[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Kuala Balah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak di negeri Kelantan dalam jajahan Jeli.Mendapat nama sempena lokasinya yang terletak di pertemuan dua sungai iaitu Sungai Pergau dan Sungai Balah.Kuala Balah memperoleh nama sempena nama sungai iaitu Sungai Balah.

Pekan Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kuala Balah iaitu salah satu daerah kecil dalam jajahan Jeli.Pekan ini terletak kira-kira 32 km dari Pusat Bandar Utama Jajahan Jeli iaitu Bandar Jeli.Ia juga terletak 20 km dari Pekan Dabong Kuala Krai, 145 km dari Pusat Bandar Kota Bharu, 100 km dari Pusat Bandar Kuala Krai melalui Jalan Jeli-Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai dan 85 km dari Pusat Bandar Gua Musang melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang.

Ia merupakan pekan yang terletak di tengah-tengah Laluan Persekutuan Malaysia 66 yang menghubungkan Bandar Jeli dan Dabong di daerah Kuala Krai, Kelantan. Jalan Persekutuan 66 adalah sebahagian daripada laluan jalan raya yang menghubungkan laluan Jeli-Gua Musang yang merupakan laluan alternatif dari Gua Musang untuk ke Kota Bharu selain Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang (Laluan Persekutuan Malaysia 8). Memandangkan Pekan ini kerap menjadi tempat persinggahan pengguna-pengguna yang menggunakan Laluan Persekutuan Malaysia 66 terdapat sebuah kawasan Rawat dan Rehat di kawasan Pekan Kuala Balah disediakan untuk kemudahan pengguna jalanraya.

Pekan Kuala Balah merupakan pusat tumpuan utama selain Pusat Bandar Jeli bagi penduduk dalam kawasan daerah kecil Kuala Balah.Pekan ini menjadi tumpuan kepada penduduk-penduduk dari 6 mukim yang berada dalam daerah kecil Kuala Balah.6 mukim tersebut ialah Mukim Lubok Bongor,Mukim Kubor Datu,Mukim Bukit Selar,Mukim Bukit Jering,Mukim Jerimbong dan Mukim Kuala Balah.

Dianggarkan jumlah penduduk bagi daerah Kuala Balah ialah seramai 13,700 orang penduduk.Majoriti nya penduduk berbangsa Melayu.Secara umumnya,penduduk-penduduk di daerah Kuala Balah tinggal di kampung-kampung yang padat di sepanjangLaluan Persekutuan Malaysia 66 dan juga di pinggir sungai.Memandangkan Pekan Kuala Balah menjadi tumpuan ramai,pelbagai kemudahan sentiasa dinaiktaraf oleh kerajaan mengikut keperluan semasa penduduk.Secara keseluruhannya,keadaan fizikal pekan ini sudah lengkap dengan kemudahan jalan raya yang sempurna, bekalan elektrik dan air yang semakin baik,liputan telefon talian tetap dan selular dan akses internet yang semakin baik.

Daerah Kuala Balah

[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuala Balah terdiri daripada beberapa mukim.

  1. Mukim Kuala Balah
  2. Mukim Jerimbong
  3. Mukim Bukit Jering
  4. Mukim Bukit Selar
  5. Mukim Kubur Datu
  6. Mukim Lubok Bongor

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Memandangkan pekan ini pada peringkat untuk membangun, penduduk-penduduk di sekitar pekan ini mendapat kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan penduduk setempat.

Antara kemudahan yang terdapat di pekan ini ialah:

  • Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) KESEDAR Kuala Balah,
  • Kawasan Lot Kedai Perniagaan Majlis Daerah Jeli (bersebelahan R&R Kesedar Kuala Balah),
  • Kawasan Pasar Kuala Balah,
  • Dewan Serbaguna Majlis Daerah Jeli,
  • Pejabat Penggawa Daerah Kuala Balah,
  • Masjid Besar Kuala Balah,
  • Balai Polis Kuala Balah,
  • Klinik Kesihatan(KK5) Kuala Balah
  • Klinik Pergigian Kuala Balah
  • Pejabat Pos Kuala Balah,
  • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),
  • Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kuala Balah,
  • Pejabat Majlis Daerah Jeli Cawangan Kuala Balah,
  • Pusat Internet dan Jalur Lebar Kuala Balah(PID),
  • Pejabat RISDA daerah Jeli Cawangan Kuala Balah,
  • Pejabat PELADANG kawasan Kuala Balah,
  • Kedai PELADANG
  • Hentian Teksi.
  • Pusat Telekom Malaysia (TM) cawangan Kuala Balah,
  • Pejabat Jabatan Perhutanan Kelantan cawangan Kuala Balah,
  • Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Balah,
  • Syarikat Kurier J&T EXPRESS

(KTN703)

Kawasan Perkelahan dan Rekreasi

[sunting | sunting sumber]
  • Sungai Balah
  • Lata Chenal

Perancangan masa hadapan

[sunting | sunting sumber]

Pekan Kuala Balah merupakan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan pada masa akan datang. Keadaan geografinya yang strategik iatu di pertengahan laluan utama Jeli-Gua Musang akan lebih membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat di daerah Kuala Balah.Para Penduduk semestinya mengharapkan kawasan pekan ini lebih membangun di masa akan datang melalui kemasukan projek-projek pemangkin ekonomi di kawasan pekan ini.

CADANGAN MENAIKTARAF KEMUDAHAN DI PEKAN KUALA BALAH


1.Membina perhentian bas ekpress/bas henti-henti/teksi untuk kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik di Pekan Kuala Balah. Beberapa Syarikat Bas Ekpres telah melancarkan servis perkhidmatan bas ekpress laluan Jeli-Kuala Lumpur melalui Jalan Jeli-Kuala Lumpur dan menyenaraikan Kuala Balah sebagai salah satu pick up point/drop point penumpang yang ingin ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.

2.Mewujudkan sebuah stesen minyak untuk kemudahan penduduk tempatan dan pengguna jalan raya Jeli-Gua Musang.Sedikit masa lagi,laluan Jeli-Gua Musang akan menjadi laluan penting ke Kuala Lumpur dan merupakan Jalan Pintas "By Pass" yang menghubungkan laluan Persekutuan 4 dan Laluan Persekutuan 8.

3.Membina sekurang-kurangya sebuah balai bomba bantuan di Pekan Kuala Balah untuk menjaga keselamatan penduduk penduduk di Kuala Balah dan kawasan berhampiran.

http://kualabalah.pid.net.my/article.cfm?id=12[pautan mati kekal]