[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Dalam konteks bidang kimia, alkali (Jawi: القلي serapan Arab: القَلِي, rumi: al-qalī "[abu] gorengan [Salicornia]"[1] terbitan kata kerja قَلَىqalā "menggoreng"[2]) ialah garam bes berion daripada unsur kimia logam alkali atau alkali bumi. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai sifat bes yang larut dalam air, di mana larutan sebegini mempunyai pH lebih besar daripada 7.0. Pengungkapan luas ini mungkin datang daripada alkali yang merupakan bes pertama diketahui mematuhi pentakrifan Arrhenius terhadap sesuatu bes, dan alkali-alkali ini masih antara bes yang paling biasa digunakan.

Hablur natrium hidroksida

Sifat biasa alkali dan asid

sunting

Kesemua alkali merupakan bes Arrhenius yang membentuk ion hidroksida (OH) apabila larut dalam air. Ciri-ciri sama yang dikongsi larutan alkali akueus termasuklah:

  • Larutan berkepekatan sederhana (lebih 10-3 M) bernilai pH 7.1 atau lebih tinggi, menukarkan fenoftaleina yang lutsinar menjadi berwarna merah jambu.
  • Larutan yang pekat bersifat kaustik (menyebabkan kebakaran kimia).
  • Larutan alkali bersifat licin atau kesabunan apabila disentuh, disebabkan penyabunan terhadap bahan-bahan lemak di permukaan kulit.
  • Alkali biasanya larut dalam air, walaupun ada juga sebatian seperti barium karbonat yang hanya akan larut selepas bertindak balas dengan larutan asid akueus.

Perbezaan antara alkali dan bes

sunting

Kedua-dua istilah "bes" dan "alkali" sering digunakan antara satu sama lain dengan maksud yang sama, terutamanya di luar konteks kimia dan kejuruteraan kimia.

Terdapat pelbagai takrifan yang lebih khusus untuk menggambarkan konsep alkali. Alkali biasanya ditakrifkan sebagai sebahagian dari bes. Salah satu dari dua subset biasanya dipilih.

  • Garam bes logam alkali atau logam bumi alkali[3] (termasuk Mg(OH)2 tetapi tidak termasuk NH3.)
  • Sebarang bes yang larut dalam air dan membentuk ion hidroksida[4][5][6] atau larutan bes dalam air.[7] (Ini termasuk Mg(OH)2 dan NH3.)

Subset bes yang kedua ini juga dikenali sebagai "bes Arrhenius".

Garam alkali

sunting

Garam alkali ialah hidroksida logam-logam alkali dan logam alkali bumi yang mudah larut, contohnya:

  • Natrium hidroksida – sering dipanggil "soda kaustik"
  • Kalium hidroksida – biasanya dikenali sebagai "potasy kaustik"
  • Lai – istilah umum untuk mana-mana bahan yang disebutkan atas atau untuk suatu campuran
  • Kalsium hidroksida – larutan tepunya dikenali sebagai "air kapur"
  • Magnesium hidroksida – alkali yang atipikal kerana keterlarutan rendahnya dalam air (walaupun bahagian yang terlarut dianggap sebagai bes yang kuat kerana penceraian ionnya yang lengkap)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Levey, Martin (1962). "Mediaeval Arabic Bookmaking and Its Relation to Early Chemistry and Pharmacology". Transactions of the American Philosophical Society. 52 (4): 24. doi:10.2307/1005932.
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 308. ISBN 967-65-7321-3.
  3. ^ Alkali | Define Alkali at Dictionary.com. Dictionary.reference.com. Retrieved on 18 April 2012.
  4. ^ alkali. Tiscali.co.uk. Dicapai pada 18 April 2012. Diarkibkan 2006-05-23 di Wayback Machine
  5. ^ alkali – definition of alkali by the Free Online Dictionary, Thesaurus and Encyclopedia. Thefreedictionary.com. Dicapai pada 18 April 2012.
  6. ^ Chung, L.H.M. (1997) "Characteristics of Alkali", pp. 363–365 in Integrated Chemistry Today. ISBN 9789623722520
  7. ^ Acids, Bases and Salts. KryssTal. Dicapai pada 18 April 2012.