[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Perisian perisik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perisian perisik, perisian intip atau perisik sahaja (bahasa Inggeris: spyware) merupakan perisian komputer yang dipasang secara rahsia dalam komputer peribadi bagi memintas atau mengambil kawalan separa ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.

Program perisik mampu mengumpul pelbagai jenis maklumat peribadi yang dapat dikenal pasti seperti tabiat melayari Internet, laman yang sudah dikunjungi malah mengganggu kawalan pengguna komputer dalam kaedah yang lain seperti memasang atau memuat turun perisian tambahan, mengubah hala aktiviti pelayar web, mencapai laman web yang terselindung di mana mengandungi virus berbahaya yang banyak atau mengubah hasil pengiklanan kepada pihak ketiga. Perisik mengubah secara langsung pengesetan komputer yang mengakibatkan kelajuan sambungan yang perlahan, halaman perumah yang berlainan dan kehilangan program Internet dan sebagainya. Perisian ini juga mampu mengintip kekunci yang ditekan, dan seterusnya mengetahui pelbagai kata laluan atau data sensitif yang penting.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]