[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Maxim Gorky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maxim Gorky
Maxim Gorky
Maxim Gorky
LahirAlexey Maksimovich Peshkov
(1868-03-16)16 Mac 1868
Nizhny Novgorod, Russian Empire
Meninggal dunia18 Jun 1936(1936-06-18) (umur 68)
Gorki, USSR
Pekerjaanpenulis novel, penulis drama
WarganegaraRusia
Tandatangan

Alexei Maximovich Peshkov (Rusia: Алексе́й Макси́мович Пешко́в atau Пе́шков), lebih dikenali sebagai Maxim Gorky (1868-1936) ialah seorang penulis Rusia dan Soviet, pengasas aliran realisme sosialis dan aktivis politik.

Biografi singkat

[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir di Nizhny Novgorod. Pada usia sembilan tahun, Maxim menjadi anak yatim piatu dan dididik oleh neneknya yang pandai berdongeng. Kegagalan masuk ke universiti, kematian nenek dan cinta tak berbalas mengakibatkannya melakukan percubaan bunuh diri pada tahun 1887. Lebih dari lima tahun Gorky mengembara dengan berjalan kaki di sekitar Rusia sambil menimba pengalaman yang diolah ke dalam karyanya kemudian. Gorky meninggal di pemukiman Gorki dekat Moscow (mungkin dia diracuni) pada 18 Jun 1936 ketika pemimpin Rusia Stalin mempersiapkan beberapa proses penghukuman terhadap beberapa sahabat lama Gorky. Dia pernah lima kali dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel[1].

Kreativiti

[sunting | sunting sumber]

Pada tahap pertama (1892-1902) dia mengisahkan gejala dan kepincangan sosial dengan menciptakan watak dari lapisan rendah masyarakat: gelandangan, pencuri, perempuan jalang. Karyanya seperti cerpen Chelkash, Odnazhdi Osen’yu (Pada Suatu Musim Gugur), Na Plotakh (Di atas Rakit), Suprugi Orlovi (Suami-Isteri Orlov); roman Foma Gordeev, Troe (Ketiganya); teater Mesyane (Kaum Burjuis Kecil), Na Dne (Di Jurang Kehidupan) ialah khas untuk zaman itu[2].

Tahap kedua kehidupan kreatifnya (1902–1913) yang ditandai kerjasama dengan organisasi revolusioner dicerminkan dalam teater Dachniki (Penghuni Dacha) - 1905, Vragi (Musuh) - 1906 dan roman Mat’ (Ibunda) – 1907 yang sangat dihargai dan diterjemahkan oleh Pramoedya Ananta Toer ke Bahasa Indonesia. Pada tahun 1905, Gorky melawat Amerika tetapi kebanyakannya duduk di pulau Capri (Itali)[3].

Selama tahap yang ketiga, sejak tahun 1913 sampai matinya, Gorky menerbitkan beberapa karya autobiografi yang gemilang, antaranya Detstvo (Masa Kanak-Kanak) - 1913–1914, V Lyudyakh (Bekerja untuk Orang Lain) - 1916, Moi Universiteti (Universiti Aku) - 1923. Roman epik Zhizn’ Klima Samgima (Kehidupan Klim Samgin) tidak diselesaikan.

Sebagai penyair, Gorky tidak berapa terkenal tetapi berkat puisinya berprosa Pesnya o Burevestnike (Nyanyian Tentang Burung Badai) dan Pesnya o Sokole (Nyanyian Tentang Burung Helang) dia mendapat nama julukan “Penyanyi Revolusi Rusia”.

Terjemahan ke bahasa Melayu

[sunting | sunting sumber]
  • Maxim Gorky. Nyanyian Tentang Burung Helang - in: Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia. Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, h. 101-106.
  • Maxim Gorky. Nyanyian Tentang Burung Helang - in: "Dewan Sastera", Jilid 43, bil. 7, Julai 2013, hlm. 68-71.
  1. ^ "Nomination Archive". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-10.
  2. ^ Handbook of Russian Literature, Victor Terras, Yale University Press, 1990
  3. ^ Maxim Gorky in Mawar Emas. Bunga Rampai Sastera Rusia. Penyelenggara dan Penterjemah Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009, h. 101