Abad ke-32 SM
Penampilan
Milenium: | milenium ke-4 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: |
|
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-32 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 3200 SM hingga 31 Disember 3101 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- Metropolis Varna: Emas yang tertua di dunia ditemui dekat tasik Varna.
- k.k. 3150 SM - Narmer (Dinasti Pertama) memulakan pemerintahan di Mesir Kuno.
- Mesir Kuno: Hieroglif Mesir terawal yang diketahui pada permulaan Zaman Dinasti Awal.
- k.k. 3125 SM - Kemangkatan Narmer.
- Crete: Kebangkitan peradaban Minoan.
- Petempatan Neolitik dibina di Skara Brae, Kepulauan Orkney, Scotland.
- Masyarakat Zaman Batu Baru di Ireland membina Newgrange, makam berorientasi suria yang beratnya 250,000 tan meter (226,796.2 tonne).
- Perang Kurukshetra antara Pandava dengan Kaurava berlaku di India.
- 3102 SM – Bukti astrologi menentukan tarikh ini sebagai tarikh kewafatan Krishna pada umur 125 tahun.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Enoch, anak lelaki Jared (3138 SM - 2873 SM, menurut takwim Ibrani).
- Narmer, pewaris Serket serta pengasas Dinasti Pertama Mesir Kuno.
Perekaan, penemuan, dan pengenalan
[sunting | sunting sumber]- 13 Ogos 3114 SM — Tarikh permulaan Kiraan Panjang kini dalam takwim Maya.
- 3102 SM — Tahun 0 bagi zaman Kali Yuga bermula.
- k.k. 3100 SM — Permulaan fasa terawal pembinaan Stonehenge.