[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Bendera Republik Rakyat China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nisbah bendera 2:3

Bendera China, atau "bendera merah lima bintang" (五星红旗, pinyin: wǔ xīng hóng qí) direka oleh Zeng Liansong, seorang artis terkenal dari wilayah Ruian, Zhejiang.

Pada 27 September 1949, Persidangan Pertama Rundingan Politik Rakyat China telah meluluskan Resolusi mengenai Ibu Negara, Tahun, Lagu Negara dan Bendera Republik Rakyat China, iaitu Bendera Republik Rakyat China yang berlatarbelakang merah dan Lima Bintang, yang melambangkan Revolusi Rakyat China yang bersatupadu. berpandukan Undang-undang Bendera Republik Rakyat China Perintah Kedua dan Perlembagaan Republik Rakyat China Perintah Keseratus Tiga Puluh Enam menyatakan: "Bendera Merah Lima Bintang adalah Bendera Republik Rakyat China.

Bendera ini memiliki simbol-simbol komunisme yang terkenal, seperti bidang berwarna merah dan bintang warna kuning. Bintang yang besar melambangkan kepimpinan Parti Komunis di China. Bintang-bintang yang kecil melambangkan empat buah kelas yang wujud di dalam sebuah masyarakat menurut fahaman komunis, iaitu: pekerja, petani, golongan kaya dan kapitalis yang patriotik. Pendapat yang lain mengatakan bintang yang besar melambangkan kaum majoriti di negara China, iaitu Han Cina, dan bintang-bintang kecil melambangkan masyarkat minoriti Tibet, Manchu, Mongol dan Uighur.

Warna merah pada Bendera Republik Rakyat China melambangkan Revolusi. Bintang berpenjuru lima yang besar melambangkan Parti Komunis China, manakala empat bintang berpenjuru lima yang kecil melambangkan pelbagai kaum diseluruh negara yang dibawah pemerintahan Parti Komunis China, iaitu empat lapisan masyarakat pada masa itu: Lapisan Pekerja, Lapisan Petani, Lapisan Kelas Pertenggahan Bandar, dan Lapisan Kelas Pertenggahan Pelbagai Kaum.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]