[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Bangi

pekan kecil di Selangor, Malaysia

Pekan Bangi atau lebih dikenali sebagai Bangi Lama oleh masyarakat tempatan merupakan sebuah pekan lama yang terletak di selatan daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya agak terpencil serta ketinggalan dari segi pembangunan dan kemudahan infrastruktur berbanding dari Bandar Baru Bangi yang hanya terletak 6km di utaranya. Sebenarnya istilah Bangi Lama tidak wujud secara rasmi, kerana nama sebenar pekan ini ialah Bangi sahaja. Ia cuma berguna bagi membezakan kedua-duanya.

Bangi
Pekan
Masjid Kariah Bangi terletak di Bangi, Selangor.
Masjid Kariah Bangi terletak di Bangi, Selangor.
Negara Malaysia
NegeriSelangor
DaerahHulu Langat
MukimKajang
Poskod
43xxx

Sejarah

sunting

Pekan ini dibuka awal abad ke-20 kemungkinan pada tahun 1906, dengan terdapat 18 buah kedai-kedai orang Melayu seperti Kedai Songkok dan Capal, kedai kopi, kedai Candu, kedai timah, kedai getah dan sebagainya. Pekan ini pernah mengalami satu kebakaran yang besar namun telah dibangunkan semula oleh Kerajaan Inggeris dan kontraktor Cina pada sekitar 1930an. Jika kita berada di Pekan Bangi terdapat kedai yang masih bertanda tahun ’1936’ pada salah satu kedai tersebut.[1]

Setelah itu peniaga keturunan Cina pula mula menguasai perniagaan di pekan ini. Medan MARA Bangi pula dibangunkan pada awal 80an bertujuan membantu peniaga Bumiputera berniaga.

Terdapat beberapa pendapat bagaimana nama Bangi itu diperolehi.

Pendapat Pertama:

sunting

Dikatakan diambil dari nama tumbuhan ‘serai wangi’ yang dikatakan dahulunya banyak tumbuh liar disekitar tebing sungai Bangi. Namun perubahan sebutan daripada ‘wangi’ kepada ‘bangi’ boleh dipersoalkan kerana tiada sebab penduduk asal disini yang kebanyakan berketurunan Minang dan Mendailing jadi pelat menyebut ‘wangi’ menjadi ‘bangi' malah perkataan ‘wangi’ itu sendiri lebih mudah, indah untuk disebut dan jelas pula maksudnya.[2]

Pendapat Kedua:

sunting

Dikatakan diambil daripada nama ‘Tok Bangai’ iaitu nama tok batin (orang asal) yang telah membuka penempatan di Bangi sebelum suku Bugis, Minang atau Mendailing datang ke sini. Rasionalnya juga boleh dipersoalkan kerana janggal benar nama sesebuah kampung Melayu diambil daripada nama Tok Batin Asli sebagai nama tempat mereka. Dikatakan pernah wujud penempatan orang asli hilir sungai Bangi dan boleh dilihat di peta lama di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat.

Pendapat Ketiga:

sunting

Dikatakan diambil daripada perkataan ‘babangai’ iaitu bermaksud bau hanyir daripada ikan-ikan kering yang dijemur di tebing sungai dan sawah –sawah . Pendapat ini juga agak naif kerana tiada perkataan ‘bangai’merujuk kepada bau dalam bahasa Melayu atau pun dalam perkataan suku Minang atau Mendailing. Dalam bahasa Banjar pula ‘babangai’ itu merupakan satu jenis tarian. Perkataan bau busuk ikan kering adalah ‘busuk bangor’ yang digunakan oleh orang Melayu Pantai Timur.

Pendapat Keempat:

sunting

Dikatakan diambil daripada perkataan ‘bangai’ yang bermaksud terbuang atau yang disingkirkan, perkara ini pernah dicerita oleh Allahyarhamah Hjh Yang Bte Hj Jamil (1928-2008) iaitu anak kepada Daeng Jamil yang merupakan cucu kepada Daeng Abdul Ghani iaitu anak kepada Sultan Abdul Samad. Dikatakan dalam masa-masa berlakunya pertelingkahan di Istana Klang, sebahagian dari warga istana telah dihalau oleh pihak Istana keluar. (Daeng Jamil lari ke Johor kerana menyaksikan masalah-masalah ini kemudian menetap di Tanjung Selabu, Muar). Mereka yg dihalau dari Istana telah ditempatkan ke sebelah tenggara Selangor di Daerah Hulu Langat.

Tempat itu lalu dikenali sebagai tempat orang-orang istana yang terbangai atau terbuang, tersingkir. British pula mengeja dalam huruf ruminya "Bangi" iaitu terjemahan daripada huruf–huruf jawi dibaca sebagai ‘Bangi’. Bagi kebanyakan pengkaji sejarah, inilah asal usul nama Bangi paling kuat daripada yang lain dan lebih rasional. Merujuk kepada kamus Indonesia dan mendapati perkataan ‘bangai’ bermaksud tertinggal, tersingkir atau terbiar.[3]

Perubahan sebutan Bangai kepada Bangi mungkin juga disebabkan oleh dialek pelombong-pelombong Cina keturunan Hakka yang tidak dapat menyebutnya dengan tepat.

Dalam perkataan bahasa Cina, Bangi membawa maksud serba sesuai. Nama tersebut turut didapati di Hong Kong kerana maksud yang bagus.[4]

Seperti kebanyakan asal usul nama di tempat-tempat lain, tiada perkataan yang benar-benar tepat kepada maksud ‘Bangi’ ini, yang penting nama Bangi ini telah dikenali di seluruh negara walaupun tempat asalnya bermula agak terpencil tetapi dalam usia 100 tahun, Bangi telah berkembang dan bertambah luas kawasannya.

Komuniti

sunting

Lebih 80% penduduk asal Bangi terdiri daripada kaum Melayu yang mendiami kampung-kampung di sekitarnya. 11% pula terdiri dari kaum Cina, 7% dari kaum India dan 2% lain-lain.

Politik

sunting

Sebelum pindaan 2003, Bangi terletak di bawah DUN Kajang dalam Parlimen Hulu Langat. Ia dilihat sebagai wajar dan bertepatan, ini adalah kerana dari segi pentadbiran pun sememangnya Bangi dan DUN Kajang berada di dalam Daerah Hulu Langat (Pejabat Daerah Hulu Langat dan pelbagai pejabat agensi peringkat Daerah berada di Bandar Baru Bangi), begitu juga dengan kedua-dua DUN N24 Semenyih dan N23 Dusun Tua yang sememangnya berada dalam Parlimen Hulu Langat. [5]

Namun pindaan persempadanan Mei 2003 memperlihatkan keanehan dan ketidakwajaran dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang menjadikan DUN Bangi yang bukan saja terletak di dalam daerah Hulu Langat malah menjadi pusat pentadbiran Daerah, tetapi ia telah diletakkan pula di dalam Parlimen Serdang yang mana pusat pentadbirannya terletak di bawah Daerah Subang Jaya. [6] [7]

 
Kedudukan N26 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Lihat juga Dewan Undangan Negeri Selangor

Perhubungan

sunting

Jaringan Jalanraya

sunting
Jalanraya Kod Km
Dari Bandar Baru Bangi  B17 10.6
Dari Pekan Semenyih  B18 10.3
Dari Dengkil  B18 17.5
Dari Wilayah Persekutuan Putrajaya/Dengkil  B18 22.8
Dari Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E37  2.8
Dari Lebuhraya Kajang–Seremban E21  10.4

Pengangkutan Awam

sunting

Pekan ini mempunyai sebuah stesen KTM Komuter iaitu Stesen Komuter Bangi yang terletak di dalam Laluan Rawang-Seremban.

Bermula 5 Ogos, 2017 pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), telah melancarkan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Bangi. Pelancaran perkhidmatan bas secara percuma di laluan KJ02 dan KJ03 yang menghubungkan Stesen Komuter Bangi ke kawasan sekitarnya ini telah disempurnakan oleh Dato Menteri Besar sendiri bersempena dengan majlis upacara pecah tanah Dewan Komuniti di Bukit Mahkota.

Kemudahan

sunting
  • Klinik Desa Bangi
  • Dewan Orang Ramai, Pekan Bangi Lama
  • Pasar Besar, Pekan Bangi Lama
  • Stesen Penyelidikan MPOB/UKM, Jalan Sekolah, Pekan Bangi Lama

Institusi pendidikan

sunting

Kawasan Komersil

sunting

Tempat untuk membeli belah di Pekan Bangi selain dari di Pasar Besar, Pekan Bangi:

Perkampungan

sunting

Kawasan penempatan awal penduduk asal Pekan Bangi:

  • Kampung Aman
  • Kampung Bangi
  • Kampung Bahagia Bangi
  • Kampung Sungai Kembong Hilir
  • Kampung Sungai Kembong Ulu
  • Kampung Batu Lima Jalan Bangi
  • Kampung Rinching Hilir
  • Kampung Batu Tiga Jalan Bangi

Taman Perumahan

sunting

Berikut ialah daftar kawasan perumahan dan penempatan baharu yang terdapat di sekitar Pekan Bangi.

Tempat Menarik

sunting
  • Di sekitar Bangi juga terdapat beberapa tasik buatan peninggalan dari aktiviti perlombongan yang giat di jalankan di kawasan ini sejak zaman dahulu lagi. Kawasan perlombongan bijih timah ini terletak di kiri dan kanan lembah Sungai Semenyih dan Sungai Langat hingga ke Desa Timah Langat di Dengkil. Setelah berakhirnya aktiviti perlombongan sekitar tahun 1976 dan penghujung 80'an kebanyakan tasik-tasik berkenaan kini menjadi tempat tumpuan para pemancing dan penduduk tempatan menjalankan kegiatan riadah. Terdapat juga tasik tapak bekas lombong ini yang telah ditebus guna bagi pelaksanaan projek pembangunan. Di antara tasik yang masih kekal di Bangi ialah :
  • Tasik Bangi bersebelahan Sekolah Rendah Agama Bangi
  • Tasik Maghrib Jalan Sungai Kembong Hilir
  • Tasik KUIS, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Tasik Idaman

Selain itu Bangi juga terkenal dengan kawasan dusun duriannya. Antara dusun yang masih terdapat ialah di Kampung Batu Lima, Bangi dan Kampung Rinching Hilir. Di sepanjang jalan kampung di sekitar Bangi juga terdapat beberapa gerai menjual hasil pertanian seperti pisang, keladi, ubi, keledek, rambutan, durian, tapai dan beraneka jenis buah-buahan tempatan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Habibah Ismail, Sejarah Bangi (1870-1970an). Penyelia: Dr. Nadzan Haron. [1981/82]
  2. ^ Syed Norzalman Asal Usul Bangi MANTERA JIWA
  3. ^ Faizal Hj Zainal sejarah mengenai Bangi (Kg.Bangi,Kg.Masjid Bangi,Kg.Aman,Batu 6,Kg.Manikam & Kg.Bahagia.) Sejarah Bangi.
  4. ^ Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Selangor.Ringkasan Sejarah Kampung Baru Bangi[pautan mati kekal] Produksi khas i-kgbaru.com
  5. ^ Dewan Negeri Selangor N26 Bangi Diarkibkan 2012-08-31 di Wayback Machine
  6. ^ Dr Shafie Abu Bakar Persempadanan Semula - Siapa Untung ?? Usik-usik Bangi
  7. ^ "PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHAN RAYA 2003 DAN IMPAKNYA KEPADA PILIHAN RAYA UMUM (PRU) 2008 DI KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KAJANG DAN BANGI, SELANGOR" (PDF). eBangi. 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-05-08. Dicapai pada Volume 7, Number 2, 200-224, 2012. Cite has empty unknown parameter: |month= (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar

sunting