[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

The Blitz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Blitz
Sebahagian daripada Perang Dunia II, Perbatasan Tanahair
Pesawat pengebom Jerman di atas London
Tarikh7 September 1940 – 10 May 1941[1]
Lokasi
United Kingdom
Keputusan Kegagalan strategik Jerman[2]
Pihak yang terlibat
United Kingdom United Kingdom Jerman Nazi Jerman
Komandan dan pemimpin
Sir Hugh Dowding
Sir Frederick Pile
Owen Tudor Boyd
Sir Leslie Gossage
Hermann Göring
Kekuatan
Arahan Anti Pesawat
Arahan Belon
Kerugian dan korban
~43,000 orang awam mati, ~51,000 cedera[3] Tidak diketahui, 384 (Oktober – Disember 1940)[4]

The Blitz adalah satu kempen pengeboman berterusan ke atas Britain oleh Nazi Jerman di antara 7 September 1940 dan 10 Mei 1941,[1] semasa Perang Dunia II. The Blitz menghentam banyak bandar dan kota di Britain, dengan permulaan kempen dilakukan ke atas kota London selama 76 malam berturut-turut.[5] Menjelang akhir bulan Mei 1941, lebih dari 43,000 orang awam, separuh darinya di London, telah mati akibat pengeboman ini dan lebih dari sejuta buah rumah musnah atau rosak di London sahaja.[6][7]

London bukan hanya satu-satunya kota yang dibom oleh Luftwaffe di dalam kempen ini. Pusat-pusat ketenteraan dan industri lain seperti Aberdeen, Barrow-in-Furness, Belfast, Bootle, Birkenhead, Wallasey, Birmingham, Bristol, Cardiff, Clydebank, Coventry, Exeter, Glasgow, Greenock, Sheffield, Swansea, Liverpool ,[8] Hull (Hull merupakan bandar kedua paling teruk dibom selepas London dengan 85% dari bangunannya telah musnah atau rosak), Manchester, Portsmouth, Plymouth, Nottingham, Brighton, Eastbourne, Sunderland dan Southampton, mengalami serangan udara yang teruk dan jumlah kehilangan jiwa yang tinggi.

Serangan pengeboman kecil juga dilakukan ke atas Edinburgh, Newcastle, York, Exeter dan Bath. Oxford tidak dibom kerana Adolf Hitler ingin menjadikan ia sebagai ibu negara beliau[9]; Blackpool juga terlepas dari pengeboman teruk kerana Hitler mahu menggunakan ia sebagai pusat hiburan beliau.[10][11]

  1. ^ a b Stansky 2007, p. 3
  2. ^ Hooton 1997, p. 42.
  3. ^ Haigh, Christopher (1990). The Cambridge historical encyclopedia of Great Britain and Ireland‎. Cambridge University Press. p. 317. ISBN 978-0521395526.
  4. ^ Murray 1983, p. 55.
  5. ^ Some authorities say 57 consecutive nights, and some say 76, depending on how one accounts for 2 November, which was too cloudy for bombing.
  6. ^ "Air Raid Precautions – Deaths and injuries". Myweb.tiscali.co.uk. Dicapai pada 2010-04-30.
  7. ^ Remembering the Blitz Diarkibkan 2007-07-12 di Wayback Machine Museum of London
  8. ^ http://www.liverpoolmuseums.org.uk/maritime/exhibitions/blitz/blitz.asp
  9. ^ http://www.oxfordmail.co.uk/news/1717202.hitlers_oxford_plans_revealed/
  10. ^ http://www.blackpoolgazette.co.uk/ve-day-supplement/Stan39s-war-memories.1016538.jp
  11. ^ http://www.guardian.co.uk/uk/2009/feb/23/hitler-blackpool-resort-plans

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]