[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Peti nyanyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peti nyanyi silinder c. 1899

Peti nyanyi, pemutar rekod atau fonograf [fo.no.graf] (daripada bahasa Yunani: φονε phone "suara" dan γραφο grapho "tulisan") merupakan satu peranti yang diperkenalkan pada tahun 1877 untuk merakam dan menghasilkan semula bunyi. Rakaman yang dimainkan secara umumnya meninggalkan garisan beralun seakan dicalar, diukir atau beralur pada permukaan silinder atau cakera yang diputarkan. Apabila silinder atau cakera ini diputarkan atau dimainkan semula, jarum pada peti nyanyi akan menyurih pada garisan yang beralun ini menghasilkan getaran berubah menjadi gelombang bunyi.

Model ciptaan pertama yang berkesan menghasilkan bunyi yang dirakam telah dicipta oleh Thomas Edison;[1][2][3][4] bunyi dirakam pada suatu silinder berkerajang timah yang boleh meninggalkan kesan rakaman. Makmal Volta milik Alexander Graham Bell membuat beberapa penambahbaikan pada tahun 1880-an, termasuk penggunaan silinder kadbod bersalut lilin dan jarum pemotong yang bergerak dari sisi ke sisi dalam corak "zig zag" pada seluruh rekod. Pada awal abad ke-19, Emile Berliner menggantikan silinder peti nyanyi kepada piring hitam. Ia mempunyai ciri yang rata dan cakera dwimuka dengan lekuk berlingkar yang bermula dari sisi hingga menghampiri pusat. Penambahbaikan yang lain telah dibuat sepanjang tahun termasuklah pengubahsuaian pada pemutar piring hitam dan sistem pemacunya, jarum gramofon serta sistem bunyi dan penyamaan.

Mekanisme

[sunting | sunting sumber]

Jarum yang digunakan untuk mengikuti alur pada rakaman mesti berketahanan tinggi untuk menampung kebarangkalian pengikisan yang berlaku pada hujungnya untuk memainkan berbagai rakaman secara berulang kali.

Thomas Edison menggunakan batu nilam sebagai mata jarum model awalnya tahun 1892 sebelum beralih kepada intan pada 1920. Model-model peti nyanyi yang wujud dan mudah diperolehi di pasaran awam pula menggunakan jarum bersifat pakai buang diperbuat daripada keluli namun bahan lain seperti kuprum, tungsten, buluh dan kaktus juga terpakai. Jarum keluli khususnya digantikan selepas setiap kali dipakai memandangkan permukaan keras rakaman senang menumpulkan jarum.

Penangkapan (pickup)

[sunting | sunting sumber]

Bahan rakaman

[sunting | sunting sumber]

Bahan perantara rakaman lazim perlu berpermukaan tegar agar rakaman yang terkandung boleh dimainkan dengan kedengaran lancar secara berulang kali sambil rakaman-rakaman ini kekal bentuknya.[5] Getah, lilin dan seluloid lazim dipakai pada awal pembangunan, namun suatu sebatian syelek diperkayakan dengan syal sebagai bahan penguat menjadi bahan paling dikehendaki sejak abad ke-20.

Cakera berasaskan polivinil klorida mula diperkenalkan oleh syarikat RCA Victor tahun 1930.

  1. ^ "The Incredible Talking Machine". Time Inc. 23 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-17. Dicapai pada 2012-11-29.
  2. ^ "Tinfoil Phonograph". Rutgers University.
  3. ^ "The History of the Edison Cylinder Phonograph". Perpustakaan Kongres.
  4. ^ "The Biography of Thomas Edison". Gerald Beals.
  5. ^ Davenport, Matt (13 Jun 2016). "Groovy chemistry: The materials science behind records". Chemical & Engineering News. Jil. 94 no. 24. Dicapai pada 14 Ogos 2020.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]