Ariete
C1 Ariete | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Itali |
Sejarah pengeluaran | |
Dihasilkan | 1995 - kini |
Spesifikasi | |
Berat | 54 tan |
Panjang | 9.67 m (7.59 tanpa meriam) |
Lebar | 3.42 m |
Tinggi | 2.50 m |
Krew | 4 |
Armor | Rahsia, Campuran keluli/komposit |
Senjata pertama | Meriam laras licin 120mm 42 butir peluru (15 butir di dalam kelopak turet dan tambahan 27 butir di dalam kerangka) |
Senjata kedua | Mesingan sepaksi 7.62mm, Mesingan anti udara 7.62mm 2,500 butir |
Enjin | diesel cas-turbo V-12 FIAT MTCA 1,247 hp (937 kW) |
Kuasa/berat | 23 hp/tan |
Sistem ampaian | torsion-bar |
Jarak operasi | 550 km |
Kelajuan | 65 km/j (40 mph) |
C1 Ariete merupakan kereta kebal utama milik Tentera Darat Itali. Ia telah dibangunkan oleh satu konsortium yang dibentuk oleh IvecoFiat dan Oto Melara. Kerangka dan enjin dikeluarkan oleh Iveco, manakala turet dan sistem kawalan tembakan dikeluarkan oleh Oto Melara. Kenderaaan ini menggunakan sistem kawalan tembakan dan sistem pengimejan digital serta optikal terkini, membolehkan ia bertempur pada waktu siang atau malam dan melepaskan menembak semasa bergerak. Penghantaran pertama telah dilakukan pada tahun 1995, dan terakhir pada 7 tahun kemudian iaitu pada Ogos 2002. Versi tingkat upaya dengan perisai modular, meriam berlaras licin berkaliber 55 mm d pengisi automatik telah dicadangkan pada tahun 2005.
Pembangunan
suntingPada tahun 1984 syarikat OTOBREDA dan IVECO telah membentuk consortium bagi membangunkan kumpulan kenderaan baru bagi Tentera Itali, pemusnah kereta kebal Centauro (8x8) (qv), kereta kebal utama Ariete dan kenderaan tempur infantry Dardo (qv). OTOBREDA membangunkan kerangka kereta kebal utama dengan IVECO membekalkan pek kuasa dan komponen automotif yang lain. Tentera Itali menempah 200 kereta kebal utama Ariete yang sedang dibina di kemudahan OTOBREDA di La Spezia dengan IVECO membekalkan komponen automotif.
Tatarajah kereta kebal Ariete adalah biasa dengan pemandu di hadapan sebelah kanan, turet berkuasa di tengah dengan komander dan jurumeriam di sebelah kanan dan pemuat di sebelah kiri, dan pek kuasa di belakang.
Sistem kawalan tembakan berkomputer Galileo, yang berkongsikan banyak komponen dengan sistem kawalan tembakan yang telah dipasang pada pemusnah kereta kebal (telah dalam pengeluaran dan perkhidmatan dengan Tentera Itali) termasuk sistem pandang siang/malam dan penetap julat laser.
Komander kereta kebal memiliki pemandang tenggek atas distabil. Meriam laras licin 120mm menggunakan peluru yang sama dengan Leopard 2 dan kereta kebal utama M1A1 / M1A2 dengan sistem dongakan dari -9° hingga +20° dan turet berputar 360° penuh. Persenjataan utama distabilkan sepenuhnya dengan penyingkir wasap, sistem rujukan laras dan sarung haba. Kereta kebal utama Ariete Mk 2 kini sedang dalam pembangunan.
Varasi
suntingBuata masa ini tiada yang diketahui.
Status
suntingDalam perkhidmatan dengan Tentera Itali.
Pengilang
suntingOTOBREDA, La Spezia, Itali.