[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Guarana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Guaraná
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. cupana
Nama binomial
Paullinia cupana

Guaraná atau nama saintifiknya Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba menjalar dari spesies Sapindaceae yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Ia mempunyai kandungan kafeina tinggi pada buah dan biji (lebih kurang 2-8% kafein dalam sebiji buah) sebagai kaedah pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor;[1] malah bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi.[2][3]

Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi. Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Warna-warna buah guarana adalah dalam kepelbagaian coklat kepada warna merah dan mengandungi biji berwarna hitam yang dilitupi oleh sesabut putih. Kemendapan warnanya bila biji berwarna hitam itu dibelah-buka seperti biji mata; ini telah membentuk sebuah mitos.[4]

Sejarah dan budaya

[sunting | sunting sumber]

Perkataan "guarana" datang daripada perkataan bahasa Guarani guara-ná bermakna "buah seperti mata-mata manusia" berdasaran suatu kisah diceritakan dalam kepercayaan orang Guaraní: salah sebuah puak dari orang ini menceritakan ada seorang anak kecil yang amat disayangi kampungnya yang dibunuh suatu dewa. Salah satu dari dewa lain yang mengetahui hal ini telah mencabut mata kiri kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam hutan tebal menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan bermanfaat untuk menenangkan hati penduduk kampung tersebut. Mata sebelah kanan kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam kawasan perkampungan; menambahkan lagi bilangan guarana domestik.[5]

Orang Guarani akan membuat teh herba daripadanya dengan memecahkannya, membasuh dan mengeringkan bijinya dan diikuti dengan menumbuk biji-biji itu menjadi serbuk yang halus. Serbuk halus itu akan diuli untuk membentuk rupa silinder. Produk ini dikenali sebagai roti guarana, kemudian dipotong untuk dimasukkan ke dalam air panas bersama dengan gula.[6]

Tumbuhan ini telah diperkenalkan kepada orang Eropah pada abad ke-16 oleh Oviedo, Hernandez, Cobo dan pengembara-pengembara Sepanyol yang lain. Pada tahun 1958, guarana telah dikomersialkan.[6]

Kandungan

[sunting | sunting sumber]
Senarai separa komponen biji guarana.[7][8]
Juzuk kimia Bahagian per juta
Adenine
Abu < 14,200
Kafein 9,100–76,000
Catechutannic-acid
Choline
D-catechin
Lemak < 30,000
Guanine
Hypoxanthine
Mucilage
Protein < 98,600
Resin < 70,000
Saponin
Kanji 50,000–60,000
Tanin 50,000–120,000
Theobromine 200–400
Theophylline 0–2,500
Timbonine
Xanthine

Jadual mengandungi senarai separa bahan kimia yang terkandung di dalam biji quarana,[7][8] mahupun bahagian-bahagian lain juga mungkin mengandungi kimia tersebut dalam pelbagai kuantiti.

Menurut Biological Magnetic Resonance Data Bank, guaranine adalah kandungan bahan kimia kafein di dalam guarana dan ia agak seiras dengan bahan kimia kafein yang diambil dari sumber lain sebagai contoh kopi, teh dan Yerba Mate. Guaranine, theine dan mateine adalah amat sinonim untuk kafein.[9]Sumber asli kafein mengandungi pelbagai campuran kandungan xanthine, alkaloids, selain dari kafein, termasuk stimulan untuk kardiak seperti theophylline dan theobromine dan bahan lain seperti polyphenol di mana ia boleh membentuk kompleks penyahserapan bersama kafein.[10]

Jadual mempunyai sebahagian daripada bahan kimia yang boleh didapati di dalam biji guarana,[7][11]walaupun bahagian lain pada pokok yang sama mengandungi bahan kimia yang sama dan dalam kuantiti yang berbeza-beza.

Serbuk biji guarana

Guarana digunakan di dalam pemanis atau minuman ringan berkarbonat dan minuman tenaga, di dalam ramuan herba, rempah ratus ataupun dikandungkan ke dalam kapsul-kapsul. Secara amnya, Amerika Selatan memperolehi kebanyakan kefein daripada guarana.[12]

Minuman Ringan

[sunting | sunting sumber]
Fail:Guaranacans.jpg
Minuman ringan guarana di Brazil.

Brazil ialah negara konsumer minuman ringan ketiga terbesar di dunia,[13]mengeluarkan beberapa jenama minuman ringan dari ekstrak guarana. Perkataan Portugis "guarana" digunakan secara meluas di Brazil sebagai rujukan minuman ringan yang mengandungi ekstrak guarana.

Kesan Sampingan

[sunting | sunting sumber]

Guarana amat kaya dengan kandungan kafein sehingga ia menarik perhatian ramai untuk dilihatkan potensi dalam kesan sampingannya. Ujian ke atas tikus makmal menunjukkan bahawa guarana dapat membantu meningkatkan daya ingatan and ketahanan fizikal bila dibandingkan dengan 'pil gula'.[14]

Dalam tahun 2007, telah diselenggarakan satu kajian penyelidikan[15] untuk mengetahui secara terperinci dengan memberi empat dos(37.5 mg,75 mg,150 mg dan 300 mg) ekstrak guarana. Memori, kecekapan and keceriaan ditingkatkan dengan dos dua terendah, mengesahkan keputusan lebih elok dari yang sebelumnya tentang kesan sampingan 75 mg guarana.

Kegunaan Lain dan Kesan Sampingan Lain

[sunting | sunting sumber]

Di negara Amerika Syarikat, guarana telah diiktiraf sebagai selamat digunakan pada amnya oleh pentadbiran makanan dan dadah AmerikaFood and Drug Administration.[16]

Kajian awal menunjukkan bahawa guarana menjadi efektif sebaik saja dihadam. Satu kumpulan kajian yang lain mencatatkan secara purata kehilangan berat badan sebanyak 11.2 paun(5.1-kilogram) berlaku adalah lebih cepat bagi mereka yang mengambil campuran yerba mate, guarana, dan damiana berbanding dengan mereka yang diberikan 'pil gula' hilang secara purata berat badan sebanyak 1 paun selepas 45 hari.[17]Walaupun tiada keputusan konklusif terhadap efek yang spesifik dari penggunaan guarana, kajian ini berbeza dari satu kajian lain yang menunjukkan tiada kesan terhadap berat badan dari formula yang mempunyai guarana.[18]

Ekstrak Guarana mengurangkan agregasi pada platelet arnab sehingga 37 peratus dibawah nilai aras kawalan and mengurangkan platelet formasi thromboxane dari asid arakidonik sehingga 78 peratus dibawah nilai aras kawalan.[19]Tidak diketahui jika berlaku tindak balas platelet itu menambahkan efeknya terhadap risiko menghadapi penyakit jantung atau angin ahmar.[20]

  1. ^ Ashihara H, Sano H, Crozier A (Februari 2008). "Caffeine and related purine alkaloids: biosynthesis, catabolism, function and genetic engineering". Phytochemistry. 69 (4): 841–56. doi:10.1016/j.phytochem.2007.10.029. PMID 18068204.
  2. ^ Bempong DK, Houghton PJ, Steadman K (1993). "The xanthine content of Guarana and its preparations". Int.J.Pharmacog. 31 (3): 175–81. doi:10.3109/13880209309082937. ISSN 0925-1618.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Caporaso, Nicola; Whitworth, Martin B.; Grebby, Stephen; Fisk, Ian D. (April 2018). "Non-destructive analysis of sucrose, caffeine and trigonelline on single green coffee beans by hyperspectral imaging". Food Research International (Ottawa, Ont.). 106: 193–203. doi:10.1016/j.foodres.2017.12.031. ISSN 0963-9969. PMC 5886291. PMID 29579918.
  4. ^ Prance G,Nesbitt M, penyunting (2004). Cultural History of Plants. New York: Routledge. m/s. 179.
  5. ^ Beck HT (2004). "10 Caffeine,Alcohol, and Sweeteners". Dalam Ghillean Prance; Mark Nesbitt (penyunting). Cultural History of Plants. New York: Routledge. m/s. 179. ISBN 978-0-415-92746-8.
  6. ^ a b Weinberg BA, Bealer BK (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. New York: Routledge. ISBN 978-0-415-92723-9.
  7. ^ a b c "Dr. Duke's Phytochemical and Ethnobotanical Databases". 2007-09-18. OCLC 41920916. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-19. Dicapai pada 2007-09-18. |contribution= ignored (bantuan)
  8. ^ a b Duke JA (1992). Handbook of phytochemical constituents of GRAS herbs and other economic plants. Boca Raton: CRC Press. ISBN 978-0-8493-3672-0. OCLC 25874249.
  9. ^ "Caffeine". Biological Magnetic Resonance Data Bank, University of Wisconsin-Madison. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-24. Dicapai pada 2007-09-19.
  10. ^ Balentine D. A., Harbowy M. E. and Graham H. N. (1998). "Tea: the Plant and its Manufacture; Chemistry and Consumption of the Beverage". Dalam G Spiller (penyunting). Caffeine. CRC Press. ISBN 978-0-8493-2647-9.[pautan mati kekal]
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Duke192a
  12. ^ Weinberg BA, Bealer BK (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. New York: Routledge. m/s. 230. ISBN 978-0-415-92723-9.
  13. ^ Weinberg BA, Bealer BK (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. New York: Routledge. m/s. 192–3. ISBN 978-0-415-92723-9.
  14. ^ Espinola EB, Dias RF, Mattei R, Carlini EA (1997). "Pharmacological activity of Guarana(Paullina cupana Mart.) in laboratory animals". J Ethnopharmacol. 55 (3): 223–9. doi:10.1016/S0378-8741(96)01506-1. PMID 9080343. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  15. ^ Haskell CF, Kennedy DO, Wesnes KA, Milne AL, Scholey AB (2007). [1 "A double-blind,placebo-controlled,multi-dose evaluation of the acute behavioral effects of guarana in humans"] Check |url= value (bantuan). J.Psychopharmacol. Oxford). 21 (1): 65–70. doi:10.1177/0269881106063815. PMID 16533867. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  16. ^ "Energy Drinks" (PDF). University of California, Davis. April 2007. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-08-25. Dicapai pada 2007-09-18. Text "format+PDF" ignored (bantuan)
  17. ^ Anderson T, Foght J (2001). "Weight loss and delayed gastric emptying following a South American herbal preparation in overweight patients". J Hum Nutr Diet. 14 (3): 243–50. doi:10.1046/j.1365-277X.2001.00290.x. PMID 11424516.
  18. ^ Sale C, HArris RC, Delves S, Corbett J (2006). "Metabolic and physiological effects of ingesting extracts of bitter orange, green tea and guarana at rest and during treadmill walking in overweight males". Int J Obes(Lond). 30 (5): 764–73. doi:10.1038/sj.ijo.0803209. PMID 16418760. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  19. ^ Bydlowski SP, D'Amico EA, Chamone DA (1991). "An aqueous extract of guarana(Paullinia cupana)decreases platelet thromboxane synthesis". Braz. J. Med. Biol. Res. 24 (4): 421–4. ISSN 0100-879X. PMID 1823256.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  20. ^ Nicolaou KC; dll. (1979). "Synthesis and biological properties of pinane-thromboxane formation". Proc.Natl.Acad.Sci.USA. 76 (6): 2566–70. doi:10.1073/pnas.76.6.2566. PMC 383648. PMID 288046. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]