Al-Mansur
Al-Mansur, atau nama sebenarnya Abu Ja'far Abdullah ibn Muhammad al-Mansur (712–775; Arab: ابو جعفر عبدالله ابن محمد المنصور ) merupakan khalifah Abbasiyyah kedua. Baginda telah diputerakan di al-Humaymah, rumah wangsa Abbasiyyah selepas penghijrahan mereka daripada Hijaz pada tahun 687–688. Bapanya, Muhammad, adalah cicit kepada 'Abbas bin Abdul Muttalib, bapa saudara Rasulullah, dan bondanya pula ialah seorang wanita Barbar.[1] Baginda telah memerintah bermula pada tahun 754 hingga 775 Masihi. Pada tahun 762, baginda telah membina kediaman khalifah baru dan kota istana kota Madinat as-Salam, yang mana kemudian menjadi teras bagi ibu kota khilafah, Baghdad.
Al-Mansur المنصور | |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah Amirul Mukminin | |||||
Khalifah Kedua Kerajaan Bani Abbasiyah | |||||
Pemerintahan | 10 Jun 754 – 6 Oktober 775 | ||||
Didahului oleh | As-Saffah | ||||
Diikuti oleh | Al-Mahdi | ||||
Keputeraan | s. 714 Humeima, Bilad al-Sham (kini Jordan) | ||||
Kemangkatan | 6 Oktober 775 (umur 61) Berdekatan Makkah, Kerajaan Bani Abbasiyah (kini Arab Saudi) | ||||
Pemakaman | Jannat al-Mu'alla | ||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda | |||||
| |||||
Wangsa | Dinasti Abbasiyah | ||||
Ayahanda | Muhammad ibn Ali | ||||
Bonda | Sallamah | ||||
Agama | Islam |
Kehidupan awal
suntingSebaik sahaja kejatuhan Bani Umaiyah, khalifah terakhirnya, Marwan II, telah menangkap ketua keluarga Abbasiyah, Ibrahim. Al-Mansur dan keluarganya telah melarikan diri ke Kufah. Ibrahim telah meninggal dunia dalam tawanan manakala as-Saffah menjadi khalifah pertama. Semasa pemerintahan as-Saffah, al-Mansur telah mengetuai tentera Abbasiyah ke Mesopotamia.
Isteri pertama al-Mansur ialah seorang wanita dari keluarga diraja Yaman, isteri kedua pula merupakan keturunan pahlawan sewaktu penaklukan Islam awal dan isteri ketiganya merupakan seorang hamba Iran. Al-Mansur juga mempunyai tiga gundik, seorang Arab, seorang dari Byzantium dan seorang berbangsa Kurdish.
As-Saffah meninggal setelah lima tahun memerintah, lalu al-Mansur menggantikannya dan memerintah hampir 22 tahun. Beliau telah diisytiharkan sebagai khalifah ketika dalam perjalanan ke Mekah, dan mengambil nama (al-Mansur) yang bermaksud pemenang. Beliau juga bersetuju untuk menjadikan anak saudaranya, Isa bin Musa sebagai penggantinya.
Pemerintahan
suntingKetika pemerintahannya, pemberontakan telah tercetus di Khurasan apabila al-Mansur membunuh jeneral Abu Muslim yang disangkanya bakal menggugat kedudukannya kerana kedudukan jeneral itu yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Namun pemberontakan itu dapat dikalahkan tentera Al-Mansur.
Pemberontakan pula tercetus dalam kalangan tenteranya selepas perang itu akibat sifat tamak al-Mansur dalam menguruskan harta rampasan perang. Pemberontakan ini juga berjaya dikalahkan tentera yang dihantar al-Mansur. Beliau juga menghantar tenteranya ke Tabaristan bagi menghukum penyokong kepada pemberontak.
Pemberontakan tercetus lagi di Khurasan namun kesemua pemberontak dapat diusir. Tentera al-Mansur juga telah mengalahkan dua kumpulan pemberontak dari keturunan Hasan bin Ali di Basrah dan Madinah pada tahun 762. Bagi menyatukan pemerintahannya, al-Mansur telah membina pusat pentadbiran baharu, Madinah as-Salam yang menjadi asas kepada kota Baghdad. Beliau telah membinanya berdekatan ibu kota lama al-Madain, di tebing barat Sungai Tigris.
Ketika pemerintahannya juga, al-Mansur mula menindas apa yang dilihatnya sebagai unsur-unsur ekstrem dalam gabungan Islam yang luas yang telah menyokong Revolusi Abbasiyah. Beliau akan menjadi khalifah Abbasiyah pertama yang menegakkan aliran Ahli Sunah Waljamaah sebagai perkara dasar awam. Walaupun rejim al-Mansur tidak menceroboh kehidupan peribadi golongan elit, aliran Sunah Waljamaah telah dipromosikan dalam ibadat awam, contohnya melalui organisasi kafilah haji. Layanan keras Al-Mansur terhadap penyokong Ali menyebabkan pemberontakan pada tahun 762–763, tetapi mereka akhirnya dikalahkan.
Dikatakan juga bahawa Imam Jaafar as-Sadiq telah diracun atas arahan khalifah kerana popularitinya yang kian meningkat dalam masyarakat. Al-Mansur juga dikatakan telah memenjarakan Imam Abu Hanifah, pengasas mazhab Hanafi kerana keengganannya dalam menerima jawatan Qadi yang diberikan oleh al-Mansur. Imam Malik, pengasas mazhab Maliki juga telah disebat atas arahan gabenor Madinah, namun gabenor itu seterusnya dihukum oleh al-Mansur atas tindakannya.
Kematian
suntingAl-Mas'udi menulis bahawa al-Mansur meninggal dunia pada hari Sabtu 6 Zulhijjah 158 H/775 M. Terdapat pelbagai laporan mengenai lokasi dan keadaan kematian al-Mansur. Satu riwayat meriwayatkan bahawa al-Mansur sedang berziarah ke Mekah dan hampir sampai, ketika kematian menimpanya di sebuah lokasi bernama Taman Bani Amir di sebatang jalan raya ke Iraq pada usia 63 tahun. Menurut riwayat ini, beliau dimakamkan di Mekah dengan muka tidak ditutup kerana memakai pakaian ihram. 100 kubur digali di sekitar Mekah dengan niat untuk menggagalkan sebarang usaha mencari jasadnya.
Rujukan
suntingBibliografi
suntingMas'udi, The Meadows of Gold, The Abbasids, transl. Paul Lunde and Caroline Stone, Kegan Paul, London and New York, 1989
Kennedy, Hugh, When Baghdad Ruled The Muslim World, Cambridge, Da Capo Press, 2004
Al-Mansur Tarikh keputeraan: 712 Tarikh kemangkatan: 775
| ||
Gelaran Sunnah Islam | ||
---|---|---|
Didahului oleh As-Saffah |
Khilafah Islam 754 – 775 |
Diikuti oleh: Al-Mahdi |