[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Gadaffi bin Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob atau lebih dikenali sebagai Dafi Ismail Sabri (dilahirkan pada 14 Disember 1988) merupakan peserta Akademi Fantasia musim ke-5. Beliau juga merupakan anak lelaki kepada Perdana Menteri ke-9 Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Kakaknya ialah Nina Sabrina, yang merupakan seorang pereka fesyen dan sosialit terkenal.

Dafi
Kelahiran
Gadaffi bin Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

(1988-12-14) 14 Disember 1988 (umur 35)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2007–kini
IbuDato' Sri Muhaini Zainal Abidin
BapaDato' Sri Ismail Sabri Yaakob

Dafi mendapat tawaran daripada Eirma Fatima untuk mengacarakan rancangan Xpresi Remaja di RTM. Beliau juga membuat penampilan kameo dalam Apa Kata Hati? terbitan Tayangan Unggul.

Selain itu, Dafi juga menyumbangkan suara sebagai watak utama iaitu Troy dalam High School Musical versi bahasa Melayu.

Pendidikan

Dafi memperoleh pendidikan sepenuh masa dalam Diploma Profesional Seni Muzik dan Bunyi dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.[1]

Terdahulu, Dafi telah memulakan pengajiannya di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing sejak awal tahun 2006, tetapi ia terpaksa menangguhkan pengajiannya berikutan mengikuti program realiti hiburan terkenal di Malaysia iaitu Akademi Fantasia (AF) musim ke-5 yang dihoskan oleh Astro.[perlu rujukan]

Diskografi

Lagu

Dafi terkenal dengan lagu Bila Terasa Rindu yang dicipta sepenuhnya dan diterbitkan oleh Edry KRU. Lagu tersebut turut dimuatkan dalam runut bunyi filem Duyung.[2]

Dafi telah berkolaborasi dengan Shila Amzah dari One in a Million dalam pembikinan lagu Rentak Optimis. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan Coca-Cola.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Apa Kata Hati? Tom Filem pertama, penampilan kameo
2009 Sayang You Can Dance Dafi
2021 Ada Hantu Amir
2022 Ada Hantu 2
2023 Malbatt: Misi Bakara Lans Koperal Zulkifli Filem aksi pertama
TBA Martabat: Misi Bakara

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Hotel Mania Girang TV3
2011 Opah Popular Hafiz Astro Warna
2016 Dia Semanis Honey Jack Astro Ria
Dia Semanis Honeymoon
Abang Sado Boleh Beres Dirinya sendiri TV3
2017 Black Belt Kaler Pink Bakar Astro Warna
Mak Cun (Musim 3) TV3
2018 Klik! Pengantin Musim Salju Sam Astro Ria
2024 Jefri Zain Mat Siber TV2

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Dia Semanis Honey Raya Jack Astro Ria

Teater

Tahun Tajuk Watak Catatan
2017 Dia Semanis Honey Muzikal Jack

Iklan

Rujukan

  1. ^ "Album sulung hadiah Hari Jadi paling 'best' Dafi". mSTAR. 12 December 2008. Dicapai pada 21 Ogos 2021.
  2. ^ http://duyung.net[pautan mati kekal]

Pautan luar