[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Dalit daripada Sanskrit : dalita yang bermaksud (bertaburan) merujuk pada segolongan bangsa di India Utara yang membuat pekerjaan pembersihan seperti menyapu, mencuci pakaian dan menjadi pembantu rumah dalam sesebuah masyarakat yang akhirnya golongan ini diberi nama golongan (tidak boleh disentuh) disebabkan oleh pekerjaannya. Menjadikan mereka golongan akhir dalam varna sistem di mana Varna sistem menentukan kasta seseorang daripada pekerjaannya. Varna merujuk kepada keyakinan Hindu bahawa manusia pada umumnya diciptakan daripada bahagian-bahagian tubuh yang berbeza-beza daripada dewa Purusha. Kedudukan sosial mereka ditentukan dari bahagian-bahagian tubuh manakah mereka diciptakan, tamsilnya dengan siapa mereka dapat bernikah dan pekerjaan apa yang dapat mereka lakukan.[1]. Kaum Dalit berada di luar sistem varna dan secara sejarahnya telah dilarang untuk melakukan pekerjaan apapun kecuali pekerjaan-pekerjaan yang paling rendah.[1]Mereka juga dikenal sebagai kaum tidak berkasta. Di antaranya termasuk para penyamak kulit (disebut chamar), petani-petani miskin dan para buruh yang tidak bertanah, pemungut sampah (disebut bhangi atau chura), para pekerja kerajinan di jalan-jalan, seniman-seniman rakyat, pencuci pakaian dhobi, dan lain-lain.

Istilah yang berkaitan dengan kasta Dalit

sunting

Dalit adalah istilah yang terbaru dan yang secara politik paling tepat di antara banyak istilah lain yang telah digunakan untuk kelompok ini. Istilah-istilah yang menyinggung yang umumnya digunakan pada masa lampau termasuk chura, bhangi, neech, kanjjar, dan mirasi. Sementara istilah chura dan bhangi adalah istilah berdasarkan pekerjaan untuk para pemungut sampah, istilah ini juga dapat digunakan sebagai istilah umum bagi mereka yang dilahirkan dari kalangan rendah. Yang lainnya adalah nama-nama kasta yang sesungguhnya. Harijan adalah istilah untuk kaum yang haram disentuh (untouchable), yang diciptakan oleh Mahatma Gandhi, yang bermaksud Anak-anak TuhanHari adalah nama lain untuk Dewa Wisnu.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting