[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Tulisan Jawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Huruf Jawi)
Tulisan Jawi
توليسن جاوي
Jenis tulisan
Tempoh masa
sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini
Arah tulisanRight-to-left Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasautamanya:
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Proto-Kanaan
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik daripada Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.
Rupee Jawa Hindia Timur Belanda dengan tulisan Jawi
Batu Bersurat Terengganu Malaysia. artifak bertulisan Jawi yang tertua dan tulisan jawi yang terawal pernah dijumpai dipahat pada 1303M. Ia bercatat undang-undang setempat dipengaruhi Syariah sekaligus bukti terawal keberadaan Islam di Malaysia.

Tulisan Jawi (توليسن جاوي, juga Jawoë Ac., Yawi Pat.), Abjad Jawi, atau Arab Melayu (; adakala disingkatkan kepada عرملArMel) atau Tulisan Melayu,[perlu rujukan] bermaksud sistem abjad berasaskan tulisan Arab dengan beberapa huruf tambahan (yakni huruf Jawi) yang digunakan untuk menulis bunyi-bunyi asas dalam bahasa Melayu iaitu چca, ڠ‎‎ nga, ڤ‎pa, ݢ‎ga, ۏ‎va, danڽnya‎.[1][2][3]

Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Malaya satu kita dahulu. juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia hari ini. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya di Malaysia di sekolah Agama dan sekolah biasa tulisan Jawi masih digunakan sehingga hari ini. manakala Sulu di Filipina, Pattani di selatan Thailand, dan beberapa tempat pernah guna pakai tulisan jawi.

Sejarah سجاره

[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal

[sunting | sunting sumber]
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Nusantara. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu چ‎ (ca), ڠ‎ (nga), ڤ‎ (pa), ݢ ‎(ga), ۏ ‎(va), dan ڽ (nya‎). [4][5]

Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada kesultanan melayu Melaka yang terletak Semenanjung Malaysia dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.[6][7][8] Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan lain yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan bak hujah sesetengah ilmuwan.[9]kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Empayar Uthmaniyah.[10] Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca dari pedagang arab yang pernah menjalin hubungan perniagaan.[11]

Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1399 M yang ditemui di Sumatera,[12] sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.

Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Quran. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.[13] Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Acheh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.[14]

Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).[14] Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.

Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang",[15] apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.[16]

Penggunaan zaman kini ڤڠݢوناءن زمان کيني

[sunting | sunting sumber]
Penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di Shah Alam, Malaysia.

Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu[17] di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang dan Johor di Malaysia, Patani di Thailand,[13] dan juga Sulu dan Marawi di Filipina. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986.[18] Tulisan Jawi juga kelihatan di muka belakang wang kertas Ringgit Malaysia dan Ringgit Brunei.

"Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita."

— Perhatian penuh mengenai nasib tulisan Jawi oleh tokoh bahasa Melayu Pendeta Za'ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957) [19][20]

Mengimbau kembali akar-umbinya di zaman kerajaan Majapahit,[21] Indonesia kurang berminat dengan tulisan Jawi yang dipandang oleh masyarakat setempat sebagai "kampungan" dan tidak seanggun, seindah dan semasyhur tulisan Jawa.[22] Walau apapun, tulisan Jawi masih digunakan secara meluas di madrasah-madrasah tradisional di seluruh Jawa, tetapi dalam bentuk lainan yang bernama Pegon.

Adanya perasaan gusar yang dirasai dalam sesetengah lingkungan mengenai keadaan tulisan Jawi yang dianggap "tenat" dari segi pengutamaannya dalam penggunaan seharian;, pakar bahasa dan persuratan Melayu daripada Universiti Kajian Luar Busan, Prof Dr. Kang Kyoung Seok ada berkata dalam suatu wawancara dengan Utusan Malaysia pada 2012; "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"[23]

Di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Tulisan Jawi tidak sahaja menjadi kebiasaan dalam papan tanda perniagaan serata negeri Kedah di Malaysia,[24] malah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri tersebut[24][25][26] sebagai suatu cadangan disyorkan dan diwartakan dalam undang-undang negeri Kedah.[25][25] Bahkan, terdapat juga permintaan yang tinggi dalam menerapkan tulisan Jawi dalam periklanan serata negeri Kedah.[25]

Kota Kuantan di negeri Pahang memperkenalkan pelaksanaan mewajibkan tulisan Jawi (mendampingi tulisan lain seperti Rumi dan Cina) pada 1 Ogos 2019[27] atas titah cadangan Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut memangku kerusi Yang Dipertuan Agong pada ketika itu;[28] arahan ini kemudiannya diluaskan ke seluruh negeri Pahang bermula pada 1 Januari 2020.[29] Pelaksanaan ini dilakukan secara berperingkat membenarkan pelekat sebagai bahan perumah sementara sebelum penukaran papan tanda pada lain masa sempat,[30] pengabaian undang-undang ini akan dikenakan denda maksimum RM250 serta juga penarikan lesen perniagaan sekiranya pelanggaran berterusan.[31]

Ramai tokoh dalam dan luar negara telah mengakui kehebatan tulisan ini antaranya Profesor DiRaja Ungku Aziz, Raja Dr Nazren Syah, Mosa Jiao Ping, Pengetua sekolah Islam di China, penulis Teo Kok Seong dan lain-lain. Penubuhan sekolah agama persekutuan dan kerajaan negeri juga memperlihatkan kesungguhan mereka mengekalkan penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini juga telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1982 sehinggalah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 yang terkini.[32]

Di Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Tulisan Jawi selain Tulisan Lampung diiktiraf secara serantau di kawasan-kawasan berpopulasi suku yang menggunakan tulisan ini menulis bahasa ibunda baik termasuk dialek Melayu serantau yang pernah dibawah pengaruh pemerintahan Kesultanan melayu Johor(seperti provinsi Riau, Kepulauan Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Bangka Belitung, Kalimantan Barat dan Sumatera Utara), bahasa Aceh (Aceh), bahasa Banjar (Kalimantan Selatan) dan Minangkabau (Sumatera Barat).[33][34] Namun, "Aksara Latin" masih merupakan tulisan rasmi untuk perhubungan peringkat nasional di Indonesia.

Jadual huruf, tanda baca dan lain-lain berkaitan dengan penulisan Jawi جدوال حروف⹁ تندا باچ دان لاءين٢ برکاءيتن دڠن ڤنوليسن جاوي

[sunting | sunting sumber]

Jadual huruf Jawi

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.

Nama Bentuk huruf Padanan Rumi Keterangan Contoh
Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata Sambungan huruf di awal kata Sambungan huruf di akhir kata
alif
اليف
        a, e pepet awal 1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu);
2. huruf pertama abjad Jawi.[35]
Awal: ايه (ayah)

امڤت (empat)

Tengah: سوءال (soal)
تامن (taman)

Hujung: تنترا (tentera)
مليسيا (Malaysia)

ba
باء
ـﺒ ـﺐ     b 1. huruf kedua abjad Arab (mempunyai nilai dua);
2. huruf kedua abjad Jawi.[36]
Awal: باءيق (baik)

Tengah: كوبو (kubu)
كمبيڠ (kambing)

Hujung: ادب (adab)
سبب (sebab)
ta
تاء
ـﺘ ـﺖ     t 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400);
2. huruf ketiga abjad Jawi.[37]
Awal: تيݢ (tiga)

Tengah: هاتي (hati)
جنتوڠ (jantung)

Hujung: مات (mata)
هيبت (hebat)
ta marbutah
تاء مربوطة
ة     ـة     t, h, (ṯ) huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yang boleh menjadi ha besar atau ta.[38] Tengah: صلةالرحيم (silaturahim)

Hujung: زکاة (zakat)
رحمة (rahmat)

عبادة (ibadah)
مدرسة (madrasah)

sa (tha)
ثاء
ـﺜ ـﺚ     s, (th) 1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500);
2. huruf keempat abjad Jawi.[39]
Awal: ثلجي (salji)

Tengah: اثار (asar)
ميثل (misal)

Hujung: حدث (hadas)
بحث (bahas)
jim
جيم
ـﺠ ـﺞ     j 1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga);
2. huruf kelima abjad Jawi.[40]
Awal: جيرن (jiran)

Tengah: اوجي (uji)
ايجا (eja)

Hujung: سهاج (sahaja)
ڤريستيج (prestij)
ca
چا
ـﭽ ـﭻ     c huruf keenam abjad Jawi.[41] Awal: چينا (Cina)

Tengah: کوچيڠ (kucing)
کونچي (kunci)

Hujung: باچ (baca)
ڤيچ (pic)
ha
حاء
ـﺤ ـﺢ     h, (ḥ) 1. juga dikenali sebagai ha kecil[42] / ha pedas;[43]
2. huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);
3. huruf ketujuh abjad Jawi.[44]
Awal: حلال (halal)

Tengah: احوال (ehwal)
نحس (nahas)

Hujung: نکاح (nikah)
صح (sah)
kha (khO)
خاء
ـﺨ ـﺦ     kh 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600);
2. huruf kelapan abjad Jawi.[45]
Awal: خدمت (khidmat)

Tengah: اخير (akhir)
نخودا (nakhoda)

Hujung: برزخ (barzakh)
فسخ (fasakh)
dal
دل
د     ـد     d 1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat);
2. huruf kesembilan abjad Jawi.[46]
Awal: دورين (durian)

Tengah: اودڠ (udang)
همڤدو (hempedu)

Hujung:سوجود (sujud)
مسجد (masjid)
zal
ذال
    ـذ     z, (dh) 1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700);
2. huruf ke-10 abjad Jawi.[47]
Awal: ذره (zarah)

Tengah: لاذت (lazat)
بيذا (beza)

Hujung: استاذ (ustaz)
اخيذ (akhiz)
ra (rO)
راء
    ـر     r 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200);
2. huruf ke-11 abjad Jawi.[48]
Awal: رمبوتن (rambutan)

Tengah: اوروت (urut)
کرباو (kerbau)

Hujung: ايکور (ekor)
چمر (cemar)
zai
زاي
    ـز     z 1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh);
2. huruf ke-12 abjad Jawi.[49]
Awal: زاڤين (zapin)

Tengah: لازيم (lazim)
خزانه (khazanah)

Hujung: ارز (araz)
(halangan)
ساءيز (saiz)
sin
سين
ـﺴ ـﺲ     s 1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60);
2. huruf ke-13 abjad Jawi.[50]
Awal: سوڠاي (sungai)

Tengah: کاسوت (kasut)
بيسيڠ (bising)

Hujung: ݢاجوس (gajus)
کوبيس (kubis)
syin
شين
ـﺸ ـﺶ     sy, sh 1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300);
2. huruf ke-14 abjad Jawi.[51]
Awal: شرط (syarat)

شيرڤا (Sherpa)

Tengah: عاشيق (asyik)
مشارکت (masyarakat)

بوروشو (Burusho)
مهاريشي (maharishi) (pendeta suci)

Hujung: سکواش (skuasy)
قريش (Quraisy)

کالاش (Kalash)
بريتيش (British)

sad (sOd)
صاد
ـﺼ ـﺺ     s, (ṣ) 1. huruf ke-14 abjad Arab (mem-punyai nilai 90);
2. huruf ke-15 abjad Jawi.[52]
Awal: صبر (sabar)

Tengah: حاصيل (hasil)
قيصه (kisah)

Hujung: خاص (khas)
قميص (kamis/qamis)
(kemeja)
dad (dOd)
ضاد
ﺿ ـﻀ ـﺾ     d, (ḍ) 1. huruf ke-15 abjad Arab (mem­punyai nilai 800);
2. huruf ke-16 abjad Jawi.[53]
Awal: ضرورة (darurat)

Tengah: حاضير (hadir)
هضم (hadam)

Hujung: فرض (fardu)
فرائض (faraid)
ta (tO)
طاء
طـ ـﻄ ـﻂ     t, (ṭ) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan);
2. huruf ke-17 abjad Jawi.[54]
Awal: طاعة (taat)

Tengah: باطين (batin)
افطار (iftar)

Hujung: لواط (liwat)
خط (khat)
za (zO)
ظاء
ظـ ـﻈ ـﻆ     z, (ẓ) 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900);
2. huruf ke-18 abjad Jawi.[55]
Awal: ظاهير (zahir)

Tengah: ناظير (nazir)
(pemeriksa)
تعظيم (takzim)
(amat hormat)

Hujung: لفظ (lafaz)
ain
عين
عـ ـﻌـ ـﻊ     awal: a, i, u;
akhir: k, (‘)
1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70);
2. huruf ke-19 abjad Jawi.[56]
Awal: عمل (amal)

علمو (ilmu)

عمور (umur)

Tengah: رعيت (rakyat)
معنا (makna)

Hujung: شرع (syarak)

اربع (arba‘a)
(rabu)

ghain
غين
غـ ـﻐـ ـﻎ     gh 1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000);
2. huruf ke-20 abjad Jawi.[57]
Awal: غزال (ghazal)

Tengah: لوغت (loghat)
مغرب (maghrib)

Hujung: بالغ (baligh)
nga
ڠا
ڠ ڠـ ـڠـ ـڠ     ng huruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000).[58] Awal: ڠاراي (ngarai)

Tengah: چوڠکق (congkak)
جيڠݢ (jingga)

Hujung: کامڤوڠ (kampung)
ݢربڠ (gerbang)
fa
فاء
فـ ـﻔ ـﻒ     f 1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80);
2. huruf ke-22 abjad Jawi.[59]
Awal: فصل (fasal)

Tengah: دفتر (daftar)
ايفيسيئن (efisien)

Hujung: الاف (alaf)
کرياتيف (kreatif)
pa
ڤا
ڤـ ـﭭ ـﭫ     p huruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).[60] Awal: ڤادي (padi)

Tengah: کاڤس (kapas)
تيمڤي (tempe)

Hujung: کلاڤ (kelapa)
ݢنڤ (genap)
qaf
قاف
قـ ـﻘ ـﻖ     q, k, (q) 1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100);
2. huruf ke-24 abjad Jawi.[61]
Awal: قربان (korban)

قيامالليل (qiamullail)

Tengah: باقي (baki)
موافقت (muafakat)

اقامة (iqamat)
نقلي (naqli)

Hujung: اموق (amuk)
اوتق (otak)

براق (buraq)
صديق (siddiq)

kaf
کاف
ک کـ ـکـ ـک     k 1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20);
2. huruf ke-25 abjad Jawi.[62]
Awal: کريس (keris)

Tengah: ڤاکو (paku)
تکرو (takraw)

Hujung: ملاک (Melaka)
کتيک (ketika)
ga ݢا ݢ
ݢـ ـݢـ ـݢ     g huruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).[63] Awal: ݢولي (guli)

Tengah: ڤاݢر (pagar)
ڤيڠݢڠ (pinggang)

Hujung: راݢ (raga)
مڠݢ (mangga)
lam
لام
ـﻠ ـﻞ لا
(ل + ا)
ـلا
(ل + ا)
l

sambungan huruf: la (l + a)

1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30);
2. huruf ke-27 abjad Jawi;[64]
3. sambungan huruf dikenali sebagai lam-alif (hasil gabungan daripada ل dan ا).[65]
Awal: لمبو (lembu)

Tengah: مولوت (mulut)
سلمبر (selembar)

Hujung: سيمڤول (simpul)
کنل (kenal)

Sambungan Huruf di Awal Kata: لاڠيت (langit)

Sambungan Huruf di Tengah Kata: ڤولاو (pulau)
ملايو (Melayu)

Sambungan Huruf di Hujung Kata: بولا (bola)
سيلا (sila)
mim
ميم
ـﻤ ـﻢ     m 1. huruf ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40);
2. huruf ke-28 abjad Jawi.[66]
Awal: مانيس (manis)

Tengah: رامبوت (rambut)
هريماو (harimau)

Hujung: جاروم (jarum)
سلم (selam)
nun
نون
ـﻨ     n 1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50);
2. huruf ke-29 abjad Jawi.[67]
Awal: ناسي (nasi)

Tengah: ڤانس (panas)
ڤينتر (pintar)

Hujung: ڤنتون (pantun)
سنتن (santan)
wau
واو
    ـو     w, u, o 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam);
2. huruf ke-30 abjad Jawi;[68]
Awal: ورنا (warna)

Tengah: ساوه (sawah)
سيوا (sewa)

دوا (dua)
بودي (budi)

رودا (roda)
کوتا (kota)

Hujung: مادو (madu)
ساتو (satu)

va
ۏا
ۏ     ـۏ     v huruf ke-31 abjad Jawi.[69] Awal: ۏيديو (video)

Tengah: لاۏا (lava)
اونيۏرسيتي (universiti)

Hujung: مولوتوۏ (Molotov)
ha
هاء
ـﻬ     h 1. juga dikenali sebagai ha besar[70] / ha simpul;[71]
2. huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);
3. huruf ke-32 abjad Jawi.[72]
Awal: هاروم (harum)

Tengah: سوهو (suhu)
مهکوتا (mahkota)

Hujung: بنچوه (bancuh)
ڤوتيه (putih)
hamzah
همزة
ء

ء

أ

إ

ؤ

ئ



ئـ 



ـئـ 


ـأ

ـإ

ـؤ

ـئ

awal: gugur;
akhir: k, (’)
1. huruf ke-28 abjad Arab;
2. huruf ke-33 abjad Jawi;[73]
3. mempunyai enam jenis, iaitu hamzah tiga suku (ء), hamzah setara (ء) (bagi istilah serapan Arab), hamzah di atas alif (أ), hamzah di bawah alif (إ), hamzah berumah wau (ؤ) dan hamzah berumah ya (ئ).
Awal: ءوڠ (ong)
(bernasib baik)

ءامن (amana)
(yang beriman)

إي-ميل (e-mel)

Tengah: لاءوت (laut)

القرءان (al-Quran)

سأڠکتن (seangkatan)

دأکسيس (diakses)

کإسلامن (ke-Islaman)

مؤمن (mukmin)

نوتريئن (nutrien)

Hujung: داتوء (dato')

انبياء (anbia)
(nabi)

ya
ياء
ـﻴـ     y, i, e taling 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);
2. huruf ke-34 abjad Jawi.[74]
Awal: يايسن (yayasan)

Tengah: سويا (soya)
کايو (kayu)

ايبو (ibu)
باتيق (batik)

اينق (enak)
ليکور (lekor)

Hujung: ساي (saya)

سري (seri)
بلي (beli)

کاميکازي (kamikaze)
ساتي (sate)

ye
يى
ى   ـىـ ـى     e pepet hujung, a 1. juga dikenali sebagai alif maqsurah dalam bahasa Arab;[75]
2. huruf ke-35 abjad Jawi.[76]
Tengah: علىکلحال (alakulihal)
(dalam segala hal)

Hujung: ڤقوى (pakwe)
(teman lelaki)
ڤاتريوتيسمى (patriotisme)

اولى (aula)
(utama)

nya
ڽا
ڽ پـ ـپـ ـڽ     ny huruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000).[77] Awal: ڽاوا (nyawa)

Tengah: سوڽي (sunyi)
کڽالڠ (kenyalang)

Hujung: هاڽ (hanya)
سڤنوهڽ (sepenuhnya)

Catatan:

  • Jumlah keseluruhan huruf Jawi ialah 37, dengan 29 huruf hijaiyah Arab, dua bukan huruf hijaiyah Arab iaitu ى (ye/alif maqsurah) dan ة (ta marbutah) serta enam huruf tambahan Jawi yang terdiri daripada چ‎ (ca), ڠ‎ (nga), ڤ‎ (pa), ݢ ‎(ga), ۏ ‎(va), dan ڽ (nya‎).[78]
  • Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  • Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
  • Huruf ݢ (ga) seringkali tersalahsangka dengan گ (gaf) yang hampir mirip; huruf cara Arab ك (kaf) adakala digunakan dalam papan tanda lama untuk menandakan akhir suku kata -k pinjaman Barat seperti كلينيك klinik'[sumber lebih baik diperlukan]
  • لا (lam-alif) tidak tergolong dalam 37 huruf Jawi kerana ia merupakan sambungan [en] huruf yang terbina daripada gabungan huruf ﻝ (lam) dan huruf ﺍ (alif). [79]
  • Huruf ۏ (va) diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v. Ia digunakan untuk mengeja kata serapan asing Inggeris dan lain-lain.
  • Huruf ء (Hamzah Tiga Suku) , iaitu hamzah yang berada ¾ dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti كبڠساءن (kebangsaan) dan bagi perkataan bervokal berganding, bergabung dan diftong a-e, a-i, a-u, a-o, u-i dan o-i seperti ساءوه (sauh) dan ستياءوسها (setiausaha). Selain daripada itu, ia juga digunakan bagi ejaan nama atau istilah kaum bukan Melayu seperti ءڠ (Ng). Namun, Unicode belum menyertakan huruf Hamzah Tiga Suku dalam versi Unicode terkini. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan huruf tersebut. Sesetengah fon seperti Jawi Uthman Taha memaparkan Hamzah Tiga Suku apabila huruf Hamzah Setara diletakkan pada kawasan yang memerlukan huruf itu untuk berubah kepada kedudukan ¾ dari garis asas.

Jadual diftong

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah jadual bagi diftong dalam tulisan Jawi.

Nama Bentuk diftong Keterangan Contoh penggunaan
ai اءي menggunakan gabungan alif-hamzah tiga suku-ya
(ا + ء + ي).[80]
اءييا (aiya)
(tidak setuju)
au اءو menggunakan gabungan alif-hamzah tiga suku-wau
(ا + ء + و).[81]
اءوديو (audio)
oi اووي menggunakan gabungan alif-wau-wau-ya
(ا + و + و + ي)
.[82]
اوويديوم (oidium)

Jadual tanda baca Jawi

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah jadual bagi tanda baca dalam tulisan Jawi.

Nama Bentuk tanda baca Keterangan Contoh penggunaan
tanda koma
تندا کوما
tanda koma (,) Jawi.[83] واه چنتيقڽ باجو اوق (wah, cantiknya baju awak)
ايم ايکن دان داݢيڠ (ayam, ikan dan daging)
tanda koma bertitik
تندا کوما برتيتيق
tanda koma bertitik (;) Jawi.[84] مالم ماکين لاروت کرجا ماسيه باڽق (malam makin larut; kerja masih banyak)
tanda soal
تندا سوءال
؟ diserap daripada tanda soal Arab.[85] سياڤاکه نام اوق؟ (Siapakah nama awak?)
tanda kata ganda seluruh/penuh
تندا کات ݢندا سلوروه/ڤنوه
٢ 1. diserap daripada nombor dua (2) Arab;
2. mewakili simbol bagi kata ganda seluruh/penuh secara khusus dalam penulisan Jawi.[86]
ݢولا٢ (gula-gula)
tanda sempang
تندا سمڤڠ
- 1. diserap daripada tanda sempang Rumi;
2. digunakan untuk kata ganda berentak/berima dan kata ganda berimbuhan (awalan, akhiran serta apitan) dalam penulisan Jawi.[87]
Perkataan Tunggal pada Awal Perkataan: إي-داݢڠ (e-dagang)
Perkataan Tunggal pada Hujung Perkataan: سسيکو-ل (sesiku-L)

Berentak/Berima: سيمڤڠ-سيور (simpang-siur)

Berimbuhan Awalan: برجالن-جالن (berjalan-jalan)
Berimbuhan Akhiran: بواه-بواهن (buah-buahan)
Berimbuhan Apitan: برسلام-سلامن (bersalam-salaman)

Catatan:

  • Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan tanda baca yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  • Tanda baca Arab ، (koma) dan ؛ (koma bertitik) tidak digunakan dalam penulisan Jawi. Tanda baca Jawi yang sebenar ialah ⹁ (koma) dan ⁏ (koma bertitik).[88]
  • Hanya ؟ (tanda soal) sahaja yang diserap daripada tanda baca Arab ke dalam penulisan Jawi. Tanda baca Rumi yang lain turut digunakan bagi membina ayat dalam penulisan Jawi.[89]
  • Nombor Hindu-Arab tidak digunakan dalam penulisan Jawi kecuali ٢ yang mewakili simbol bagi kata ganda seluruh/penuh secara khusus seperti اݢر٢ (agar-agar). Nombor yang digunakan dalam Jawi adalah sama seperti dalam penulisan Rumi iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9.[90]

Jadual padanan sebutan huruf Rumi dalam tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah jadual bagi sebutan padanan huruf Rumi dalam tulisan Jawi.

Huruf Rumi a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z
Sebutan dalam Jawi أي بي سي دي إي ايف جي ايچ اءي جيه کي ايل ايم عين او ڤي قيو ار ايس تي يو ۏي دبليو ايک‌س واي زيد

Catatan:

  • Padanan sebutan huruf Rumi dalam tulisan Jawi digunakan bagi penulisan singkatan/akronim seperti .ايم.سي.ايم.سي (MCMC) (Malaysian Communications and Multimedia Commission) serta huruf tunggal pada awal perkataan yang diikuti oleh sempang (-) seperti ايک‌س-ري (X-ray) (sinar-X).

Jadual kaedah penulisan khusus dalam tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah jadual bagi kaedah penulisan khusus dalam tulisan Jawi.

Kaedah Keterangan Contoh
menulis singkatan/akronim 1. perlu menggunakan noktah (.) di antara huruf-huruf Jawi bagi:
a. singkatan/akronim ringkas bahasa Melayu (hanya menggunakan huruf Jawi satu persatu);
b. singkatan/akronim bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain (menggunakan sebutan asal);

2. tidak perlu menggunakan noktah (.) bagi singkatan/akronim yang ditulis berdasarkan sebutannya.[91]
Huruf Tunggal (Bahasa Melayu): د.ب.ڤ (DBP)
(Dewan Bahasa dan Pustaka)

Sebutan Asal (Bahasa Inggeris/Bahasa Asing): ايل.ار.تي (LRT)
(Light Rail Transit)

Berdasarkan Sebutan Bahasa Melayu:
ڤاواݢم (pawagam)
(panggung wayang gambar)

Berdasarkan Sebutan Bahasa Inggeris: يونيسکو (UNESCO)
(United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation)
menggugurkan jarak ( ) pada kata sendi nama dan imbuhan jarak ( ) digugurkan pada kata sendi nama "di" dan "ke" dalam penulisan Jawi (kaedah menulis kata sendi "di" dan "ke" adalah sama dengan kaedah menulis imbuhan awalan "di-" dan "ke-" dalam penulisan Jawi).[92] Kata Sendi Nama "di": دسان (di sana)
...adalah sama dengan...
Imbuhan Awalan "di-": دتولق (ditolak)

Kata Sendi Nama "ke": کڤنتاي (ke pantai)
...adalah sama dengan...
Imbuhan Awalan "ke-": کهندق (kehendak)
menulis huruf e taling, i, o, dan u pada awal perkataan 1. menggunakan gabungan huruf اي (alif-ya) bagi huruf e taling dan "i" pada awal perkataan;
2. menggunakan gabungan huruf او (alif-wau) bagi huruf "o" dan "u" pada awal perkataan.
Huruf e taling dan "i": ايکور (ekor)

ايستان (istana)

Huruf "o" dan "u": اورڠ (orang)

اوبي (ubi)

menulis Hamzah di atas Alif (أ) menggunakan أ (Hamzah di atas Alif) jika dua bunyi vokal daripada imbuhan awalan "ke-", "di-", atau "se-" dan kata dasar bertemu.[93] Imbuhan Awalan "ke-": کأنم (keenam)

Imbuhan Awalan "di-": دأمبيل (diambil)

Imbuhan Awalan "se-": سأومة (seumat)
menggugurkan huruf e pepet dan e taling bagi perkataan bentuk suku kata tertutup e pepet dan e taling digugurkan bagi perkataan bentuk suku kata tertutup dalam penulisan Jawi (apabila ia berada di antara huruf-huruf lain). e pepet: کلاڤ (kelapa)
(e pepet berada di antara huruf "k" (ک) dan "l" (ل) digugurkan dalam penulisan Jawi)

e taling: بستاري (bestari)
(e taling berada di antara huruf "b" (ب) dan "s" (س) digugurkan dalam penulisan Jawi)
menukar ye (ى) kepada alif (ا) bagi membentuk kata terbitan ى (ye) ditukar kepada ا (alif) apabila bertemu dengan imbuhan atau partikel dalam pembentukan kata terbitan.[94] Imbuhan: کتقواءن (ketakwaan)
Kata Dasar: تقوى (takwa)

ميتابوليسماڽ (metabolismenya)
Kata Dasar: ميتابوليسمى (metabolisme)

Partikel: فتواکن (fatwakan) Kata Dasar: فتوى (fatwa)

ناسيوناليسماله (nasionalismelah)
Kata Dasar: ناسيوناليسمى (nasionalisme)

menulis imbuhan akhiran "-an" 1. menggunakan huruf ن (nun) bagi perkataan bentuk suku kata tertutup dan suku kata terbuka "i" (ي);
2. menggunakan gabungan huruf ان (alif-nun) bagi perkataan bentuk suku kata terbuka "u" (و);
3. menggunakan gabungan huruf ءن (hamzah-nun) bagi perkataan bentuk suku kata terbuka "a" (ا).[95]
Suku Kata Tertutup: کارڠن (karangan)

Suku Kata Terbuka "i": هارين (harian)

Suku Kata Terbuka "u": بوروان (buruan)

Suku Kata Terbuka "a": باواءن (bawaan)
menulis perkataan yang berakhir dengan "ks", "lf", "lt", "ns", "nt", "ps" dan "st" perkataan yang berakhir dengan "ks", "lf", "lt", "ns", "nt", "ps" dan "st" tidak disambungkan (hanya terpakai bagi perkataan ejaan, sebutan, dan asal bahasa Inggeris atau bahasa asing) Perkataan yang Berakhir dengan "ks": فک‌س (faks)

Perkataan yang Berakhir dengan "lf": ݢول‌ف (golf)

Perkataan yang Berakhir dengan "lt": کوبل‌ت (kobalt)

Perkataan yang Berakhir dengan "ns": امبولن‌‌س (ambulans)

Perkataan yang Berakhir dengan "nt": مين‌ت (mint) (pudina)
*jika bersambung akan menjadi: مينت (minat)

Perkataan yang Berakhir dengan "nt": ليڤ‌س (lips) (bibir)
*jika bersambung akan menjadi: ليڤس (lipas)

Perkataan yang Berakhir dengan "st": ڤس‌ت (pest) (perosak)
*jika bersambung akan menjadi: ڤست (pesat)
menulis huruf "x" 1. menggunakan gabungan huruf kaf-sin "کس"/"ک‌س"
(ک + س) bagi penukaran kepada gabungan huruf "ks" dalam bahasa Melayu;
3. menggunakan huruf ز (zai) bagi penukaran kepada huruf "z" berdasarkan cara sebutan bahasa Melayu.
Penukaran kepada Gabungan Huruf "ks": ايکسڤريس
Bahasa Melayu: (ekspres)
Asal Bahasa Inggeris: express
اينديک‌س
Bahasa Melayu: (indeks)
Asal Bahasa Inggeris: index

Penukaran kepada Huruf "z": زينون (xenon)
Sebutan Bahasa Melayu: zenon
[sunting | sunting sumber]

Untuk menulis Jawi di komputer, pengguna memerlukan empat komponen;

  • sistem komputer yang menyokong UNICODE
  • fon yang mempunyai huruf-huruf jawi
  • papan kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan huruf-huruf jawi
  • perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri

Anda tidak perlukan sebarang perisian istimewa atau yang mahal untuk menulis jawi.

Sistem komputer

[sunting | sunting sumber]

Sistem pengoperasian Vista/XP menyokong UNICODE, dan ini membolehkan pengguna menulis jawi dengan mudah. Dalam penulisan jawi di Vista/XP, ia memerlukan enjin paparan yang akan memaparkan tulisan jawi secara betul. Pada XP, enjin ini aalah C:\Windows\system32\usp10.dll. Versi yang digunakan ialah versi 1.40. Versi ini menyokong penulisan kanan-ke-kiri tetapi tidak dapat memaparkan semua huruf jawi dengan betul. Contohnya, pengguna tidak boleh memaparkan huruf گ (gaf) atau ك (kaf) dengan betul.

Pada Vista, enjin usp10.dll ialah versi 1.61, dan enjin ini menyokong semua huruf jawi dengan betul. Anda boleh menukar usp10.dll anda kepada versi yang terkini.

Untuk sistem pengoperasian Windows 7, anda boleh menulis Jawi tanpa sebarang masalah. Sistem ini mempunyai banyak fon yang mempunyai huruf Jawi seperti Times New Roman, dan Arabic Typesetting.

Perisian Linux juga menyokong UNICODE dan dengan itu menyokong penggunaan jawi. Dua jenis fon percuma yang dapat digunakan ialah Scheherazade New dan Lateef[96] yang dihasilkan Summer Institute of Linguistics, Inc (SIL).[97] Kedua-dua fon menyokong Jawi sepenuhnya.

Papan kekunci Jawi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2011, SIRIM telah menyiapkan satu piawai untuk susun atur papan kekunci untuk Jawi. Papan kekunci cadangan ini diasaskan pada papan kekunci Arab (Saudi Arabia). Papan kekunci ini memasukkan enam huruf tambahan iaitu چ‎ (ca), ڠ‎ (nga), ڤ‎ (pa), ݢ‎ (ga), ۏ‎ (va), dan ڽ‎ (nya) untuk menulis Jawi. Huruf-huruf ini diletakkan pada kedudukan tanda huruf Arab yang tidak digunakan dalam Jawi seperti tanda fathah (◌َ), kasrah (◌ِ), dammah (◌ُ), sukun (◌ْ), dan tanwin.[perlu rujukan]

Bagi peranti Windows 7 dan seterusnya, susun atur papan kekunci Jawi boleh diperolehi di laman ini. Pengguna juga boleh mereka cipta papan kekunci dengan mudah menggunakan perisian MSKLC.[perlu rujukan]

Kebanyakan perisian dewasa ini menyokong UNICODE dan tulisan kanan-ke-kiri. Contohnya, OpenOffice (percuma dan berdasarkan sumber terbuka), Microsoft Office, notepad.exe and wordpad.exe. Anda tidak perlukan sebarang perisian mahal untuk menulis Jawi.

Contoh چونتوه

[sunting | sunting sumber]

Nama-nama hari dalam tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]
Ahad احد
Isnin اثنين
Selasa ثلاث
Rabu رابو
Khamis خميس
Jumaat جمعة
Sabtu سبتو

Nama-nama bulan dalam tulisan Jawi

[sunting | sunting sumber]
Januari جانواري
Februari فيبرواري
Mac مچ
April اڤريل
Mei مي
Jun جون
Julai جولاي
Ogos اوݢوس
September سيڤتيمبر
Oktober اوکتوبر
November نوۏيمبر
Disember ديسيمبر

Gambaran ݢامبرن

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut باچاءن لنجوت

[sunting | sunting sumber]
  • H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263.
  • R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.
  • J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.

Rujukan روجوعکن

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "tulisan Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  2. ^ "huruf Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  3. ^ "Jawi II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  4. ^ John U. Wolff,Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages
  5. ^ Robert Leon Cooper Language spread: studies in diffusion and social change, Center for Applied Linguistics, Indiana University Press,: 1982 p. 40 ISBN 0-253-32000-3: 360 pages
  6. ^ John U. Wolff, Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages: pp343
  7. ^ Kratz, E. U. Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai and Vietnamese. London, New York: Tauris Academic Studies, 1996.
  8. ^ R. B. Cribb, Audrey Kahin,Historical dictionary of Indonesia, Scarecrow Press: 2004: ISBN 0-8108-4935-6 583 pagespp 459
  9. ^ Hans H. Wellisch The conversion of scripts, its nature, history, and utilization: Wiley: 1978 ISBN 0-471-01620-9: 509 pages" pp95-96
  10. ^ Ann Kumar, John H. McGlynn, Mastini Hardjoprakoso, Perpustakaan Nasional (Indonesia), Illuminations: the writing traditions of Indonesia : featuring manuscripts from the National Library of Indonesia: Weatherhill: 1996 ISBN 0-8348-0349-6: 297 pages
  11. ^ Notes on the ancient history of Southeast Asia, Kuwata Rokuro, Memoirs of the Faculty of Literature, Osaka University, ISSN 04721373
  12. ^ Hoevell, WR van, Sjair Bidasari: Een Oorspokelijk Malesich Gedicht, Verhandilengen van het Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetnschappen, 1843
  13. ^ a b An overview of Jawi's origin in Brunei, Brunei Times article dated July 16, 2007
  14. ^ a b The Legacy of Malay Letter, Annabel Teh Gallop, The British Library dan Arkib Negara Malaysia, ISBN 0-7125-0376-6
  15. ^ Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, ms. 11.
  16. ^ كونوينشن توليسن جاوي > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>6. Sistem Ejaan Jawi Za'ba Diarkibkan 2009-09-11 di Wayback Machine, Koleksi Digital. Dicapai pada 7 Feb 2012.
  17. ^ AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.
  18. ^ Ismail bin Dahaman, Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa & Pustaka, 1986. Diterima pada 7 Februari 2012.
  19. ^ AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.
  20. ^ Bakti pendeta Za'ba. Cyberita, 19 September 2011. Dicapai pada 7 Februari 2012.
  21. ^ Rediscovering the royal capital of Majapahit, Gomperts, Amrit. , The Newsletter No.53 Spring 2010
  22. ^ Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955
  23. ^ "UtusanOnline - Pensyarah Korea bimbang tulisan Jawi semakin dilupakan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-01. Dicapai pada 2012-01-29.
  24. ^ a b "Kedah MB defends use of Jawi on signboards". The Star. 26 August 2008. Dicapai pada 20 December 2020.
  25. ^ a b c d Hashim, Roslinda (21 December 2019). "Kedah galak papan iklan tulisan jawi". Sinar Harian. Dicapai pada 20 December 2020.
  26. ^ Mohd Noor Aswad (2 September 2019). "Kedah supports use of Jawi in official dealings". New Straits Times. Dicapai pada 20 December 2020.
  27. ^ Tajuddin, Siti Insyirah (18 April 2019). "Kuantan to introduce Jawi signages from Aug 1". New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2020.
  28. ^ Lim, Ida (26 November 2018). "Kuantan to use Jawi in road signs from 2019". Malay Mail. Dicapai pada 19 April 2020.
  29. ^ "No extension for use of Jawi on signage in Pahang". The Star. 23 December 2019. Dicapai pada 19 April 2020.
  30. ^ Alagesh, T.N. (7 January 2020). "Jawi signage in Pahang: Stickers allowed, for now". New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2020.
  31. ^ "Pahang govt: Firm action to be taken against business premise owners who fail to use jawi signage". Malay Mail. 31 December 2019. Dicapai pada 19 April 2020.
  32. ^ Ibrahim, Rasyidah; Embong, Rahimah; Kadir, Firdaus Khairi Abdul; Hashim, Huda Afiqah (2019-05-07). "Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini". BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080) (dalam bahasa Inggeris). 2 (1): 29–37. ISSN 2600-9080.
  33. ^ TULISAN ARAB MELAYU BAGIAN DARI KHAZANAH BUDAYA RIAU
  34. ^ Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955
  35. ^ "alif I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  36. ^ "ba I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  37. ^ "ta - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  38. ^ "ta marbutah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  39. ^ "sa I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  40. ^ "jim - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  41. ^ "ca - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  42. ^ "ha kecil - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  43. ^ "ha pedas - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  44. ^ "ha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  45. ^ "kha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  46. ^ "dal I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  47. ^ "zal - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  48. ^ "ra - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  49. ^ "zai - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  50. ^ "sin - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  51. ^ "syin - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  52. ^ "sad - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  53. ^ "dad - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  54. ^ "ta (tO) - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  55. ^ "za - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  56. ^ "ain I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  57. ^ "ghain - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  58. ^ "nga - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  59. ^ "fa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  60. ^ "pa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  61. ^ "qaf - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  62. ^ "kaf - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  63. ^ "ga - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  64. ^ "lam - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  65. ^ "lam-alif - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 1 November 2022.
  66. ^ "mim - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  67. ^ "nun III - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  68. ^ "wau II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  69. ^ "va - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  70. ^ "ha besar - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  71. ^ "ha simpul - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  72. ^ "ha I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  73. ^ "hamzah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  74. ^ "ya I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  75. ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Huruf "Alif Maqsurah" (ى) dan Huruf "Ye" (ى) dalam Jawi". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 1 November 2022.
  76. ^ "ye - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  77. ^ "nya I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
  78. ^ Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Pensyarah, Universiti Putra Malaysia. "Klinik Jawi: Peringkat Lanjutan - Portal Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia". Klinik Jawi 2017. Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Dicapai pada 1 November 2022.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  79. ^ "Arabic/LearnRW/laam-alif". Dicapai pada 1 November 2022.
  80. ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Diftong". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 November 2022.
  81. ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Diftong". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 November 2022.
  82. ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Diftong". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 November 2022.
  83. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  84. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  85. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  86. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  87. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  88. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  89. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  90. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  91. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  92. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  93. ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
  94. ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Huruf "Alif Maqsurah" (ى) dan Huruf "Ye" (ى) dalam Jawi". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 November 2022.
  95. ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Imbuhan Akhiran '-an'". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 November 2022.
  96. ^ [1] Kertas penulisan pencipta Jawiware
  97. ^ SIL ialah sebuah organisasi mubaligh Kristian. Laman SIL Diarkibkan 2005-11-24 di Wayback Machine

Lihat juga ليهت جوݢ

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاءوتن لوار

[sunting | sunting sumber]