, and Treatment of High Blood Pressure". Hypertension. Joint National Committee On Prevention. 42 (6): 1206–52. doi:10.1161/01.HYP.0000107251.49515.c2. PMID 14656957. Unknown parameter |name-list-format= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Giuseppe, Mancia; Fagard, R; Narkiewicz, K; Redon, J; Zanchetti, A; Bohm, M; Christiaens, T; Cifkova, R; De Backer, G; Dominiczak, A; Galderisi, M; Grobbee, DE; Jaarsma, T; Kirchhof, P; Kjeldsen, SE; Laurent, S; Manolis, AJ; Nilsson, PM; Ruilope, LM; Schmieder, RE; Sirnes, PA; Sleight, P; Viigimaa, M; Waeber, B; Zannad, F; Redon, J; Dominiczak, A; Narkiewicz, K; Nilsson, PM; dll. (2013-07). "2013 ESH/ESC Guidelines for the management of arterial hypertension: The Task Force for the management of arterial hypertension of the European Society of Hypertension (ESH) and of the European Society of Cardiology (ESC)". European Heart Journal. 34 (28): 2159–219. doi:10.1093/eurheartj/eht151. PMID 23771844. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Mancia G; De Backer G; Dominiczak A; dll. (2007-09). "2007 ESH-ESC Practice Guidelines for the Management of Arterial Hypertension: ESH-ESC Task Force on the Management of Arterial Hypertension". J. Hypertens. 25 (9): 1751–62. doi:10.1097/HJH.0b013e3282f0580f. PMID 17762635. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ Williams, B; Poulter, NR, Brown, MJ, Davis, M, McInnes, GT, Potter, JF, Sever, PS, McG Thom, S, British Hypertension, Society (2004-03). "Guidelines for management of hypertension: report of the fourth working party of the British Hypertension Society, 2004-BHS IV". Journal of Human Hypertension. 18 (3): 139–85. doi:10.1038/sj.jhh.1001683. PMID 14973512. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ 'Otak, bukan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi: penyelidik', AFP, Apr 14 2007

Pautan luar

sunting

Kajian utama

sunting