Piala Thomas
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Thomas Cup (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Musim ini, persaingan atau edisi: Piala Thomas & Uber 2024 | |
Sukan | Badminton |
---|---|
Ditubuhkan | 1949 |
Pengasas | George Alan Thomas |
Bil. pasukan | 16 |
Juara lalu | China (gelaran ke-11) |
Juara terbanyak | Indonesia (14 gelaran) |
Laman web rasmi | Piala Thomas |
Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.
Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya
Juara bertahan Piala Thomas dan pemegang gelaran terbanyak Piala Thomas sekarang ialah Indonesia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall, Preston, England. Malaya memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia.
Indonesia memenangi Piala Thomas sebanyak 14 kali diikuti China (tujuh kali), Malaysia (lima kali), Denmark (satu kali) dan Jepun (satu kali).
Bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.
Keputusan
[sunting | sunting sumber]Mengenai Piala Thomas
[sunting | sunting sumber]1949 - 1982
[sunting | sunting sumber]Tahun[1] | Tuan Rumah | Perlawanan Akhir | |||
---|---|---|---|---|---|
Juara | Keputusan | Naib Juara | |||
1949 Butiran |
Preston, England |
Malaya |
8–1 | Denmark | |
1952 Butiran |
Singapura |
Malaya |
7–2 | Amerika Syarikat | |
1955 Butiran |
Singapura |
Malaya |
8–1 | Denmark | |
1958 Butiran |
Singapura |
Indonesia |
6–3 | Malaya | |
1961 Butiran |
Jakarta, Indonesia |
Indonesia |
6–3 | Thailand | |
1964 Butiran |
Tokyo, Jepun |
Indonesia |
5–4 | Denmark | |
1967 Butiran |
Jakarta, Indonesia |
Malaysia |
6–3 | Indonesia | |
1970 Butiran |
Kuala Lumpur, Malaysia |
Indonesia |
7–2 | Malaysia | |
1973 Butiran |
Jakarta, Indonesia |
Indonesia |
8–1 | Denmark | |
1976 Butiran |
Bangkok, Thailand |
Indonesia |
9–0 | Malaysia | |
1979 Butiran |
Jakarta, Indonesia |
Indonesia |
9–0 | Denmark | |
1982 Butiran |
London, England |
China |
5–4 | Indonesia |
1984 - 1988
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tuan Rumah | Perlawanan Akhir | Penentuan Tempat Ketiga | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Juara | Keputusan | Naib Juara | Tempat Ketiga | Keputusan | Tempat Keempat | ||||
1984 Butiran |
Kuala Lumpur, Malaysia |
Indonesia |
3–2 | China |
England |
3–2 | Korea Selatan | ||
1986 Butiran |
Jakarta, Indonesia |
China |
3–2 | Indonesia |
Malaysia |
3–2 | Denmark | ||
1988 Butiran |
Kuala Lumpur, Malaysia |
China |
4–1 | Malaysia |
Indonesia |
5–0 | Denmark |
Bermula 1990
[sunting | sunting sumber]Pasukan yang berjaya
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai enam pasuan yang menduduki kedudukan dua teratas bagi Piala Thomas.
Pasukan | Juara | Naib juara |
---|---|---|
Indonesia | 14 (1958, 1961*, 1964, 1970, 1973*, 1976, 1979*, 1984, 1994*, 1996, 1998, 2000, 2002, 2020) | 7 (1967*, 1982, 1986*, 1992, 2010, 2016, 2022) |
China | 9 (1982, 1986, 1988, 1990, 2004, 2006, 2008, 2010, 2012*, 2018) | 3 (1984, 2000, 2020) |
Malaysia** | 5 (1949, 1952, 1955, 1967, 1992*) | 9 (1958, 1970*, 1976, 1988*, 1990, 1994, 1998, 2002, 2014) |
Denmark | 1 (2016) | 8 (1949, 1955, 1964, 1973, 1979, 1996, 2004, 2006) |
Jepun | 1 (2014) | 1 (2018) |
India | 1 (2022) | |
Korea Selatan | 2 (2008, 2012) | |
Thailand | 1 (1961) | |
Amerika Syarikat | 1 (1952) |
( * ) = tuan rumah
( ** ) = termasuk Malaya
Penyertaan pasukan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai pasukan yang pernah berada dalam saringan akhir Piala Thomas selepas kejohanan 2008.
- 29 kali
- 26 kali
- 18 kali
- 17 kali
- 14 kali
- 12 kali
- 11 kali
- 10 kali
- 7 kali
- 5 kali
- 3 kali
- 2 kali
- 1 kali
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sejak 1948 hingga 1982, Piala Thomas diadakan setiap edisi bagi 2 tahun, tahun yang dipaparkan ini hanyalah semasa kejohanan akhir.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]- BWF: Thomas Cup Diarkibkan 2008-04-10 di Wayback Machine