[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Batu nisan (Jawi: باتو نيسن) adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Biasanya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian. Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantuk kepada kebudayaan dan kefahaman. Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok. Perletakan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang. Catatan pada batu nisan berguna bagi ahli sejarah dan ahli salasilah. Kini, terdapat batu nisan yang memaparkan gambar si mati.

Batu nisan.
Batu nisan

Di perkuburan Islam, bentuk batu nisan kadang-kala menggambarkan sama ada arwah dahulunya merupakan lelaki atau perempuan. Secara tradisi kaum Melayu, untuk orang lelaki, batu nisannya berbentuk bulat; manakala bagi wanita, batu nisannya berbentuk bersegi-segi atau leper. Walau bagaimanapun, tidak semua batu nisan mengikut aturan ini.

Kubur di perkuburan Islam. Bentuk batu nisan yang leper melambangkan bahawa arwah masa hayatnya adalah perempuan, yang terletak dalam belindan.
Kubur di perkuburan Islam. Berdasarkan bentuk batu nisan, kubur di hadapan sekali merupakan kubur lelaki manakala di belakangnya kubur perempuan.