[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Kemaskulinan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
One of the most famous depictions of Heracles, originally by Lysippos (marble, Roman copy called Hercules Farnese, 216 CE)
Dalam mitologi Yunani, Heracles sinonim dengan maskulinitas Apollonian .

Kemaskulinan atau kelelakian (Mal.: maskuliniti, Ind.: maskunilitas[1]) ialah satu sifat, tingkah laku, dan peranan yang berkaitan dengan lelaki. Ia difahamkan sebagai suatu binaan sosial berbeza daripada takrifan yang difahami umum terhadap seks biologi lelaki.[2][3] Piawai keperibadian atau kemaskulinan berbeza-beza mengikut budaya dan tempoh sejarah yang berbeza.[4] Kedua-dua lelaki dan perempuan boleh mempamerkan sifat dan tingkah laku lelaki.[5]

Ciri-ciri tradisi yang dilihat sebagai bersifat kelelakian dalam masyarakat Barat termasuk kekuatan, keberanian, kebebasan, kepimpinan, keganasan, dan ketegasan.[6][7][8][9] Machismo ialah satu bentuk kejantanan yang menekankan kuasa dan sering dikaitkan dengan ketidakpatuhan akibat dan tanggungjawab.[10]

Gambaran Umum

[sunting | sunting sumber]

Karakteristik maskulin biasanya terdapat pada anak lelaki mahupun dewasa. Tahap keperibadian lelaki seringkali dibuat perbandingan sama ada ia sangat maskulin, sederhana maskulin mahupun sejauh tidak maskulin langsung.[11] Konsep kemaskulinan cukup bervariasi. Tergantung sejarah dan budayanya. Pada abad ke 19, seseorang yang suka berdandan baik lelaki mahupun wanita dipandang bersifat masukin namun dalam standar modern disebut feminin.[12] Ronald F. Levant dalam bukunya Masculinity Reconstructed menjelaskan bahawa terdapat sifat-sifat khas pada seseorang yang dianggap maskulin di antaranya menghindari sifat kewanitaan, membatasi emosi, ambisius, mandiri, kuat dan agresif.[13] Sifat-sifat ini menguatkan peranan gender yang dikelompokkan menurut jenis kelamin lelaki mahupun wanita kerana sebahagian besar lelaki bersifat maskulin. Sebaliknya, sebagian besar wanita bersifat feminin.[14]

Kajian tentang kemaskulinan mendapat perhatian yang meningkat pada akhir 1980an dan awal 1990an. Di Amerika Serikat, mata kuliah kemaskulinan meningkat dari 30 menjadi lebih dari 300 mata kuliah.[15] Hal ini telah memicu berbagai penyelidikan tentang kemaskulinan dan pada akhirnya bidang ini berkembang lebih meluas. Lahirnya teori-teori diskriminasi sosial, binaan sosial dan perbedaan gender merupakan perkembangan dari bidang kajian ini.[16]

Namun perlu dicatat bahawa kemaskulinan dan kefemininan bukanlah konsep dengan dimensi kategori tunggal. Ada berbagai bentuk kemaskulinan dan kefemininan. Artinya konsep tersebut bervariasi antar masyarakat, kelas sosial, mahupun tingkat peradaban. Dengan kata lain Kemaskulinan dan Feminimitas adalah suatu binaan sosial yang dapat diberi makna yang berbeda oleh setiap masyarakat. Dengan menyadari kemaskulinan sebagai konsep yang multi dimensi, terbuka ruang bagi kita untuk melakukan dekonstruksi dan rekonstruksi konsep tersebut. Laki-laki dan perempuan dapat menunjukkan ciri-ciri dan perilaku maskulin. Orang-orang yang mencampurkan ciri maskulin dan feminin dalam dirinya dianggap androgini. Pada masa lalu, pengelasan gender secara umum hanya maskulin dan feminin. Namun dengan munculnya kajian androgini, para ahli feminisme berpendapat bahawa defenisi gender tersebut telah mengaburkan pengelasan gender.[17][18]

Perkembangan

[sunting | sunting sumber]
Seorang pekerja binaan dianggap maskulin

Dalam beberapa budaya, menampilkan ciri yang tidak sesuai dari jenis kelamin yang dia miliki merupakan suatu masalah sosial. Dalam sosiologi, pengecapan ini dikenal sebagai asumsi gender. Perilaku di luar standar yang ditetapkan oleh tradisi dalam budaya tertentu dapat dianggap sebagai indikasi kehomoseksualan untuk lelaki dan lesbian untuk perempuan.[19] Kerana itu usaha sosialisasi dan genetik perlu digiatkan dalam pengembangan kemaskulinan. Pakar-pakar psikologi dan psikoanalisis seperti Sigmund Freud dan Carl Jung meyakini bahawa aspek pengenalan "feminin" dan "maskulin" sebenarnya terdapat pada semua lelaki.

Sejarah perkembangan peranan gender ini seringkali menjadi masalah yang ditangani oleh ahli genetika, psikologi evolusioner, ekologi manusia, antropologi dan sosiologi. Dalam setiap budaya manusia, peranan gender sangat ditampilkan dalam sastra, pakaian dan nyanyian. Seperti dalam sastra Epos Homeros, cerita Hengist dan Horsa dan komentar normatif dari Kongzi. Perlakuan kemaskulinan lainnya dapat ditemukan dalam Bhagavad Gita dan bushidō dari Hagakure.

Pembentukan gender

[sunting | sunting sumber]

Salah satu cara untuk membahas isu lelaki dalam masyarakat patriarkis adalah dengan membedah atau melakukan dekonstruksi dan rekonstruksi terhadap konsep kemaskulinan, dan mengaitkan binaan sosial baru tersebut dengan perubahan sosial yang lebih menyeluruh iaitu proses pelembagaan hubungan sosial yang egalitarian. Kemaskulinan adalah suatu stereotype tentang lelaki yang dapat dipertentangkan dengan kefemininan sebagai stereotype perempuan. Maskulin dan feminin adalah dua kutub sifat yang berlawanan dan membentuk suatu garis lurus yang setiap titiknya menggambarkan derajat kelelakian (kemaskulinan) atau keperempuanan (kefemininan). Seorang lelaki yang memiliki ciri yang identik dengan stereotype maskulin disebut lelaki maskulin, jika ciri berlebihan disebut lelaki super maskulin, jika kurang disebut lelaki kurang maskulin atau lelaki feminin. Demikian sebaliknya, jika dibaca variasi sifat seorang perempuan. Stereotype kemaskulinan dan kefemininan mencakup berbagai aspek ciri individu, seperti ciri atau kepribadian, perilaku peranan, okupasi, penampakan fizikal, ataupun orientasi seksual.[20]

Dalam hubungan individu lelaki diakui maskulinitasnya jika terlayani oleh perempuan, sementara perempuan terpuaskan feminitasnya jika dapat melayani lelaki. Dalam hal okupasi pekerjaan yang mengandalkan kekuatan dan keberanian seperti askar, pemandu, petinju dan sebagainya disebut sebagai pekerjaan maskulin, sementara pekerjaan yang memerlukan kehalusan, ketelitian, dan perasaan seperti salon kecantikan, juru masak, menjahit dan sebagainya dinamakan pekerjaan feminin. Stereotaip inilah yang kemudiannya menciptakan hubungan yang memilih kasih antara lelaki dan perempuan, di mana hegemoni kaum lelaki ke atas kaum perempuan dianggap sesuatu yang lumrah atau kudrat. Menjadi jelas pula disini bahawa tanpa melakukan dekonstruksi dan rekonstruksi terhadap konsep kemaskulinan, disamping sudah barang tentu dekonstruksi konsep kefemininan, hubungan lelaki dan perempuan yang egalitarian sulit terwujud.[21]

Awal mula pembentukan gender masih diperdebatkan antara gender terbentuk secara semulajadi atau rekonstruksi budaya. Bagaimana seorang anak mengembangkan pengenalan gender juga diperdebatkan. Beberapa percaya bahawa kemaskulinan dikaitkan dengan tubuh lelaki; Dalam pandangan ini, kemaskulinan dikaitkan dengan alat kelamin lelaki.[12] Pendapat lain menyarankan bahawa meskipun kemaskulinan dapat dipengaruhi secara biologis, sifat maskulin merupakan binaan budaya. Penelitian terbaru tentang hubungan kemaskulinan seseorang dengan hormon testosteron pada alat kelamin menunjukkan bahawa tingkat testosteron tidak memprediksi bagaimana seseorang akan memiliki perasaan maskulin atau feminin.[22] Pendukung pandangan ini berpendapat bahawa wanita dapat menjadi lelaki secara hormonal dan fizikal dan banyak aspek kemaskulinan yang dianggap semulajadi ternyata merupakan bentukan budaya.[12][23]

Dominasi kemaskulinan

[sunting | sunting sumber]

al=Two men wrestling in a gymnasium, watched by a group of uninformed soldiers|thumb|250x250px|Pertandingan gusti adalah sifat maskulin berupa keterampilan fizikal dan adu kekuatan. Salah satu pemikiran konservatif tentang gender berpendapat bahawa cara lelaki untuk mendapatkan kehormatan adalah menyiapkan sekaligus memimpin keluarga mereka.[24] Hal ini dapat diartikan sebagai dominasi sifat maskulin. Raewyn Connell mengatakan "Hegemoni (dominasi) kemaskulinan dapat didefinisikan sebagai konfigurasi praktik gender yang menjamin posisi dominan lelaki terhadap perempuan."[12] Selain menggambarkan pengenalan maskulin yang kuat dan kejam, sifat maskulin juga digambarkan melalui aktivitas mereka yang berbeda dengan feminin.[25]

Kemaskulinan dalam kalangan wanita

[sunting | sunting sumber]

Meskipun sering diabaikan dalam diskusi tentang kemaskulinan, wanita juga dapat mengekspresikan sifat-sifat maskulin dalam perilakunya.[26][27] Dalam budaya Barat, kemaskulinan wanita telah dikotak-kotakkan menjadi pengenalan seperti "tomboy" dan "butch". Meskipun kemaskulinan wanita sering dikaitkan dengan lesbianisme, mengekspresikan kemaskulinan tidak harus berhubungan dengan keseksualan seorang wanita. Dalam falsafah feminis, kemaskulinan perempuan sering dicirikan sebagai jenis kinerja gender yang menentang kemaskulinan dan dominasi lelaki.[28] Wanita maskulin sering mengalami stigma dan pelecehan sosial, walaupun pengaruh gerakan feminis telah menyebabkan penerimaan wanita yang mengungkapkan kemaskulinan dalam beberapa dekad kebelakangan ini .[29]

Seorang askar British minum segelas bir setelah kembali dari Afghanistan. Pertempuran dalam perang dan minum minuman beralkohol dianggap sebagai kegiatan maskulin dalam budaya Barat.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Bukti menunjukkan bahawa perilaku maskulin yang berlebihan memiliki kesan dampak negatif terhadap kesihatan lelaki. Di Amerika Syarikat, kaum lelaki telah dhitung mengunjungi doktor sebanyak 134.5 juta kunjungan setahun. Kajian tentang lelaki di Amerika Utara dan Eropah menunjukkan bahawa lelaki yang meminum arak seringkali bertujuan untuk memenuhi harapan sosial tertentu mengenai kejantanan atau kemaskulinan. Perann gender dan harapan sosial memiliki pengaruh yang kuat yang mendorong lelaki untuk melakukan hal sebegini.[30][31]

Pada tahun 2004, Arran Stibbe menerbitkan sebuah analisis tentang majalah kesihatan lelaki pada tahun 2000. Menurut Stibbe, meskipun majalah tersebut seolah-olah berfokus pada kesihatan, ia juga mengalakkanb perilaku maskulin konservatif seperti pengambilan makanan dan arak, pengambilan secara berlebihan serta hubungan seks yang tidak selamat.[32]

Penelitian kandungan iklan bir oleh Lance Strate[33] menelurkan hasil yang relevan dengan kajian kemaskulinan.[12] Dalam iklan bir perilaku maskulin sangat ditonjolkan. Iklan yang sering menayangkan situasi di mana seorang lelaki baik dia seorang pekerja binaan, pertanian, koboi dan lainnya mampu mengatasi tantangan dalam sebuah kelompok. Permainan yang melibatkan risiko dan petualangan seperti memancing, berkemah, bermain olahraga atau bersosialisasi juga ditonjolkan sebagai perilaku maskulin. Dalam iklan-iklan bir ditunjukkan bahawa bar merupakan tempat berkumpulnya kemaskulinan yang di dalamnya terdapat kegiatan minum bir.

Kemaskulinan telah tampil dalam bentuk yang berbeza-beza menurut waktu dan tempat..[12] Kajian tentang sejarah kemaskulinan muncul pada tahun 1980-an, merupakan pengembangan sejarah gender perempuan.[34] Dalam sejarah, peranan historis wanita banyak yang diabaikan meskipun pada dasarnya tokoh lelaki lebih banyak daripada tokoh wanita namun bukan bererti tidak ada. Kajian tentang sejarah perempuan mulai menganalisis gender dan wanita untuk mengembangkan bidang ini.[35] Artikel Joan Scott menyerukan agar meletakkan dasar kajian gender sebagai konsep analitis untuk meneroka aspek masyarakat, kekuasaan dan wacana.[36] Menurut Scott, gender harus diperlakukan dalam dua cara iaitu cara yang produktif serta cara yang diproduksi. Gender produktif memeriksa perannya dalam menciptakan hubungan kekuasaan sekaligus menghasilkan gender yang mengeksplorasi penggunaan dan perubahan gender sepanjang sejarah. Hal ini telah mempengaruhi bidang kemaskulinan, seperti yang terlihat pada definisi Pierre Bourdieu mengenai kemaskulinan: dihasilkan oleh masyarakat dan budaya serta dihasilkan semula dalam kehidupan sehari-hari.[37]

Gender pada Zaman Dahulu

[sunting | sunting sumber]
Odysseus, pahlawan Odyssey

Literatur kuno berusia sekitar 3000 SM, kemaskulinan tersirat dalam mitos para dewa dan pahlawan. Dalam Alkitab ibrani dari 1000 SM, Raja Daud dari Israel mengatakan kepada anaknya, "aku pergi menjalani seluruh bumi: Jadilah engkau kuat. oleh kerana itu tampakkanlah dirimu lelaki."[38] Sepanjang sejarah, manusia telah memenuhi standar budaya yang ketat. Kate Cooper menuliskan konsep kuno tentang feminitas, "Ciri seorang wanita seringkali dihakimi oleh ciri lelaki."[39] Menurut Kod Hammurabi (sekitar tahun 1750 SM):

  • Aturan 3: "Jika ada orang yang menuduh, bahawa kejahatan apa pun di hadapan orang tua dan tidak membuktikan apa yang telah dituduhkan kepadanya, dia harus dihukum kerana hal itu adalah pelanggaran berat."
  • Aturan 128: "Jika seorang lelaki membawa perempuan lain ke isterinya, namun tidak melakukan hubungan intim dengannya, maka wanita ini bukanlah isteri baginya."[40]

Cerita-cerita tentang legenda pahlawan kuno menunjukkan kualitas kepahlawanan yang menginspirasi, memberi rasa hormat, mencontohkan kebijaksanaan dan keberanian serta mengambil risiko yang orang lain tidak akan berani merupakan sifat-sifat maskulin yang berkembang di masa lalu.

Abad pertengahan

[sunting | sunting sumber]
Beowulf melawan naga

Jeffrey Richards menggambarkan "kemaskulinan abad pertengahan" Eropah yang pada dasarnya bersifat dogma agama Kristian dan kesatria."[41] Keberanian, penghargaan terhadap wanita dari semua kelas dan kemurahan hati merupakan penggambaran lelaki. Cerita-cerita Hengest, Horsa dan Beowulf adalah contoh cita-cita maskulin abad pertengahan. Menurut David Rosen, pandangan tradisional para ilmuwan (seperti J. R. R. Tolkien) terhadap Beowulf adalah kisah kepahlawanan zaman pertengahan yang memandang persamaan antara Beowulf dan Grendel sang raksasa di mana kemaskulinan dicontohkan melalui watak Beowulf dalam cerita tersebut.[42]

Zaman moden

[sunting | sunting sumber]

Pada awal abad ke-20, sebuah keluarga tradisional terdiri dari ayah sebagai pencari nafkah dan ibu sebagai ibu rumah tangga. Ciri khas kemaskulinan masa kini adalah kesediaan lelaki untuk melawan stereotip. Terlepas dari usia atau kebangsaan, lelaki lebih menginginkan kesihatan yang lebih baik, kehidupan keluarga yang harmonis dan hubungan baik dengan pasangan sama pentingnya dengan kualitas hidup mereka.[43]

Penelitian psikologi

[sunting | sunting sumber]

Menurut sebuah makalah yang diajukan oleh Tracy Tylka kepada American Psychological Association, "Alih-alih melihat penurunan keobjektifan perempuan di masyarakat, baru-baru ini terjadi peningkatan keobjektifan kedua jenis kelamin. Setiap orang dapat melihat hal itu di media saat ini. " Pria dan wanita membatasi asupan makanan dalam usaha mencapai apa yang mereka anggap sebagai tubuh yang kurus atau ideal. Dalam kasus ekstrim, ini menyebabkan gangguan makan.[44] Psikiater Thomas Holbrook mengutip sebuah penelitian di Kanada baru-baru ini yang menunjukkan bahawa sebanyak satu dari enam orang dengan gangguan makan adalah lelaki.[45]

Penelitian di Inggris menemukan, "Pria dan wanita muda yang membaca majalah kebugaran dan mode secara psikologi dirugikan oleh gambaran fizikal wanita dan lelaki yang sempurna." Wanita muda dan lelaki berolahraga secara berlebihan dalam upaya untuk mencapai apa yang mereka anggap sebagai tubuh yang bugar dan berotot sehingga kelihatan menarik, dapat menyebabkan gangguan dismorfik tubuh atau dismorfia otot.[46][47][48] Meskipun stereotipnya tetap konstan, nilai yang melekat pada stereotip maskulin telah berubah. Telah dikemukakan bahawa kemaskulinan adalah fenomena yang tidak stabil dan tidak pernah tercapai.[12]

Asosiasi Psikiatri Amerika (APA) melakukan penelitian meta-analisis yang melibatkan hampir 20.000 lelaki yang didominasi orang kulit putih, beberapa Afrika-Amerika, dan Asia-Amerika. Beberapa kajian menunjukkan korelasi antara kepatuhan terhadap norma-norma kemaskulinan dengan kesihatan mental.[49] Peneliti menganalisis peserta dengan 11 norma yang dipercaya oleh para psikolog dapat mencerminkan standar kemaskulinan dalam masyarakat. Kemudian hasilnya mereka hubungkan dengan kesihatan mental positif, negatif, dan perilaku dalam mencari bantuan. Penelitian menemukan bahawa lelaki yang setuju terhadap standar kemaskulinan dalam masyarakat cenderung memiliki kesihatan mental yang buruk.[50] Penelitian itu juga menunjukkan lelaki yang setuju terhadap standar masyarakat cenderung untuk tidak mencari bantuan saat mengalami masalah psikologi.[51]

Peranan gender

[sunting | sunting sumber]
Dari usia muda, anak lelaki biasanya diajarkan untuk menekan emosi mereka dalam rangka untuk menyesuaikan diri dengan stereotip maskulin.[52]

[51]Norma sosial dan tekanan yang terkait dengan kemaskulinan telah membuat lelaki harus menyesuaikan pengenalan diri mereka. Ini mungkin menyebabkan perasaan menurun kecakapan fizikal dan seksual serta kehilangan pengenalan lelaki. Perasaan bersalah dan kehilangan kontrol secara keseluruhan juga dialami."[53] Penelitian juga menunjukkan bahawa lelaki merasakan tekanan sosial untuk mendukung model lelaki maskulin tradisional dalam periklanan. Brett Martin dan Juergen Gnoth (2009) menemukan bahawa meskipun lelaki feminin lebih menyukai model feminin, mereka lebih menyukai model tradisional maskulin di depan umum. Hal ini mencerminkan tekanan sosial pada lelaki untuk mendukung norma maskulin tradisional.[54]

Dalam buku mereka Raising Cain: Melindungi Kehidupan Emosional Anak lelaki, Dan Kindlon dan Michael Thompson menulis bahawa walaupun semua anak lelaki terlahir dengan cinta dan empatik, keterpaparan terhadap sosialisasi gender (ideal lelaki yang hebat) membatas kemampuan mereka untuk berfungsi secara emosional. Menurut Kindlon dan Thompson, anak lelaki tidak memiliki kemampuan untuk memahami dan meluahkan emosi secara produktif kerana stres yang dipaksakan oleh peranan gender maskulin.[55]

"Kemaskulinan dalam krisis" (masculinity in crisis)

[sunting | sunting sumber]

Sebuah teori "kemaskulinan dalam krisis" telah muncul.[56][57] Ahli arkeologi Australia Peter McAllister berkata, "Saya memiliki perasaan kuat bahawa kemaskulinan dalam krisis. Manusia benar-benar mencari peranan dalam masyarakat modern."[58] Yang lain melihat perubahan pasar tenaga kerja sebagai sumber stres. Penyahindustrian dan penggantian industri cerobong dengan teknologi telah memungkinkan lebih banyak wanita memasuki tenaga kerja serta mengurangkan penekanan industri pada kekuatan fizikal.[12]

Krisis ini juga disebabkan oleh feminisme dan pertanyaan tentang dominasi dan hak lelaki yang diberikan kepada lelaki semata-mata berdasarkan jenis kelamin.[12] Sosiolog Inggris John MacInnes menulis bahawa "kemaskulinan selalu dalam satu krisis atau yang lain" menunjukkan bahawa krisis timbul dari "ketidakcocokan mendasar antara prinsip inti kemodenan bahawa semua manusia pada dasarnya sama (terlepas dari jenis kelamin mereka) dan inti prinsip patriarki bahawa manusia secara semulajadi lebih unggul dari wanita dan karenanya ditakdirkan untuk memerintah mereka".[59]

Menurut John Beynon, kemaskulinan dan lelaki sering terkumpul dan tidak jelas apakah kemaskulinan, lelaki atau keduanya berada dalam krisis. Dia menulis bahawa "krisis" bukanlah fenomena baru-baru ini, yang menggambarkan beberapa tempoh krisis maskulin sepanjang sejarah (beberapa mendahului gerakan perempuan dan masyarakat pasca-industri), menunjukkan krisis adalah hasil dari kemaskulinan itu sendiri."[12] Sarjana film Leon Hunt juga menulis: "Kapan pun krisis maskulin 'benar-benar dimulai, pasti dampaknya sudah ada pada tahun 1970an."[60]

Sōshoku[-kei] danshi [草食(系)男子]

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, fenomena Sōshoku(-kei) danshi ("lelaki pemakan rumput/herbivora" menjadi populer di Jepun dan disebarkan di seluruh dunia. Lelaki yang tergolong dalam jolokan ini diperhatikan melepaskan diri dari acuan kemaskulinan. Filsuf Jepun, Masahiro Morioka, mencirikan golongan sebegini sebagai lelaki yang bersifat lembut, tidak terikat oleh kejantanan, tidak agresif dalam hal asmara, memandang wanita sebagai setaraf dan tidak menyukai tingkah laku emosi yang berlebihan. Jenis lelaki yang demikian dikritik keras oleh lelaki yang mencintai kemaskulinan.[61]

  1. ^ "masculinity - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 27 Jun 2021.
  2. ^ Ferrante, Joan (2008), "Gender and sexualities: with emphasis on gender ideals", in Ferrante, Joan, penyunting (2010-01-01). Sociology: a global perspective (ed. 7th). Belmont, California: Thomson Wadsworth. m/s. 269–272. ISBN 9780840032041.
  3. ^ "Gender, Women and Health: What do we mean by "sex" and "gender"?". who.int. World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2014. Dicapai pada 17 September 2014.
  4. ^ Kimmel, Michael S.; Aronson, Amy, penyunting (2004). Men and Masculinities: A Social, Cultural, and Historical Encyclopedia, Volume 1. Santa Barbara, Calif.: ABC-CLIO. m/s. xxiii. ISBN 978-1-57-607774-0.
  5. ^ Halberstam, Judith (2004). "'Female masculinity'". Dalam Kimmel, Michael S.; Aronson, Amy (penyunting). Men and Masculinities: A Social, Cultural, and Historical Encyclopedia, Volume 1. Santa Barbara, Calif.: ABC-CLIO. m/s. 294–5. ISBN 978-1-57-607774-0.
  6. ^ Kimmel, Michael S. (1994). "Masculinity as Homophobia: Fear, Shame, and Silence in the Construction of Gender Identity". Theorizing Masculinities. Thousand Oaks: SAGE Publications, Inc. m/s. 119–141.
  7. ^ Vetterling-Braggin, Mary (1982). "Introduction". "Femininity", "masculinity", and "androgyny": a modern philosophical discussion. Totowa, N.J: Littlefield, Adams. m/s. 6. ISBN 9780822603993. the [personality] theorist might classify a person as "masculine" if the person thought that person to have any or all of the following P-traits [personality traits] - GROUP Y TRAITS: strength of will, ambition, courage, independence, assertiveness, aggressiveness, ...
  8. ^ Carli, Linda L. (2001). "Assertiveness". Dalam Worell, Judith (penyunting). Encyclopedia of women and gender: sex similarities and differences and the impact of society on gender, Volume 1. San Diego, California: Academic Press. m/s. 157–168. ISBN 9780122272462.
  9. ^ Thomas, R. Murray (2001), "Feminist perspectives", in Thomas, R. Murray, penyunting (2001). Recent theories of human development. Thousand Oaks, California: Sage. m/s. 248. ISBN 9780761922476. Gender feminists also consider traditional feminine traits (gentleness, modesty, humility, sacrifice, supportiveness, empathy, compassion, tenderness, nurturance, intuitiveness, sensitivity, unselfishness) morally superior to the traditional masculine traits (courage, strong will, ambition, independence, assertiveness, initiative, rationality and emotional control).
  10. ^ "Machismo (exaggerated masculinity) - Encyclopædia Britannica" (ed. online). Encyclopædia Britannica, Inc. Dicapai pada 6 March 2015.
  11. ^ Roget, Peter Mark (1995). Roget's II: the new thesaurus (ed. 3rd). Boston: Houghton Mifflin Co. ISBN 9780395736791.
  12. ^ a b c d e f g h i j [[#CITEREF|]].
  13. ^ Levant, Ronald F.; Kopecky, Gini (1995). Masculinity reconstructed: changing the rules of manhood—at work, in relationships, and in family life. New York: Dutton. ISBN 978-0452275416.
  14. ^ Dornan, Jennifer (August 2004). "Blood from the moon: gender ideology and the rise of ancient Maya social complexity". Gender & History. Wiley. 16 (2): 459–475. doi:10.1111/j.0953-5233.2004.00348.x.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  15. ^ Bradley, Rolla M. (2008). Masculinity and self perception of men identified as informal leaders (Tesis). University of the Incarnate Word. OCLC 1004500685. More than one of |OCLC= dan |oclc= specified (bantuan) View online preview.
  16. ^ Flood, Michael (2007). International encyclopedia of men and masculinities. London New York: Routledge. m/s. viii. ISBN 9780415333436.
  17. ^ Butler, Judith (2006) [1990]. Gender trouble: feminism and the subversion of identity. New York London: Routledge. ISBN 9780415389556.
  18. ^ Laurie, Timothy (2014). "The ethics of nobody I know: gender and the politics of description". Qualitative Research Journal. Emerald. 14 (1): 64–78. doi:10.1108/QRJ-03-2014-0011.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link) Pdf.
  19. ^ "Gender identity and expression issues at colleges and universities". National Association of College and University Attorneys NACUAN. 2 June 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2014. Dicapai pada 2 April 2007.
  20. ^ Brod, Harry (ed), Tha Making of Masculinities, The New Men’s Studies, Boston: Allen & Unwin, 1987.
  21. ^ Gallagher, Saly K. & Christian Smith, “Symbolic Tradisionalism & Pragmatic Egalitarianism; Contemporary Evangelians, Families, and Gender, “Gender and Society,” Vol. 13, No. 2, April 1999: 211-233.
  22. ^ Pletzer, Belinda; Petasis, Ourania; Ortner, Tuulia M.; Cahill, Larry (2015). "Intereactive effects of culture and sex hormones on the role of self concept". Neuroendocrine Science. Frontiers Media. 9 (240): 1–10. doi:10.3389/fnins.2015.00240. PMC 4500910. PMID 26236181.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  23. ^ Mills, Sara (2003). "Third wave feminist linguistics and the analysis of sexism". Discourse Analysis Online. Sheffield Hallam University. 2 (1).CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  24. ^ George, Annie (July 2006). "Reinventing honorable masculinity: discourses from a working-class Indian community". Men and Masculinities. Sage. 9 (1): 35–52. doi:10.1177/1097184X04270379.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  25. ^ Laurie, Timothy; Hickey-Moody, Anna (2017), "Masculinity and ridicule", in Papenburg, Bettina, penyunting (2017). Gender: laughter. Farmington Hills, Michigan: Macmillan Reference. m/s. 215–228. ISBN 9780028663265.
  26. ^ Keith, Thomas (2017). Masculinities in contemporary American culture: an intersectional approach to the complexities and challenges of male identity (dalam bahasa Inggeris). New York: Routledge. m/s. 4–5. ISBN 9781317595342.
  27. ^ Halberstam, Judith (1998). Female Masculinity. Durham, North Carolina: Duke University Press. m/s. xi–. ISBN 9780822322436.
  28. ^ Gardiner, Judith Kegan (December 2009). "Female masculinities: a review essay". Men and Masculinities. 11 (5): 622–633. doi:10.1177/1097184X08328448.CS1 maint: ref=harv (link)
  29. ^ Girshick, Lori B. (2008), "The social construction of biological facts", in Girshick, Lori B. (penyunting). Transgender voices: beyond women and men. Hanover, New Hampshire: University Press of New England. m/s. 48. ISBN 9781584656838.
  30. ^ Lemle, Russell; Mishkind, Marc E. (1989). "Alcohol and masculinity". Journal of Substance Abuse Treatment. 6 (4): 213–22. doi:10.1016/0740-5472(89)90045-7. PMID 2687480.
  31. ^ Berkowitz, Alan D. (2004). "Alcohol". Dalam Kimmel, Michael S.; Aronson, Amy (penyunting). Men and Masculinities: A Social, Cultural, and Historical Encyclopedia: Volume 1 (dalam bahasa Inggeris). Santa Barbara: ABC-CLIO. m/s. 17–18. ISBN 9781576077740.
  32. ^ Stibbe, Arran (July 2004). "Health and the social construction of masculinity in "Men's Health" magazine". Men and Masculinities. 7 (1): 31–51. doi:10.1177/1097184X03257441.CS1 maint: ref=harv (link)
  33. ^ Strate, Lance (1992), "Beer commercials: a manual on masculinity", in Craig, Steve (penyunting). Men, masculinity and the media. Thousand Oaks, California: Sage. ISBN 9780803941632.
  34. ^ Tosh, John (1999), "Introduction: masculinity and domesticity", in Tosh, John, penyunting (1999). A man's place: masculinity and the middle-class home in Victorian England. New Haven, Connecticut: Yale University Press. m/s. 2. ISBN 9780300077797.
  35. ^ Davis, Natalie Z. (Spring–Summer 1976). ""Women's history" in transition: the European case". Feminist Studies. Feminist Studies, Inc. 3 (3–4): 83–103. doi:10.2307/3177729. JSTOR 3177729.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  36. ^ Scott, Joan W. (December 1986). "Gender: a useful category of historical analysis". The American Historical Review. Oxford Journals. 91 (5): 1053–1075. doi:10.1086/ahr/91.5.1053. JSTOR 1864376.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  37. ^ Bourdieu, Pierre (2001). Masculine domination. Cambridge, UK: Polity Press. ISBN 9780745622651.
  38. ^ "Bible Gateway passage: 1 Kings 2:2 - King James Version". biblegateway.com. Bible Gateway. Dicapai pada 29 September 2017.
  39. ^ Cooper, Kate (1996), "Private lives, public meanings", in Cooper, Kate (penyunting). The virgin and the bride: idealized womanhood in late antiquity. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 19. ISBN 9780674939509.
  40. ^ Hammurabi (1910). Hooker, Richard (penyunting). The Code of Hammurabi. L.W. King (translator). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2011.
  41. ^ Richards, Jeffrey (1999). "From Christianity to Paganism: The New Middle Ages and the Values of 'Medieval' Masculinity". Cultural Values. Taylor and Francis. 3 (2): 213–234. doi:10.1080/14797589909367162.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  42. ^ Rosen, David (1993), "The armor of the man-monster in Beowulf", in Rosen, David (penyunting). The changing fictions of masculinity. Urbana: University of Illinois Press. m/s. 11. ISBN 9780252063091.
  43. ^ "Research and insights from Indiana University" (Siaran akhbar). Indiana University. 26 August 2008. Dicapai pada 13 March 2017.
  44. ^ Grabmeier, Jeff (10 August 2006). "Pressure to be more muscular may lead men to unhealthy behaviors". Ohio State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2008. Dicapai pada 29 July 2008.
  45. ^ Goode, Erica (25 June 2000). "Thinner: the male battle with anorexia". The New York Times. Dicapai pada 12 May 2010.
  46. ^ "Magazines 'harm male body image'". BBC News. 28 May 2008. Dicapai pada 12 May 2010.
  47. ^ Lee, Ian. "Muscle dysmorphia". askmen.com. Ask Men.
  48. ^ "Men muscle in on body image problems". livescience.com. LiveScience. 6 August 2015.
  49. ^ Wong, Y. J., Ho, M. H. R., Wang, S. Y., & Miller, I. S. (2017). Meta-analyses of the relationship between conformity to masculine norms and mental health-related outcomes. Journal of counseling psychology, 64(1), 80.
  50. ^ Aziz, Abdul. "Laki-Laki Seksis Beresiko Terkena Penyakit Mental". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-04-27.
  51. ^ "Sexist Men Are More Likely To Have Mental Health Problems, Study Finds". HuffPost (dalam bahasa Inggeris). 2016-11-23. Dicapai pada 2019-04-27.
  52. ^ Worell, Judith (2001). Encyclopedia of Women and Gender: Sex Similarities and Sifferences and the Impact of Society on Gender. San Diego, California: Academic Press. m/s. 835. ISBN 0122272455.
  53. ^ Hutchinson, Susan L.; Kleiber, Douglas A. (January 2000). "Heroic masculinity following spinal cord injury: Implications for therapeutic recreation practice and research". Therapeutic Recreation Journal. Sagamore Journals. 34 (1).CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  54. ^ Martin, Brett A.S.; Gnoth, Juergen (December 2009). "Is the Marlboro man the only alternative? The role of gender identity and self-construal salience in evaluations of male models". Marketing Letters. Springer. 20 (4): 353–367. doi:10.1007/s11002-009-9069-2.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link) Pdf.
  55. ^ Kindlon, Dan; Thompson, Michael (2000), "The road not taken: turning boys away from their inner life", Raising Cain: protecting the emotional life of boys, New York: Ballantine Books, m/s. 1–20, ISBN 9780345434852. More than one of |ISBN= dan |isbn= specified (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)More than one of |ISBN= dan |isbn= specified (bantuan)
  56. ^ Horrocks, Rooger (1994). Masculinities in Crisis: Myths, Fantasies, and Realities. St Martin's Press. ISBN 0333593227.
  57. ^ Robinson, Sally (2000). Marked Men: White Masculinity in Crisis. New York: Columbia University Press. m/s. 5. ISBN 978-0-231-50036-4.
  58. ^ Rogers, Thomas (November 14, 2010). "The dramatic decline of the modern man". Salon. Dicapai pada June 3, 2012. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)
  59. ^ MacInnes, John (1998). The end of masculinity: the confusion of sexual genesis and sexual difference in modern society. Philadelphia: Open University Press. m/s. 11. ISBN 978-0-335-19659-3.
  60. ^ Hunt, Leon (1998). British low culture: from safari suits to sexploitation. London, New York: Routledge. m/s. 73. ISBN 978-0-415-15182-5.
  61. ^ Morioka, Masahiro (September 2013). "A phenomenological study of "Herbivore Men"". The Review of Life Studies. 4: 1–20.CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link) Pdf.