[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Bukit Kepong

Mukim di Johor, Malaysia

Koordinat: 2°21′N 102°50′E / 2.350°N 102.833°E / 2.350; 102.833

Bukit Kepong adalah sebuah bandar di Daerah Muar, Johor, Malaysia. Ia terletak berhampiran Sungai Muar. Pekan ini terkenal dengan peristiwa Bukit Kepong yang tragik.

Bukit Kepong

Ramai anak muda tempatan yang berhijrah ke kota mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Kebanyakan penduduk pekan adalah peniaga kecil. Sementara kampung berhampiran penduduk banyak yang terlibat dalam aktiviti pertanian. Terutama kelapa sawit, dusun buah-buahan dan getah. Segelintir pula terlibat dalam aktiviti menangkap ikan air tawar iaitu ikan patin, ikan baung dan ikan lais serta udang galah yang boleh didapati dengan amat senang suatu ketika dulu sepanjang Sungai Muar yang mengalir melalui pekan ini. Pada ketika ini hasil udang galah amat berkurangan disebabkan oleh masalah pencemaran sungai oleh kilang-kilang, terutamanya kilang getah. Suatu ketika dahulu Pekan Bukit Kepong amat mudah dinaiki air setiap kali musim hujan.

Pekan-pekan berhampiran dengan Bukit Kepong adalah Lenga, Pagoh, Gombang di selatan. Sementara Labis, Segamat, Chaah disebelah utara. Ada juga penduduk yang terlibat dalam aktiviti menternak ayam.

Peristiwa penting

sunting

Pada pagi 23 Februari 1950 sewaktu zaman Darurat Tanah Melayu, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis.[1]

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Kini kerajaan Malaysia telah membina satu Galeri Bukit Kepong di tapak pertempuran tersebut bagi memperingati jasa dan keberanian anggota polis Bukit Kepong dalam mempertahankan tanah air daripada dikuasai musuh iaitu komunis bagi tatapan generasi muda.

 
Galeri Darurat Bukit Kepong

Lihat juga

sunting
  1. ^ Khairul Nizam Abdul Maulud. "Peristiwa Bukit Kepong" (PDF). Universiti Kebangsaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-27. Dicapai pada 2 September 2012.

Pautan luar

sunting