[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Muzik klasikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Muzik klasik)
Sejarah muzik klasikal
Muzik era pertengahan (476 – 1400)
Muzik era pembaharuan (1400 – 1600)
Muzik era barok (1600 – 1760)
Muzik era klasikal (1730 – 1820)
Muzik era romantis (1815 – 1910)
Muzik klasikal abad ke-20 (1900 – 2000)
Muzik klasikal kontemporari (1975 – kini)


Muzik klasikal (atau bahasa Malaysia, Muzik klasik) adalah seni muzik yang berakar umbi dari tradisi kebudayaan Eropah yang digunakan dalam muzik sekular dan keagamaan. Ia merujuk kepada muzik dari jangka masa yang luas dari sebelum abad ke-6 masihi sehingga ke hari ini. Istilah muzik klasikal juga digunakan untuk merujuk kepada muzik dari tempoh 1730 hingga 1820 yang dikenali sebagai muzik era klasikal.

Istilah muzik klasikal tidak wujud sehingga ke awal abad ke-19. Ia diperkenalkan di dalam usaha untuk membawa era Bach hingga ke era Beethoven sebagai salah satu seni yang tinggi seperti zaman kegemilangan seni ukiran arca, seni bina dan antikuiti klasik. Ini adalah kerana, kebiasaannya seni muzik tidak kekal lama hayatnya. Semenjak dari itu, istilah ini digunakan sebagai genre muzik yang memberi maksud bukan muzik tradisi lama atau muzik pop.

Nota: Bahasa Inggeris memberi penjelasan terperinci mengenai perbezaan classic dan classical; yang mana classic (klasik) ialah istilah umum untuk barang lama bermutu tinggi, manakala classical ialah istilah yang spesifik merujuk kepada muzik tradisi Eropah. Oleh kerana sesetengah bahasa (termasuk terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia) memilih untuk menterjemahkan Classical music sebagai "Muzik Klasik", pemahaman sebenar istilah ini amat penting untuk mengelakkan kekeliruan. Muzik klasikal tidak boleh disamakan dengan muzik klasik kerana muzik ini masih digubah sehingga ke hari ini.

Corak gubahan yang kompleks

[sunting | sunting sumber]

Berbanding dengan penulisan muzik pop, kerja-kerja repertoir muzik klasikal adalah lebih rumit kerana ia memerlukan penggunaan orkestra (ensembel muzik yang besar), kaunterpoin, corak harmoni, pembangunan muzik, irama, ungkapan, tekstur, dan bentuk. Muzik klasikal adalah kompleks kerana ia ditulis untuk pelbagai bentuk instrumental seperti koncerto, simfoni dan sonata. Cara penggunaan vokal dalam muzik klasikal juga amat berbeza dari teknik nyanyian biasa.

Kerja-kerja instrumental yang panjang sering dibahagikan kepada siri-siri yang pendek, dikenali sebagai pergerakan (movements) dan selalunya dibawa dalam corak kerja yang berbeza. Sebagai contoh, simfoni yang ditulis kebiasanya dibahagikan kepada empat pergerakan:

  1. Pembukaan Allegro dalam bentuk sonata,
  2. pergerakan muzik perlahan,
  3. minuet atau scherzo (dalam masa 3/4), dan
  4. Penutup Allegro.

Garisan waktu

[sunting | sunting sumber]
Senarai penggubah muzik klasikal
Pertengahan (Medieval) (476 - 1400)
Pembaharuan (Renaissance) (1400 - 1600)
Barok (Baroque) (1600 - 1760)
Klasikal (Classical) (1730 - 1820)
Romantis (Romantic) (1815 - 1910)
Abad ke-20 (1900 - 2000)
Abad ke-21 (2000 - )


Pecahan sejarah penggubahan muzik klasikal adalah seperti berikut:-

  • Lagu purba – Muzik yang wujud sebelum tahun 476, iaitu pada ketika zaman kejatuhan empayar Rom. Kebanyakan muzik era tersebut yang wujud hari ini dari adalah dari greek purba.
  • Muzik era pertengahan – Secara umumnya muncul pada sebelum tahun 1450. Canta monofonik, yang juga dipanggil “plain song” atau canta Gregory, berkembang di sebelah barat dan tengah Eropah pada abad ke-9 dan ke-10. Muzik polifonik (berbilang suara) kemudiannya berkembang dari canta monofonik dari penghujung era pertengahan hingga ke zaman pembaharuan.
  • Muzik era pembaharuan - Pada sekitar tahun 1450 – 1600; digambarkan sebagai zaman kebangkitan dalam penggunaan instrumen-instrumen muzik dan baris melodi berganda; juga penggunaan alatan muzik bes buat pertama kalinya.
  • Muzik era barok – Pada sekitar 1600 – 1750; dipelopori oleh penggunan tonal kompleks daripada penggunaan modal, penambahan kaunterpoin dan meningkatkan populariti penggunaan muzik papan kunci seperti alat muzik hapsikord dan organ paip.
  • Muzik era klasikal - Pada 1730 (1750) – 1820; adalah era muzik terpenting yang melahirkan banyak gubahan-gubahan muzik, gaya dan persembahan yang dterima hingga ke hari ini. Era muzik klasikal juga menandakan pengakhiran zaman penggunaan alat muzik hapsikord dan klavikord; digantikan dengan piano yang menjadi alat muzik terpenting untuk gubahan yang kekal sehingga kini.
  • Muzik era romantis - Pada 1820 – 1910; adalah era di mana amalan-amalan muzik disusun dengan lebih teliti dan lebih sistematik. Peranan muzik juga dikembangkan di dalam budaya hidup dan juga dengan kewujudan institusi-institusi muzik untuk mengekalkan seni kerja muzik dan persembahanan, di samping kelas-kelas pembelajaran muzik. Pada era ini juga, tumpuan lebih banyak diberikan kepada ritma dan melodi; begitu juga elemen-elemen ekspresif dan emosi, selaras dengan idea romantisisme di dalam bentuk seni yang lain.
  • Muzik impresionisme - Pada 1910-1920; adalah zaman di mana penggubah-penggubah Perancis menggubah dan melahirkan seni yang bertentangan dengan tradisi muzik dan seni Jerman. Seni mereka dibentuk dari aritmia, skala pentatonic, nada panjang, frasa aliran dan penggunaan instrumen bras sebagai bahagian utama untuk penghasilan corak muzik berbanding dengan penggunaan instrumen bertali.
  • Muzik moden - Dari 1905-1985; adalah era muzik yang agak kompleks di mana terdapat krisis di dalam nilai seni muzik klasikal dan peranannya di dalam kehidupan masakini di mana para pendengar dan pemuzik telah menjadi lebih cerdik pandai, begitu juga dengan lanjutan dari segi teknik dan teori. Soarang ahli teori, Arnold Schoenberg, di dalam esei beliau "Brahms the Progressive," menegaskan bahawa modenisme melambangkan penolakan atau impak negatif di dalam kaedah penggubahan muzik klasikal.
  • Muzik klasikal abad ke-20 - Biasanya dikenali sebagai era muzik yang mana terdapat pilihan yang lebih besar untuk corak lama era muzik romantis sehingga ke tahun 1999, termasuk penggubahan muzik di akhir era romantis, era muzik moden dan di permulaan era muzik moden.
  • Istilah muzik kontemporari - Sesekala digunakan untuk muzik-muzik yang digubah pada lewat kurun yang ke-20 hingga ke hari ini. Namun perbezaannya dinyatakan di dalam kumpulan-kumpulan "genre" yang berlainan.
  • Kata awalan “Neo” (Neoklasisme) digunakan untuk menjelaskan gubahan-gubahan muzik abad ke-20 atau gubahan muzik kontemporari yang menggunakan cara era-era klasikal, romantis atau moden. Igor Staravinsky melalui drama balet “Pulcinella” dipanggil sebagai gubahan "neoklasisme".

Carta di bawah menunjukkan senarai penggubah-penggubah muzik klasikal. Untuk senarai penuh, sila lihat Senarai penggubah muzik klasikal.

Sergei RachmaninoffAlexander ScriabinGiacomo PucciniNikolai Rimsky-KorsakovEdvard GriegAntonin DvorakPyotr Ilyich TchaikovskyModest MussorgskyMax BruchGeorges BizetCamille Saint-SaënsJohannes BrahmsAnton BrucknerBedrich SmetanaJacques OffenbachGiuseppe VerdiRichard WagnerFranz LisztRobert SchumannFrederic ChopinFelix MendelssohnHector BerliozGaetano DonizettiFranz SchubertGioacchino RossiniCarl CzernyCarl Maria von WeberNiccolo PaganiniLudwig van BeethovenWolfgang Amadeus MozartAntonio SalieriJoseph HaydnChristoph Willibald GluckCarl Philipp Emanuel BachGiovanni Battista PergolesiGeorge Frideric HandelDomenico ScarlattiJohann Sebastian BachJean-Philippe RameauGeorg Philipp TelemannAntonio VivaldiTomaso AlbinoniAlessandro ScarlattiHenry PurcellArcangelo CorelliDieterich BuxtehudeJean-Baptiste LullyHeinrich SchützGirolamo FrescobaldiClaudio MonteverdiKryštof HarantJan Pieterszoon SweelinckWilliam ByrdGiovanni Pierluigi da PalestrinaJosquin Des PrezJohannes Ockeghem


Buku rujukan

[sunting | sunting sumber]
  • Copland, Aaron (1957) What to Listen for in Music; rev. ed. McGraw-Hill.
  • Gray, Anne; (2007) The World of Women in Classical Music, Wordworld Publications. ISBN 1-59975-320-0
  • Hanning, Barbara Russano; Grout, Donald Jay (1998 rev. 2009) Concise History of Western Music. W.W. Norton & Company. ISBN 0-393-92803-9
  • Kamien, Roger (2008) Music: an appreciation; 6th brief ed. McGraw-Hill ISBN 978-0-07-340134-8
  • Lihoreau, Tim; Fry, Stephen (2004) Stephen Fry's Incomplete and Utter History of Classical Music. Boxtree. ISBN 978-0-7522-2534-0
  • Norman Lebrecht, When the Music Stops: Managers, Maestros and the Corporate Murder of Classical Music, Simon & Schuster 1996
  • Scholes, Percy Alfred; Arnold, Denis (1988) The New Oxford Companion to Music. Oxford University Press. ISBN 0-19-311316-3
  • Schick, Kyle (2012). "Improvisation: Performer as Co-composer", Musical Offerings: Vol. 3: No. 1, Article 3.
  • Sorce Keller, Marcello (2011) What Makes Music European. Looking Beyond Sound. Latham, New Jersey: Scarecrow Press.
  • Taruskin, Richard (2005) Oxford History of Western Music. Oxford University Press (US). ISBN 978-0-19-516979-9, ISBN 978-0-19-538630-1

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]