Abad ke-3 SM
Penampilan
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-3 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 300 SM hingga 31 Disember 201 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- Awal abad ke-3 SM atau kemudian - Teater di Epidauros dibina.
- Permulaan peradaban Teotihuacán di Mexico.
- Perang pertama antara dua Perang Punik yang ditempur oleh Carthage dan Rom untuk menguasai Mediterranean barat.
- Rom menaklukkan Sepanyol.
- Penghijrahan orang-orang Gaul ke Macedon, Thrace, dan Galatia.
- 282 SM - 226 SM: Patung Raksasa Rhodes.
- 281 SM - Antiochus I Soter menjadi maharaja Empayar Seleucid pada pembunuhan bapanya, Seleucus.
- 279 SM - Singidunum dan Taurunum, yang masing-masing merupakan Belgrade dan Zemun kini, diasaskan oleh Celt Scordisci.
- 275 SM - Keakhiran sejarah Babylon.
- 273 SM - 252 SM: Ashoka Agung memerintah Empayar Maurya.
- 261 SM - Antiochus II Theos, putera ke-2, menjadi maharaja Empayar Seleucid pada kemangkatan bapanya.
- 214 SM - Qin Shi Huang dari Dinasti Qin menitahkan pembinaan Tembok Besar China.
- Pedagang-pedagang India mengunjungi negeri Arab secara tetap.
- Scythia menduduki Sogdiana di Uzbekistan kini.
- Pengasasan Dinasti Han (202 SM - 8 Masihi).
- Rumah Api di Alexandria dibina.
- Kemunculan budaya Hopewell di Ohio, Amerika Syarikat.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Mencius, ahli falsafah dan tokoh bijaksana Cina (371 - 289 SM).
- Euclid, geometer (k.k. 365 - 275 SM).
- Ashoka, raja Empayar Maurya di India (273 SM - 232 SM).
- Archimedes dari Syracuse, ahli matematik, ahli fizik, dan jurutera (k.k. 287 - 212 SM).
- Eratosthenes (k.k. 276 - 194 SM), ahli matematik, geografi, dan astronomi Yunani.
- Apollonius dari Perga, ahli matematik (k.k. 262 - 190 SM).
- Qin Shi Huang, maharaja China (259 - 210 SM, memerintah 246 - 210 SM).
- Hannibal, ketua tentera Carthage (247 - 182 SM).
- Brennus "kedua", ketua puak Gaul yang menyerang Macedon pada 279 SM.
- Dinasti Ptolemy memerintah di Mesir.
- Ptolemy I Soter (305 SM-282 SM), dan isterinya Eurydice .
- Ptolemy II Philadelphos (284 SM-246 SM), dan isteri-isterinya, Arsinoe I dan Arsinoe II Philadelphos.
- Ptolemy III Euergetes I (246 SM-222 SM), dan isterinya, Berenice II.
- Ptolemy IV Philopater (222 SM-204 SM), dan isterinya, Arsinoe III.
- Ptolemy V Epiphanes (204 SM-180 SM), dan isterinya Cleopatra I.
- Arcesilaus, pengasas Akademi baru.
- Manetho, menulis Sejarah Mesir.
- Xun Zi, pengasas Ultrakeundangan (falsafah).
- Zeno dari Citium, pengasas Stoisisme.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- Eratosthenes dengan tepatnya menghitung diameter Bumi.
- Permainan Weiqi berkedudukan mantap di China, dan mungkin diperkenalkan sejak milenium ke-2 SM.
- Batu Canopus (untuk Ptolemy III), No. 1, dalam Siri Batu Rosetta antara 3 buah batu. Pengenalan tahun lompat di Mesir. Tahun lompat tidak diakui secara rasmi sehingga Caesar pada tahun 55 SM.
- 293 SM: Jam matahari Rom yang pertama [Pliny (79ce): Sejarah Semula Jadi 7.213]
- Skru air direka oleh Archimedes
- Perekaan alat muzik hidraulis, leluhur organ, oleh Ktesibios, seorang jurutera Yunani yang bekerja di Alexandria.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Abad ke-3 SM |