[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Aisyah Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Aisha)

Aisyah binti Abu Bakr ( Nama Sebenar : Aisyah binti Abdullah Bin Abi Quhafah ) (lahir 614 - meninggal dunia 678) (Arab: عائشة, 'Ā'isyaṯ, "yang hidup") adalah isteri ketiga Nabi Muhammad. Dalam sejarah Islam, sebagaimana isteri-isteri baginda yang lain, beliau turut dikenali dengan "Ibu Orang Beriman" (Ummul Mukminin) seperti yang disebut dalam al-Quran (33:6). Beliau telah bertunang dengan Nabi Muhammad pada umurnya enam tahun dan berkahwin dengan Nabi Muhammmad pada umur sembilan tahun.

Aisyah telah memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam, ketika Nabi Muhammad hidup dan selepas Nabi Muhammad telah wafat. Beliau juga dianggap oleh orang ramai sebagai isteri kesayangan baginda, beliau juga dianggap sebagai seorang tokoh yang aktif dalam pelbagai acara dan seorang saksi yang penting untuk banyak peristiwa Islam yang awal. Aisyah menyumbang kepada pertumbuhan, pembangunan, dan kefahaman Islam. Beliau memaikan peranan dalam penyampaian riwayat, kisah hidup dan amalan serta doa yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Aisyah telah sedia terlibat dalam meneruskan mesej baginda. Beliau hidup semasa pemerintahan sekurang-kurangnya empat khalifah pertama. Bapanya menjadi khalifah pertama untuk menggantikan pentadbiran Nabi Muhammad. Khalifah kedua, Umar, kemudian menggantikan Abu Bakar sebagai Khalifah Islam. Selepas kematian Khalifah kedua, Uthman, Aisyah membalas dendam kematiannya dalam peperangan unta. Beliau terlibat dalam pertempuran dengan memberi ucapan, dan menunggang unta beliau di dalamnya.

Perkahwinan

[sunting | sunting sumber]

Aisyah ialah satu-satunya isteri Nabi Muhammad yang dikahwini baginda dengan status anak dara atau gadis. Upacara pernikahan itu dilakukan oleh ayahanda Aisyah sendiri, Abu Bakar, dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham.

Usia Ketika Perkahwinan

[sunting | sunting sumber]

Terdapat perselisihan tentang umur sebenar Aisyah ketika menikahi Muhammad. Ada pandangan yang menyebutkan bahawa umur Aisyah ketika menjadi isteri Rasulullah ialah sekurang-kurangnya 14 tahun dan bukan 6 tahun.

Imam Bukhari menyatakan bahawa umur Aisyah sewaktu perang Uhud Peperangan Uhud berlaku pada 15 Shawal, tahun 3 Hijrah bersamaan bulan Mac tahun 625 Masihi. Imam Bukhari menyatakan di dalam kitabnya:

Diriwayatkan oleh Anas: Pada hari perang Uhud, aku melihat Siti Aisyah (ra) dan Ummu Sulaim, mereka menyinsing kain untuk memudahkan mereka bergerak. Rasulullah mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang hendak mengikut peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Mereka mesti berumur 15 tahun ke atas. Sesiapa yang berumur bawah dari 15 tahun, tidak dibenarkan mengikuti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.[1]

Walau bagaimanapun, diriwayatkan oleh Bukhari lagi didalam kitabnya:

Ibnu Umar (r.a.) mengatakan bahawa Rasulullah tidak membenarkan saya untuk mengikuti peperangan Uhud kerana ketika itu umur saya 14 tahun. Tetapi di waktu peperangan Khandaq, Rasulullah membenarkan saya ikut berperang sebab umur saya sudah 15 tahun.[2]

Mengikut sejarah, Aisyah ikut serta dalam peperangan Badar dan Uhud. Ini bermakna umur beliau adalah 15 tahun ke atas pada waktu itu. Berdasarkan riwayat dari Imam Bukhari ini jelas menunjukkan;

  1. Aisyah mengikuti peperangan Uhud dan umur beliau sudah menjangkau 15 tahun pada waktu itu.
  2. Jika umur Aisyah pada 625 Masihi (3 Hijrah) ialah 15 tahun maka Siti Aisyah dilahirkan pada 610.
  3. Aisyah kahwin dengan Nabi Muhammad pada tahun 623 bersamaan 1 Hijrah bermakna umur beliau adalah 14 tahun

Seterusnya, para ulama membandingkan usia Aisyah dengan kakaknya, Asma binti Abu Bakar. Menurut Ibu Hajar Al-Asqalani, Asma hidup sehinga 100 tahun dan wafat pada tahun ke-73 atau 74 Hijrah.[3] Ibnu Kathir pula mengatakan didalam kitabnya bahawa Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah ketika berusia 100 tahun sedangkan usia Asma pula adalah 10 tahun lebih tua daripada Aisyah.[4]

Oleh itu, mengikut pengiraan pendapat ini pula, jika pernikahan berlaku pada tahun pertama Hijrah, Siti Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad pada umur 18 tahun.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama mengambil Hadith berikut yang menunjukkan pernikahan Aisyah berlaku lebih awal sebelum itu lagi.

Aisyah (semoga Allah memberkatinya) melaporkan bahawa Rasulullah menikahinya ketika ia berusia tujuh tahun, dan baginda (Muhammad) membawanya ke rumahnya sebagai pengantin ketika ia berusia sembilan tahun, dan anak patungnya dibawanya, dan ketika ia (Muhammad) wafat, beliau (Aishah) berusia lapan belas tahun.[5]

— Hadis Sahih Muslim

Diriwayatkan oleh Aisyah: Rasul mengahwiniku apabila saya berumur enam tahun. Kami pergi ke Madinah dan menetap dirumah Harith Kharzraj. Lalu saya jatuh sakit dan rambut keguguran. Kemudian rambut saya tumbuh (kembali) dan ibuku, Ummu Rumman, datang kepadaku ketika saya sedang bermain ayunan bersama rakan perempuanku. Beliau memanggilku, dan saya mahu kepadanya, tidak mengetahui apa yang dia mahu buat pada saya. Beliau menangkap saya dengan tangannya dan membuat saya berdiri di hadapan pintu rumah. Saya menjadi sesak nafas, dan apabila pernafasan saya menjadi baik, beliau mengambil air dan menyapu pada wajah dan kepala saya dengannya (air). Lalu membawa saya masuk ke dalam rumah. Dalam rumah saya melihat beberapa wanita Ansar dan berkata, "Harapan terbaik dan Allah memberkati dan selamat berjaya." Lalu dia (ibu) mempertanggungjawabkan saya kepada mereka dan menyiapkanku (untuk perkahwinan). Tidak dijangka Rasulullah datang kepadaku pada petangnya dan ibuku membawaku kepadanya (baginda Rasul), dan pada masa itu saya perempuan berumur sembilan tahun.[6]

— Hadis Sahih Bukhari

Dinyatakan 'Aisyah: "Aku biasa bermain dengan boneka-boneka (anak patung) di depan Nabi, dan kawan-kawan perempuanku juga biasa bermain bersamaku. Jika Rasulullah biasanya masuk ke dalam (tempat tinggalku) mereka lalu bersembunyi, tapi Nabi lalu memanggil mereka untuk bergabung dan bermain bersamaku.[7]

— Hadis Sahih Bukhari

Periwayatan Hadith

[sunting | sunting sumber]

Aisyah adalah isteri Nabi Muhammad yang banyak terlibat dalam periwayatan Hadith. Beliau menjadi sumber rujukan dengan dikatakan meriwayatkan 2210 hadith dan daripada jumlah ini 316 disebut dalam kedua-dua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

  1. ^ Kitabu'l-jihad wa'l-siyar, Arabic, Bab Ghazwi'l-nisa' wa qitalihinna ma`a'lrijal
  2. ^ Kitabu'l-maghazi, Bab ghazwati'l-khandaq wa hiya'l-ahza'b
  3. ^ Taqribu'l-tehzib, Ibn Hajar Al-Asqalani, Pg 654.
  4. ^ Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372
  5. ^ Hadis Sahih Muslim Buku 008, Nombor 3327
  6. ^ Hadis Sahih Bukhari Jilid 5, Buku 58, Nombor 234
  7. ^ Hadis Sahih Bukhari Jilid 8, Buku 73, Nombor 151