[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Pakatan Molotov–Ribbentrop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pakatan Molotov-Ribbentrop)
Pakatan Molotov–Ribbentrop
Perjanjian Tidak Menyerang Jerman–Soviet
{{{image_alt}}}
Stalin dan Ribbentrop bersalaman selepas menandatangani perjanjian itu pada 23 Ogos 1939.
Ditandatangani23 Ogos 1939; 85 tahun yang lalu (1939-08-23) di Moscow, RSPS Rusia, Soviet Union
Tamat tempoh
23 Ogos 1949 (dirancang)
22 Jun 1941 (serta-merta)
Penandatangan
BahasaJerman dan Rusia
Molotov–Ribbentrop Pact di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pakatan Molotov–Ribbentrop, juga dikenali sebagai Pakatan Nazi–Soviet,[1] Perjanjian Tidak Menceroboh Jerman–Soviet[2][3] atau Perjanjian Tidak Menyerang Jerman Nazi-Soviet[4][5][6] (secara rasmi: Perjanjian tidak menyerang antara Jerman dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet),[a] adalah perjanjian berkecuali antara Jerman Nazi dan Soviet Union yang ditandatangani di Moscow pada 23 Ogos 1939 oleh menteri luar negeri Joachim von Ribbentrop dan Vyacheslav Molotov.[8] Pakatan ini telah diikuti oleh Perjanjian Komersial Jerman-Soviet pada Februari 1940.

Perjanjian ini menggambarkan lingkungan kepentingan antara dua kuasa, disahkan oleh protokol tambahan Perjanjian Sempadan Jerman–Soviet yang dipinda selepas pencerobohan bersama Poland. Ia berkuat kuasa selama hampir 2 tahun, sehinggalah kerajaan Jerman Adolf Hitler menamatkan perjanjian ini dengan melancarkan serangan ke atas kedudukan Soviet di Poland Timur semasa Operasi Barbarossa pada 22 Jun 1941.[2]

Klausa-klausa Pakatan Nazi-Soviet menyediakan jaminan bertulis tidak berperang oleh setiap pihak terhadap yang lain, dan komitmen menyatakan bahawa tiada kerajaan akan bersekutu dengan, atau bantu, musuh pihak lain. Di samping ketetapan tidak menceroboh, perjanjian ini memasukkan satu protokol rahsia yang membahagi wilayah-wilayah Poland, Lithuania, Latvia, Estonia, Finland, dan Romania, ke dalam "lingkungan pengaruh" Jerman dan Soviet, meramalkan "penyusunan semula wilayah dan politik" negara-negara ini. Kemudian, Jerman menceroboh Poland pada 1 September 1939. Pemimpin Soviet Union Joseph Stalin mengarahkan pencerobohan Soviet ke atas Poland pada 17 September, sehari selepas satu gencatan senjata Soviet-Jepun di Khalkhin Gol berkuatkuasa.[9] Pada November, sebahagian wilayah Karelia dan Salla di Finland telah diilhak oleh Soviet Union selepas Perang Musim Sejuk. Ini diikuti oleh pengilhakan Soviet ke atas Estonia, Latvia, Lithuania, dan sebahagian Romania (Bessarabia, Utara Bukovina, dan Wilayah Hertza). Kebimbangan yang dihebahkan tentang etnik Ukraine dan Belarusia telah dicanangkan sebagai alasan untuk Soviet menceroboh Poland. Pencerobohan Stalin ke atas Bukovina pada 1940 telah melanggar perjanjian ini, kerana ia melampaui lingkungan pengaruh Soviet yang dipersetujui bersama pihak Paksi.[10]

Wilayah-wilayah Poland yang diilhak oleh Soviet Union selepas pencerobohan Nazi-Soviet ke atas Poland tahun 1939 kekal di dalam KRSS pada pengakhiran Perang Dunia II. Sempadan baru telah di dirikan di sepanjang Garis Curzon. Hanya wilayah di sekitar Białystok dan sebahagian kecil Galicia disebelah timur Sungai San yang berhampiran Przemyśl telah dikembalikan kepada negara Poland daripada garis sempadan tersebut. Dari semua wilayah lain yang diilhak oleh KRSS pada 1939–40, wilayah yang terpisah dari Finland (Karelia, Petsamo), Estonia (kawasan Ingria dan Negeri Petseri) dan Latvia (Abrene) kekal sebahagian daripada Persekutuan Rusia, negara pengganti kepada KRSS sejurus Pembubaran Kesatuan Soviet pada 1991. Utara Bukovina, Selatan Bessarabia dan Hertza kekal sebahagian daripada Ukraine.

Kewujudan protokol rahsia dinafikan oleh kerajaan Soviet sehingga tahun 1989, apabila ia akhirnya diakui dan dikecam.[11] Beberapa waktu kemudian nasionalis dan revisionis baru Rusia termasuk negationis amatur Rusia Alexander Dyukov dan Nataliya Narotchnitskaya, buku mereka yang membawa mukadimah persetujuan dari menteri luar Rusia Sergei Lavrov, menggambarkan perjanjian tersebut sebagai langkah yang diperlukan kerana kegagalan British dan Perancis untuk memasuki pakatan anti-fasis.[11][12] Vladimir Putin juga mempertahankan perjanjian tersebut.[13][14]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Pakatan Molotov–Ribbentrop Related
  1. ^ Russian: Договор о ненападении между Германией и Советским Союзом; German: Nichtangriffsvertrag zwischen Deutschland und der Union der Sozialistischen Sowjetrepubliken.[7]
  1. ^ Charles Peters (2005), Five Days in Philadelphia: The Amazing "We Want Willkie!" Convention of 1940 and How It Freed FDR to Save the Western World, New York: PublicAffairs, Ch. 12, "The Deal and the Muster", p. 164, ISBN 978-1-58648-112-4.
  2. ^ a b Britannica (2015). "A secret supplementary protocol of September 28, 1939". German-Soviet Nonaggression Pact. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 14 November 2015.
  3. ^ History.com (2016), German-Soviet Nonaggression Pact. World War II series.
  4. ^ Dr. habil.hist. Feldmanis, Inesis. "The Occupation of Latvia: Aspects of History and International Law". Ministry of Foreign Affaris of the Republic of Latvia - The Occupation of Latvia: Aspects of History and International Law. Ministry of Foreign Affaris of the Republic of Latvia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-04. Dicapai pada 30 July 2017.
  5. ^ Henderson, Gerard. "War pact between the nazis and Stalin left out of history". War pact between the nazis and Stalin left out of history. The Australian. Dicapai pada 30 July 2017.
  6. ^ "The Origins Of World War II, 1929–39". Encyclopaedia Britannica. Encyclopaedia Britannica. Dicapai pada 30 July 2017.
  7. ^ "100(0) Schlüsseldokumente" (facsimile). DE. Dicapai pada 17 September 2009.CS1 maint: ref=harv (link).
  8. ^ Zabecki, David (2014). Germany at war : 400 years of military history. Santa Barbara, California: ABC-CLIO, LLC. m/s. 536. ISBN 1-59884-981-6.
  9. ^ Goldman 2012, m/s. 163–64.
  10. ^ Brackman, Roman The Secret File of Joseph Stalin: A Hidden Life (2001) p. 341
  11. ^ a b "Russian historians defend the Molotov-Ribbentrop Pact". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada 2017-09-30.
  12. ^ Nick Holdsworth in Moscow (18 October 2008). "Stalin 'planned to send a million troops to stop Hitler if Britain and France agreed". According to retired Russian foreign intelligence service Major General Lev Sotskov, Stalin was 'prepared to move more than a million Soviet troops to the German border (across sovereign Poland) to deter Hitler's aggression just before the Second World War.
  13. ^ Parfitt, Tom (6 November 2014). "Vladimir Putin says there was nothing wrong with Soviet Union's pact with Adolf Hitler's Nazi Germany". Daily Telegraph. Dicapai pada 20 May 2015.
  14. ^ Timothy Snyder, NYreview of books,putin nostalgia hitler stalin

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Nazi–Soviet relations Templat:Joseph Stalin Templat:Occupation of Baltic states