November 2007
Penampilan
November 2007 ialah bulan ke-11 untuk tahun 2007. Ia bermula pada hari Khamis dan berakhir selepas 30 hari pada hari Jumaat.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 November - Bangkai pesawat Penerbangan 4203 Atlasjet ditemui di Turki. Tiada yang terselamat.
- 29 November - Darurat Pakistan 2007: Pervez Musharraf mengangkat sumpah sebagai Presiden Pakistan, kini sebagai orang awam.
- 29 November - Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007 tamat apabila Angkatan Tentera Filipina menyerbu hotel itu.
- 28 November - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- 25 November - Lebih seribu penganut Hindu menyertai perhimpunan haram berhubung nasib orang India Malaysia.
- 24 November - Parti Buruh Australia yang dipimpin Kevin Rudd memenangi pilihan raya persekutuan Australia 2007.
- 10 November - Lebih 10 ribu orang menyertai perhimpunan aman haram (gambar) menuntut pilihan raya bersih di Kuala Lumpur.
- 4 November - Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.