Aksaray malaklısı
Nama lain | Malaklı karabaş, mastif Turki, singa Anatolia, anjing gembala Turki | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Turki | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Aksaray malaklısı[a] atau malaklı karabaş ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan besar dari Wilayah Aksaray di Anatolia tengah, sebahagian daripada Turki.[1][2][3] Ia juga dikenali sebagai mastif Turki atau singa Anatolia.[4]
Baka ini telah menjadi anjing penjaga haiwan ternakan yang semakin popular di seluruh dunia.[5] Ia diiktiraf oleh Persekutuan Anjing Turki.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Aksaray malaklısı dinamai sempena Wilayah Aksaray di Anatolia Tengah. Di sana, tradisi lisan melaporkan bahawa ia dibawa oleh orang Sumeria pada 3,500 tahun lalu.[4] Persatuan Penambahbaikan Baka Aksaray Malaklısı mendakwa bahawa baka ini ialah salah satu yang tertua di dunia, dengan sejarah berusia 3,500 tahun di Anatolia.[4] Menurut tradisi lisan, Aksaray malaklısı telah digunakan sebagai anjing perang oleh orang Asyur pada 2,500 tahun lalu.[4]
Analisis genetik telah menunjukkannya sebagai baka berbeza daripada baka-baka anjing penjaga haiwan ternakan lain Turki, termasuk anjing gembala Kangal, akbash, dan anjing Kars.[3][6]
Bahagian "malaklı(sı)" dalam nama baka dikatakan disebabkan oleh rahang berayunnya.[2][3]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Aksaray malaklısı biasanya berdiri setinggi 70–85 sentimeter (28–33 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 60–85 kilogram (132–187 lb),[6] dengan panjang tubuh kira-kira 79–83 sentimeter (31–33 in).[1] Ia biasanya berwarna kelabu dengan topeng hitam; lapis bulunya pendek. Kepala dan telinganya besar, gelambirnya berayun, dan ekornya lurus.[1][2][3]
Tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Anjing ini hanya mematuhi perintah daripada tuannya dan dapat menjadi agresif dengan orang lain. Ia biasanya tidak mentoleransi kerja dengan anjing lain yang sejantina.[3]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Jangka hayatnya ialah 13–15 tahun.[3]
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Aksaray malaklısı digunakan di tanah airnya untuk melindungi kawanan biri-biri daripada pemangsa, terutamanya serigala. Sepasang Aksaray malaklısı, sentiasa seekor jantan dan seekor betina, dapat melindungi kira-kira 700–800 ekor biri-biri.[3]
Ia juga telah mendapat kepopularan sedunia sebagai anjing penjaga rumah.[7]
Persatuan Penambahbaikan Baka Aksaray Malaklısı (AKMID) telah mendakwa baka ini digunakan sebagai anjing perang oleh orang Asyur pada lebih daripada 2,500 tahun lalu.[4]
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Aksaray malaklısı |
- ^ a b c Oğrak, Yusuf Ziya; Öztürk, Nurşen; Keçici, Pembe Dilara; Özcan, Mustafa (31 Disember 2018). "Comparison various body measurements of Aksaray Malakli and Kangal Dogs" [Perbandingan pelbagai ukuran badan bagi Aksaray malaklısı dan anjing Kangal]. Journal of Istanbul Veterinary Sciences (dalam bahasa Inggeris). Dewan Doktor Bedah, Istanbul. 2 (3): 86–91. doi:10.30704/http-www-jivs-net.462546. ISSN 2602-3490. S2CID 92554048.
- ^ a b c Büyükleblebici, Olga (12 Oktober 2019). "Determination of Some Serum Biochemical Parameters of Aksaray Malakli Breed of Turkish Shepherd Dog = Aksaray Malaklı Irkı Türk Çoban Köpeğinin Bazı Serum Biyokimyasal Parametrelerinin Belirlenmesi" [Penentuan Sesetengah Parameter Biokimia Serum Baka Aksaray Malaklısı Anjing Gembala Turki]. Turkish Journal of Agriculture - Food Science and Technology (dalam bahasa Inggeris). Turkish Science and Technology Publishing. 7 (10): 1678–1681. doi:10.24925/turjaf.v7i10.1678-1681.2806. ISSN 2148-127X. S2CID 204914784.
- ^ a b c d e f g Aslım, Gökhan; Sinmez, Çağrı Çağlar (September 2017). "Aksaray ili folklorunda Aksaray Malaklısı yetiştiriciliği = Breeding Aksaray Malaklısı in folklore of Aksaray Province" [Penternakan Aksaray malaklısı dalam folklor Wilayah Aksaray = Pembiakbakaan Aksaray malaklısı dalam folklor Wilayah Aksaray]. Eurasian Journal of Veterinary Sciences (dalam bahasa Turki). Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Saljuk. 33 (3): 148–157. doi:10.15312/EurasianJVetSci.2017.151. hdl:20.500.12451/1547. ISSN 2146-1953. S2CID 216985489.
- ^ a b c d e "Turkey's Aksaray Malaklısı used by Assyrians as war dog 2,500 years ago, breeders association says" [Aksaray malaklısı Turki digunakan oleh orang Asyur sebagai anjing perang 2,500 tahun lalu, kata persatuan pembiak baka]. Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "China's han sheep under protection of Turkish mastiffs" [Biri-biri Han China dalam perlindungan mastif Turki]. Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2019. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b c "Malaklı" [Malaklı]. Persekutuan Anjing Turki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Turkey's Aksaray Malaklısı guard dog enjoys worldwide popularity" [Anjing pengawal Aksaray malaklısı' Turki nikmati kepopularan sedunia]. Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.