[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Jugal Hansraj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jugal Hansraj
Kelahiran (1972-07-26) 26 Julai 1972 (umur 52)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip, penulis
PasanganJasmine Dhillon

Jugal Hansraj (lahir 26 Julai 1972) ialah pelakon, model, penerbit, penulis, pengarang dan pengarah India, yang berpangkalan di Mumbai. Hansraj memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Masoom 1983, yang dibintangi oleh Naseeruddin Shah dan Shabana Azmi. Beliau meneruskan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem-filem seperti Karma (1986) dan Sultanat (1986). Beliau muncul sebagai sebagai model untuk TV dan cetakan sebagai seorang kanak-kanak dan muncul dalam kempen iklan terkenal. Beliau membuat penampilan sulungnya sebagai orang dewasa di Aa Gale Lag Jaa pada tahun 1994. Seterusnya, beliau muncul dalam Mohabbatein (2000), Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001) dan Salaam Namaste (2005). Beliau berkhidmat sebagai penulis dan pengarah untuk filem komputer animasi 2008 Roadside Romeo.[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2014, Hansraj berkahwin dengan Jasmine Dhillon, seorang ahli bank pelaburan NRI dari New York.[2] Pasangan ini mempunyai seorang anak.[3]

  1. ^ Hansraj, Jugal (4 October 2008). "It's much more than a rat race". Economic Times (India). Bennett Coleman & Co. Ltd. Dicapai pada 24 October 2008.
  2. ^ "Jugal Hansraj marries partner Jasmine". 7 July 2014.
  3. ^ DelhiJune 2, India Today Web Desk New; June 2, 2019UPDATED:; Ist, 2019 16:28. "Mohabbatein actor Jugal Hansraj and wife Jasmine meet Manish Malhotra in NYC. See pic". India Today.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: numeric names: authors list (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]