[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Masjid Besar Djenné

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Agung Djenné
الجامع الكبير في جينيه
Map
Info asas
LokasiDjenné, Mopti, Mali
Koordinat geografi13°54′19″N 4°33′20″W / 13.90528°N 4.55556°W / 13.90528; -4.55556Koordinat: 13°54′19″N 4°33′20″W / 13.90528°N 4.55556°W / 13.90528; -4.55556
AgamaIslam
NegaraMali
StatusDigunakan
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSudan-Sahel
Disiapkan padaAbad ke-13/ke-14; dibina semula 1906
Spesifikasi
Tinggi (maks)16 meter (52 ka)
Bahan binaanAdobe

Masjid Besar Djenné adalah bangunan bata tanah liat di dunia dan di anggap oleh ramai jurubina sebagai gaya seni bina Sudano-Sahelian, walaupun dengan pengaruh Islam yang jelas. Masjid ini terletak di bandar Djenné, Mali di dataran banjir sungai Bani. Masjid pertama ditapak ini dibina pada abad ke-13, tetapi struktur kini bertarikh semenjak 1907. Selain merupakan pusat masyarakat Djenné, ia adalah salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Afrika. Bersama dengan keseluruhan bandar Djenné ia telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1988.

Masjid Besar Djenné berbeza dari masjid-masjid Afrika Barat dari mana tapaknya bukanlah dianggap suci sebelum pembinaannya — tapak ini sebelumnya menempatkan istana. Masjid lain biasanya dibina di tapak yang sama menggantikan pusaran batu atau bata tanah liat berbentuk kon yang melambangkan penyembahan nenek moyang. Sesetengah penyelidik seni bina Islam seperti Labelle Prussin, percaya bahawa pusaran berbentuk kon ini dimasukkan kedalam reka bentuk masjid dikeseluruhan Mali, dan menunjukkan Masjid Besar Djenné sebagai contoh paling jelas.

Amadou Lobbo memerintahkan Masjid Besar Djenné asal dirobohkan pada 1834. Sungguhpun begitu, runtuhannya itu masih mengkagumkan, sebagaimana yang dipaparkan oleh poskad Perancis pada awal abad ke 20 ini.

Tapak ini telah menjadi masjid semenjak bangunan asal dibina oleh Koi Kunboro pada 1240, sebelum Djenné muncul sebagai bandar utama bagi empayar Mali dan kemudiannya ampayar Songhai. Amadou Lobbo, yang menakluk Djenné semasa Perang Tukulor, memerintahkan masjid asal dirobohkan pada 1834. Dia menganggap struktur asal yang telah diubahsuai dari istana sebagai terlalu mewah. Bahagian yang tinggal dari bangunan asal adalah kurungan yang mengandungi kubur pemimpin tempatan. Binaan semula struktur asal telah disiapkan pada 1896 tetapi kemudiannya telah dirobohkan bagi membina struktur yang ada sehingga kini.

Pembinaan Masjid Besar Djenné yang ada kini bermula pada 1906 dan kemungkinannya telah disiapkan pada 1907 atau 1909. Pembinaan masjid telah diselia dan dikendali oleh ketua kumpulan tukang batu Djenné, Ismaila Traoré. Pada masa itu, Djenné merupakan sebahagian dari koloni Afrika Barat Perancis dan Perancis mungkin telah memberikan sokongan politik dan ekonomi bagi pembinaan masjid Djenné dan madrasah yang berhampiran.

Wayar eletrik dan paip dalaman telah dipasang pada kebanyakan masjid di Mali. Dalam sesetengah kes, permukaan asal masjid telah dipasang jubin, memusnahkan penampilan sejarah dan dalam sesetengah kes melemahkan keutuhan struktur asal bangunan. Sungguhpun Masjid Besar Djenné mempunyai sistem pembesar suara, penduduk Djenné telah menentang permodenan bagi mengekalkan keutuhan sejarah bangunan. Ramai pakar pengekal sejarah telah memuji usaha pengekalan masyarakat, dan minat dalam aspek sejarah bangunan ini semakin tumbuh pada 1990-an.

Masjid Besar Djenné ditutup bagi bukan-Muslim selepas penggambaran fesyen dibahagian atap dan dalam dewan sembahyang menyingung atau dianggap memungkiri perjanjian sebelumnya dengan ketua tempatan.

Rekabentuk

[sunting | sunting sumber]
Cabang pokok palma terbenam di dalam dinding Masjid Besar mengurangkan tekanan dari perbezaan cuaca dan bertindak sebagai scaffolding bagi pembaik-pulih tahunan.

Dinding Masjid Besar Djenné dibuat daripada bata tanah liat yang dijemur yang dikenali sebagai ferey, motar yang diperbuat daripada tanah liat, dan diselitupi dengan plaster tanah liat memberikan rupa licin seperti diukir. Dindingnya setebal 41 cm (16 in.) dan 61 cm (24 inci.). Ketebalannya bergantung kepada ketinggian dinding: bahagian tinggi dibina lebih tebal kerana asasnya perlu cukup lebar bagi menyokong berat. Ikatan dahan pokok palma dimasukkan kedalam binaan bagi mengurangkan rekahan akibat perubahan mengejut dalam kelembapan dan suhu dan sebagai tangga yang tersedia bagi pembaik-pulih tahunan. Dinding tanah liat ini melindungi bangunan dari haba semasa siang dan pada waktu malam mempunyai cukup haba yang diserap bagi mengekalkan kepanasan dalam masjid sepanjang malam. Longkang, yang diperbuat daripada paip seramik, menjulur dari garis atap dan mengarah air keluar jauh dari atap dari mengenai dinding. Dewan sembahyang atau quibla Masjid Besar Djenné mengadap barat kearah Mekkah dan mengarah kearah pasar bandar Djenné. Kiblat masjid ditanda oleh tiga menara besar segi empat, seperti kotak, yang menjulur dari dinding utama dan mempunyai lapan belas penyokong (buttress). Setiap menara mempunyai tangga berputar kearah atap, dan pada setiap menara terdapat putaran berbentuk kon yang mempunyai telur burung unta pada kemuncaknya.

Sebahagian masjid ini ditutupi oleh atap dan sebahagian lagi dewan sembahyang terbuka atau laman. Atap masjid disokong oleh sembilan puluh tiang yang merentasi bahagian dalam dewan sembahyang. Liang di atap ditutup oleh penutup seramik, yang apabila dialih membenarkan udara panas keluar dari masjid, dengan itu mengangian bahagian dalam. Dewan sembahyang kedua dikepung dilaman belakang masjid yang beratap dan dikelilingi dinding pada bahagian utara, selatan, dan barat dan oleh dinding masjid pada bahagian timur. Laluan dalam tembol mengelilingi bahagian dalam laman. Dinding masjid yang mengadap laman mempunyai bukaan berkubah, setinggi 15 m (45 kaki), yang membenarkan keluar masuk dari masjid.

Banjir dan kerosakan oleh air merupakan kebimbangan utama Traoré ketika merancang pembinaan masjid ini. Banjir tahunan oleh sungai Bani menyebabkan Djenné menjadi pulau, dan banjir yang luar biasa tinggi boleh menenggelamkan sebahagian bandar ini. Masjid Besar dibina diatas pelantar tinggi dengan luas permukaan 5,625 (62,500 ft²), yang sehingga kini melindungi masjid dari banjir yang paling teruk sekalipun.

Kepentingan Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
Pintu masuk utama di dinding selatan.

Keseluruhan masyarakat Djenné mengambil peranan aktif dalam penjagaan masjid melalui perayaan tahunan yang unik. Ini termasuk muzik dan makanan, tetapi matlamat utama adalah membaiki kerosakan yang dialami masjid sepanjang tahun lalu (kebanyakannya oleh hakisan akibat hujan tahunan dan rekahan akibat perbezaan suhu dan kelembapan). Pada hari-hari sebelum perayaan, plaster disediakan dalam longkang. Ia memerlukan beberapa hari untuk siap tetapi perlu diuli beberapa kali, tugas yang dilakukan oleh kanak-kanak yang bermain di dalamnya dengan itu mengaul kandungannya. Kaum lelaki memanjat pada built-in scaffolding dan tangga yang diperbuat dari kayu palma dan menyalut plaster pada permukaan masjid.

Sekumpulan lelaki lain membawa plaster dari kolah ke pekerja yang bekerja di bahagian atas masjid. Perlumbaan diadakan bagi melihat siapa yang menjadi orang pertama menghantar plaster ke masjid. Wanita dan anak gadis membawa air ke kubang sebelum perayaan dan kepada pekerja semasa perayaan tersebut. Ahli kepada kumpulan tukang batu Djenné mengarah kerja, sementara ahli masyarakat berumur, yang telahpun menyertai perayaan sedemikian banyak kali, duduk ditempat kehormat di dataran pasar memerhati pembinaan tersebut.

Masjid asal menjadi tumpuan salah satu pusat pendidikan Islam yang penting di Afrika pada Zaman Pertengahan. Beribu-ribu pelajar datang untuk mengkaji Al-Quran di madrasah Djenné. Kawasan bersejarah Djenné termasuk Masjid Besar, diistiharkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1988. Walaupun terdapat banyak masjid lain yang lebih tua berbanding binaan sekarang, Masjid Besar kekal sebagai simbol utama bagi bandar Djenné dan negara Mali.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]