[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Kazunari Ninomiya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kazunari Ninomiya
二宮和也
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Nino
Berasal dariTokyo, Jepun
GenreJ-Pop
Pekerjaanpenyanyi, penggubah, pelakon, model, pengacara
Instrumengitar, piano, bass, dram, harmonika
Tahun aktif1996-kini
Syarikat rakaman
Pony Canyon (1999-2001)
J Storm (2002-kini)
Pengkarya berkait
Arashi

Kazunari Ninomiya (二宮 和也, Ninomiya Kazunari, lahir 17 Jun, 1983), sering kali digelar sebagai "Nino", ialah seorang idola, penyanyi, penggubah lagu, pelakon, personaliti televisyen dan juruhebah radio Jepun. Dia dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo, dan pada usia 13 tahun, dia menyertai agensi bakat Jepun yang terkenal iaitu Johnny & Associates. Pada 15 September, 1999, dia memcipta debutnya di Honolulu, Hawaii sebagai salah seorang daripada lima orang anggota kumpulan popular Arashi. Dia terkenal di kalangan penonton wayang dengan lakonannya sebagai Prebet Saigo dalam filem perang Clint Eastwood 2006 berjudul Letters from Iwo Jima.

Pra-debut

[sunting | sunting sumber]

Ketika Ninomiya menyertai Johnny & Associates, dia adalah anggota unit-unit sementara Johnny's Jr. seperti MAIN (yang dianggotai oleh anggota-anggota Arashi Jun Matsumoto dan Masaki Aiba, di samping juga Toma Ikuta) dan B.A.D. sebelum pembentukan Arashi.