[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Agama Rakyat Cina (中国传统民间宗教) ialah agama turun temurun bangsa Cina. Ia sebenarnya adalah satu budaya tradisional yang dituruni dari satu generasi ke satu generasi secara lisan. Lebih-lebih lagi agama ini tidak mempunyai kitab agama dan tidak pula mempunyai institusi yang memeliharanya. Oleh itu ajaran agama ini adalah tidak jelas, dan berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi secara umumnya agama ini mendukung konsep yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk.

Imej Kuan Ying. Kuan Ying adalah salah satu dewi dalam agama rakyat china

Secara umumnya, Agama rakyat China melibatkan 3 bentuk penyembahan iaitu:

  • Penyembahan Nenek Moyang
    Penyembahan nenek moyang merupakan intipati dalam agama rakyat china. Ia berkaitan dengan sistem nilai masyarakat china yang memberi nilai yang tinggi kepada sifat "ketaatan kepada ibu bapa".
  • Penyembahan Dewa-dewi

Dewa-dewi yang disembah dalam agama ini adalah sangat banyak. Selain dari dewa-dewi, mereka juga menyembah watak dalam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah. Dipercayai pemujaan kepada dewa-dewi dapat menjamin “keselamatan kehidupan sehari-harian“(保平安).

  • Penyembahan Datuk Tanah(拜土地公)
    Datuk Tanah dapat diumpamakan sebagai penunggu dalam masyarakat Melayu. Biasanya orang cina akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai.

Masalah pengenalan agama dalam masyarakat Cina

sunting

Kemunculan tema "Agama Rakyat Cina" sebenar adalah hasil daripada kesedaran diri masyarakat cina yang sebelum itu telah salah faham mengenai agama mereka. Pada masa dahulu, orang Cina telah salah anggap agama yang dianuti mereka sebagai agama Buddha, sehingga kebanyakan rakyat Cina mengakui diri mereka sebagai penganut agama Buddha. Ini kerana Agama Rakyat Cina ini mempunyai pelbagai unsur terutama dari Khonghucu (Confucianism), Buddhisme, dan Taoisme. Namun sebenarnya agama yang asli berasal dari dalam China adalah Khonghucu dan Tao. Seperti yang kita ketahui bahwa Buddha berasal dari India.

Pautan luar

sunting