[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Victoria (mitologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran kepala dan badan dewi Victoria pada duit emas tempaan zaman Maharaja Constantinus II.

Victoria merupakan dewi yang melambangkan kemenangan dalam kepercayaan masyarakat Rom Purba[1] - namanya sendiri bermaksud sedemikian dalam bahasa Latin (disebut /wɪkˈtoːrɪ.a/ atau wik-to-ri-a). Dia kononnya merupakan anak kelahiran dewa Pallas dan dewi Styx serta adik Zelus, Kratos dan Bia;[2] dewi tersebut setaraf dewi Nike dalam kepercayaan Yunani Purba.

Dewi ini sangat dipuja sanjung segala lapisan masyarakat Rom lagi-lagi dalam kalangan panglima perang yang anggap dia suatu kuasa hebat mampu mengelak mati serta percaya kuasa dewi ini menentukan mana siapa yang akan berjaya dalam peperangan yang dipimpin.[1] Malah, banyak kuil didirikan serata Roma untuk tujuan pemujaan dewi ini.[3][4][1]

  1. ^ a b c "Victoria". talesbeyondbelief.com. Dicapai pada 5 Ogos 2015.
  2. ^ "Nike". theoi.com. Dicapai pada 5 August 2015.
  3. ^ Sheridan, J. J. (1966). "The Altar of Victory – Paganism's Last Battle". L'Antiquite Classique. 35: 187.
  4. ^ Ambrose Epistles 17–18; Symmachus Relationes 1–3.