[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Bahasa Hachijō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hachijo
島言葉 sima kotoba
Asli kepadaJepun
KawasanSelatan Kepulauan Izu Kepulauan Daito dan Pesisir Selatan Jepun
Penutur bahasa
< 1000 (2011)[1][2]
Jepunik
  • Hachijo
Bentuk awal
Kod bahasa
ISO 639-3
ISO 639-6hhjm
Glottologhach1239
ELPHachijo
Kedudukan Kepulauan Izu

Dialek Hachijo (八丈方言, Hachijō hōgen), juga dipanggil sebagai Shima Kotoba (島言葉, [ɕima kotoba], "lidah kepulauan"), merupakan bentuk dialek Jepun yang paling pelbagai, dan terdiri daripada cabang Jepunik lain (bersama bahasa Jepun rasmi, Ryukyu Utara dan Ryukyu Selatan).[3] Bahasa Hachijo kini dituturkan di dua pulau di Pulau Izu di selatan Tokyo (Hachijō-jima dan Aogashima yang lebih kecil) serta di Kepulauan Daitō di Wilayah Okinawa, yang menetap dari Hachijō-jima pada zaman Meiji. Bahasa ini juga sebelumnya telah dituturkan di pulau Hachijō-kojima, namun kini sudah tidak berpenghuni. Berdasarkan kriteria kefahaman salingan, Hachijo mestinya ialah satu rumpun bahasa Jepunik yang berbeza berbanding suatu dialek Jepun.[4]

Bahasa Hachijo ialah berakar daripada dialek timur bahasa Jepun Kuno. Bahasa ini mngekalkan beberapa ciri tatabahasa dan fonetik unik yang direkodkan dalam puisi dialek Azuma abad ke-8, Man'yōshū dan Fudoki dari Wilayah Hitachi. Bahasa Hachijo juga mempunyai persamaan leksikal dengan bahasa-bahasa dialek Kyushu dan juga bahasa Ryukyu Utara serta Selatan; belum jelas apakah persamaan ini menunjukkan bahawa pulau Izu selatan mendapat pengaruh pendatang dari Ryukyu atau pengaruh itu berakar dari kata pinjaman yang dibawa oleh kelasi yang melancong di kawasan kepulauan selatan, atau mungkin sahaja bahasa Hachijo bukanlah berakar bahasa daripada Jepun Kuno, tetapi sebaliknya daripada bahasa Ryukyu.[5]

Bahasa Hachijo ialah bahasa terancam dengan populasi yang kecil dan semakin berkurangan, terutamanya dengan kebanyakan penuturnya sudah tua.[6] Sejak paling kurang 2009, bandar Hachijo mendukung pemartabatan bahasa ini kepada generasi mudanya melalui kelas sekolah rendah, permainan karuta, dan produksi lakon pawagam berbahasa Hachijo. Walaupun begitu, penutur asli dianggarkan hanya berjumlah "ratusan", dan kefahaman bahasa diperkirakan terus berkurangan. Rata-rata generasi muda Hachijo tidak cenderung belajar bahasa ini ataupun segan membahasakan bahasa ibunda tempatannya sendiri di rumah.[4]

  1. ^ Kaneda (2001), m/s. 3–14.
  2. ^ Iannucci (2019), m/s. 13–14.
  3. ^ Thomas Pellard. The comparative study of the Japonic languages. Approaches to endangered languages in Japan and Northeast Asia: Description, documentation and revitalization, National Institute for Japanese Language and Linguistics, Aug 2018, Tachikawa, Japan. ffhal-01856152
  4. ^ a b Iannucci (2019).
  5. ^ Masayoshi Shibatani, 1990. The Languages of Japan, p. 207.
  6. ^ Vovin (2017).