[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Kukup, Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jeti Kukup, Johor

Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak di Daerah Pontian, Johor, Malaysia. Antara lokasi di sini ialah Bandar Permas,Kampung Permas Kechil,Kampung Sungai Durian,Kampung Sungai Kuali dan Kampung Serkat Barat. Kedudukan bandar Kukup tersorok ke tepi pantai Selat Melaka.

Kukup mempunyai sebuah jeti atau pangkalan bot nelayan dan feri menuju ke Pulau Karimun , di Indonesia dan lain-lain. Kukup sesuai dijadikan jeti /pangkalan nelayan kerana dilindungi dari angin kencang oleh Pulau Kukup. Ramai penduduknya terutama Cina dan Melayu bekerja di sektor perikanan dan pertanian - kelapa sawit. Golongan remaja bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kukup.

Beberapa buah restoran dibina bagi peminat makanan laut terutama pengunjung Cina. Pemandangan waktu senja cukup menarik kerana matahari yang terbenam perlahan-lahan sekitar jam 7.00 petang dapat disaksikan dan dirakam. Kawasan ini mudah dan cepat dimajukan oleh pihak swasta kerana ramainya kaum Cina yang terlibat dalam sektor perniagaan , pelancongan , pengangkutan dan perdagangan. Kerajaan negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pontian telah membina bangunan jeti yang baru dan siap pada hujung 2009.

Feri ke Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Rakyat atau pekerja asing dari Indonesia menjadikan jeti di sini untuk berulang-alik antara kedua-dua negara. Difahamkan pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia serin menjadikan daerah Pontian sebagai destinasi yang selamat kerana kewujudan hutan bakau berhampiran memudahkan mereka menyorok dan menyembunyikan diri di celah-celah hutan bakau. Selain itu, Kukup juga berada dalam jarak yang mampu dijangkau dengan menggunakan hanya bot pancung dari Indonesia.

Pulau Kukup

[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Kukup. Ia menjadi destinasi pelancongan yang menarik kerana banyak sekali burung Ramsar yang singgah antara Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan. Kerajaan negeri Johor telah mengisytiharkan kawasan ini sebagai Taman Negara Kukup yang diwartakan untuk dilindungi kerana adanya hutan paya bakau yang penting untuk habitat ketam,udang, kerang, siput , anak ikan untuk membiak. Selain itu hutan bakau mampu menampan ombak laut dari Selat Melaka . Airnya memang keruh dan tidak sesuai untuk mandi-manda tetapi amat penting untuk survival para nelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti perikanan.

Angin ribut

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Kukup di tpi laut mengadap Selat Melaka, menyebabkan kawasan ini mudah menerima angin kencang yang dikenbali sebagai Ribut Sumatera. Contohnya pada 1 Mac 2009, banyak bumbung rumah di sepanjang pantai Kukup Laut diterbangkan oleh Ribut Sumatera ini. Ribut Sumatera biasanya berlaku di antara peralihan Angin Monsun Barat Daya dengan Angin Monsun Timur Laut. Angin Monsun Timur Laut bertiup dari bulan November - Mac setiap tahun. Sementara Angin Monsun Barat Daya bertiup dari Jun hingga Oktober.