Amr Diab
Amr Abdel Basset Abdel Azeez Diab (Arab: عمرو دياب ; lahir di Port Said, Mesir, 11 Oktober 1961; umur 63 tahun) merupakan seorang penyanyi, pelakon, dan komposer yang berasal dari negara Mesir. Amr Diab telah bergiat di dalam dunia hiburan Arab selama 20 tahun. Diab telah menghasilkan album pertamanya berjudul Ya Tareeq pada tahun 1983. Album kedua Diab, Ghanny Men Albak (1984) iaitu album pertama daripada siri rekod yang dihasilkannya dengan Delta Sound; termasuk Hala Hala (1986), Khalseen (1987) dan Mayyal (1988), dengan judul runut yang meningkat sebagai salah satu daripada 10 lagu paling popular di dunia pada masa itu. Kemudian beliau menghasilkan album lain berjudul Shawa'na (1989), Matkhafesh (1990), Habibi (1991), Ayyamna (1992), Ya Omrena (1993), Weylomony (1994) dan Rag'een (1995). Pada tahun 1996, Diab menghasilkan album pertamanya dengan Alam El Phan berjudul Nour El Ain dan memenangi anugerah muzik dunia buat kali pertama yang membuktikan kejayaannya di peringkat antarabangsa dan Diab diiktiraf oleh penutur selain bahasa Arab. Diab merakam empat lagi album bersama Alam El Phan, termasuk Amarain (1999). Diab turut bekerjasama dengan Khaled (untuk lagu "Alby") dan dengan Angela Dimitriou (untuk lagu "Bahebak Aktar"). Pada musim panas 2004, Diab meninggalkan Alam El Phan, lalu mengeluarkan album pertamanya dengan Rotana Records, Leily Nehary dan disusuli dengan Kammel Kalamak (2005) dan El Lilady (2007) yang meraih kejayaan besar.
Amr Diab | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Amr Abdel Basset Abdel Azeez |
Kelahiran | Port Said, Mesir | 11 Oktober 1961
Genre | Muzik Mesir, muzik Arab, Pop, Arabesque-pop music R&B |
Pekerjaan | penyanyi, komposer, pelakon |
Tahun aktif | 1983–kini |
Syarikat rakaman |
|
Kehidupan Awal
suntingAmr Diab dilahirkan di Port Said, Mesir pada 11 Oktober 1961. Bapanya, Abdel Basset Diab merupakan seorang pekerja di Perbadanan Terusan Suez dan menggalakkan anaknya, Amr Diab untuk menunjukkan bakatnya sebagai seorang penyanyi di majlis-majlis keramaian di sekitar Port Said.
Apabila Amr Diab berumur 6 tahun, bapanya telah membawa beliau ke Perayaan 23 Julai di Port Said di mana mereka telah mengunjungi sebuah stesen penyiaran tempatan dan Amr Diab telah pertama kali menyanyi di radio Mesir dengan menyanyikan lagu kebangsaan Mesir yang bertajuk Bilady, Bilady, Bilady (Negaraku, Negaraku, Negaraku). Beliau telah mendapat pujian daripada Gabenor Port Said yang menghadiahkan beliau sebuah gitar.
Pautan luar
sunting- Amr Diab di Instagram
- (Perancis) Amr Diab in musique.arabe