[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Gitar bes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gitar bes
Bes Stingray Music Man
Bes Stingray Music Man
Bes Stingray Music Man
Alat tali
Nama lainGitar bes elektrik, bes elektrik, bes
PengelasanAlat muzik bertali (dipetik dengan jari atau plektrum; jarang distrum)
Pengelasan Hornbostel-Sachs321.322
(Chordophone komposit)
PenciptaPaul Tutmarc, Leo Fender
Dibangunkan1930-an
Lingkungan dimain
(gitar bes 4 tali talaan piawai)
Alat muzik berkaitan
Pemuzik

Gitar bes (dipanggil juga bes elektrik atau sekadar bes, sama ejaan dengan bes dalam kimia) ialah sejenis alat muzik bertali dimainkan selalunya dengan jari (samada dengan teknik plucking, popping, slapping, tapping atau thumping), atau dengan menggunakan plektrum.

Sejak 1950-an, gitar bes telah menggantikan dabal bes dalam muzik paling popular seperti rock dan pop. Di era 1970-an pula, alat muzik ini biasa digunakan sebagai alat muzik solo, khususnya dalam jazz-fusion.

Gitar bes direka sama seperti gitar elektrik, untuk mengatasi kekurangan kekuatan bunyi bagi alat-alat muzik akustik yang diperlukan dalam muzik country dan rock 'n' roll, serta supaya ia mudah alih di samping menjimatkan ruang. Alat muzik ini merupakan salah satu daripada alat muzik yang datang sebelum versi akustiknya.

Gitar bes yang pertama dicipta oleh pereka cipta berbangsa Amerika Paul Tutmarc dengan rupa dan saiz mirip sebuah selo.[1] Dia telah membuat satu lagi rekaan kerana tidak berpuas hati dengan saiz yang sebelumnya, kali ini berdasarkan gitar elektrik, berfret dan direka untuk dimainkan secara melintang. Bes elektrik walau bagaimanapun tidak mendapat sambutan hangat di waktu itu, sehinggalah pada 1950-an.

Pada tahun 1951, Leo Fender telah mengeluarkan versi gitar besnya Precision Bass yang menjadi gitar bes "piawai" waktu itu, selalu digunakan dalam muzik soul dan rekaannya diikuti oleh syarikat lain.

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]

Badan gitar biasanya dihasilkan daripada kayu; namun ada juga model yang mempergunakan bahan komposit lain yang lebih ringan seperti grafit. Terdapat jenis kayu tertentu yang lebih dipilih atas kesesuaian menghasilkan bahagian tertentu dalam sesebuah gitar:

Sebuah gitar bes biasa mempunyai empat tali atau senar yang ditalakan ke E, A, D dan G,[2] penalaan ini nerjarak secara berempat-empat di mana tali G yang tertinggi mempunyai skala sebanyak sepersebelas di bawah C tengah lalu menyerupai dabal bes (E1–A1–D2–G2). Penalaan sebegini turut mirip penalaan empat tali berpic rendah dalam sebuah gitar bertali enam dengan satu oktaf lebih rendah.

Terdapat banyak jenis susunan senar yang memberikan kesan berlainan kepada pengendalian pemain atau kesan bunyi yang dihasilkan lalu membawa kepada penghasilan julat bunyi atau moda jauh berlainan yang diingini pemainL

  • Empat tali/senar - biasanya ditalakan ke "G-D-A-E", "G-D-A-D", "G-D-G-D", "D-A-E-B", "D-A-D-B (biasanya pola ini dipakai untuk musik genre "underground"/ open D), "F-C-G-D" atau "F-C-G-C" Tetapi ada juga yang memakai Piccolo Bass dengan pola biasa "G-D-A-E" tetapi satu oktaf lebih tinggi
  • Lima tali/senar - biasanya ditalakan ke "G-D-A-E-B", "F-C-G-D-A" tetapi kadang-kadang "C-G-D-A-E".
  • Enam tali/senar - biasanya ditalakan ke "C-G-D-A-E-B", walaupun "E-B-G-D-A-E" juga digemari.

Penalaan di atas diurutkan urutan nombor senar (senar 1, senar 2, dan seterusnya), di mana senar 1 adalah senar terbawah dari gitar bes (senar yang paling tipis).

Pemain cenderung menggunakan bes dengan lima senar ataupun enam senar karena jangkauan nada yang bisa dimainkan lebih meluas. Bes bersenar enam jarang dipakai daripada bass bersenar empat dan bass bersenar lima. Biasanya bass bersenar enam ini banyak dipakai oleh pemain yang beraliran muzik jazz, walaupun tidak dimungkiri pemain beraliran rock-pun ada juga yang memakainya kerana jangkauan nada yang bisa dimainkan lebih meluas serta memungkinkan pemainan lead bass yang lebih variatif.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]