[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Tapak dara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tapak dara
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Gentianales
Keluarga: Apocynaceae
Genus: Catharanthus
Spesies:
C. roseus
Nama binomial
Catharanthus roseus
Sinonim
  • Vinca rosea L.
  • Pervinca rosea (L.) Gaterau
  • Lochnera rosea (L.) Rchb. ex Spach
  • Ammocallis rosea (L.) Small

(See also Synonyms section)

Tapak dara berwarna putih dengan tengah kuning.

Tapak dara, kemunting cina, kembang sari cina, rumput jalang atau ros pantai (nama saintifik: Catharanthus roseus; Inggeris: periwinkle)[2][3] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Apocynaceae. Ia endemik di Madagaskar, tapi turut tumbuh di tempat lain sebagai tumbuhan ubatan dan hiasan.

Kesinoniman

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua varieti dikenal pasti:

  • Catharanthus roseus var. roseus
Sinoniman untuk varieti ini
Catharanthus roseus var. angustus Steenis ex Bakhuizen f.[4]
Catharanthus roseus var. albus G.Don[5]
Catharanthus roseus var. occellatus G.Don[5]
Catharanthus roseus var. nanus Markgr.[6]
Lochnera rosea f. alba (G.Don) Woodson[7]
Lochnera rosea var. ocellata (G.Don) Woodson
  • Catharanthus roseus var. angustus (Steenis) Bakh. f.[8]
Sinoniman untuk varieti ini
Catharanthus roseus var. nanus Markgr.[9]
Lochnera rosea var. angusta Steenis[10]

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Tapak dara tergolong dalam tumbuhan renek yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Tapak dara mempunyai ketinggian 60 cm dengan daun berwarna hijau tua berukuran 2-4 cm yang berbulu di sisinya. Daunnya juga tersusun secara bertentangan.[1]

Tapak dara mempunyai bunga yang terdiri dari lima ranggi dan berwarna dari putih, biru, merah jambu dan juga ungu.

Bahan dari pokok ini digunakan untuk merawat leukemia dan penyakit Hodgkin. Pokok ini mengalami bahaya kepupusan akibat ditebang secara agresif.[perlu rujukan]

Tapak dara adalah pokok yang dianggap beracun dengan bahan aktif seperti vincristina, vinblastina, reserpina, ajmalisina dan serpentina. Kandungan lain tapak dara adalah katarantina, leurosina, norharman, locnerina, tetrahidroalstonina, vindolina, vindolinina, akuammina, vinkamina, vinleurosina dan vinrosidina.

Kesan keracunan tapak dara menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya dan muntah-muntah dalam tempoh 24 jam. Tanda-tanda yang lain adalah neuropati, kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Tapak dara". World Checklist of Selected Plant Families (WCSP). Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 4 Ogos 2019.
  2. ^ Tanaman Obat Keluarga (Revisi), By Fauziah M
  3. ^ TANAMAN OBAT INDONESIA.
  4. ^ Steenis ex Bakhuizen f., Blumea 6: 384. 1950.
  5. ^ a b G.Don, Gen. Hist. 4(1): 95. 1837.
  6. ^ Markgr., Adansonia, ser. 2. 12: 222. 1972.
  7. ^ Woodson, N. Amer. Fl. 29: 124. 1938.
  8. ^ Bakh. f.Blumea 6 (2): 384. 1950.
  9. ^ Markgr. Adansonia, ser. 2. 12: 222. 1972.
  10. ^ Steenis Trop. Nat. 25: 18. 1936.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]