[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Baibars

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Baibars al-Bunduqdari
Pengasas Dinasti Bahri
Pemerintahan1260-1277
Pertabalan1260, Al-Salihiyya, Palestin
Nama penuhal-Malik al-Zahir Rukn al-Din Baibars al-Bunduqdari Abu al-Futuh
GelaranSultan Mesir dan Syria
PendahuluSaif ad-Din Qutuz
PenggantiAl-Said Barakah
DinastiDinasti Bahri
AgamaIslam Sunnah

Baibars, atau al-Malik al-Zahir Rukn al-Din Baybars al-Bunduqdari (Arab الملك‭ ‬الظاهر‭ ‬ركن‭ ‬الدين‭ ‬بيبرس‭ ‬البندقداري), diberi nama gelaran Abu al-Futuh[1] (Arabic: أبو الفتوح) (1223 – 1 Julai, 1277, Damsyik), merupakan seorang Mamluk yang penting dan Sultan bagi Mesir dan Syria. Beliau merupakan salah seorang komander tentera yang menyebabkan kekalahan teruk Raja Louis IX dari Perancis dalam Perang Salib Ketujuh dan memimpin barisan hadapan tentera Mesir di Pertempuran Ain Jalut yang penting pada tahun 1260,[2] dan menjadi tanda penting kekalahan pertama tentera Mongol. Pemerintahan beliau menandakan permulaan zaman penguasaan Mamluk di Mediterranean Timur dan menyatupadukan pertahanan sistem ketenteraan mereka. Beliau berjaya menunjukan jalan bagi menamatkan kehadiran tentera salib di Syria. Beliau juga telah menyatukan Mesir dan Syria menjadi sebuah negara yang berkuasa dan berupaya menangkis ancaman daripada kedua-dua tentera salib dan Mongol . Sebagai Sultan, Baibars juga memiliki kombinasi kemahiran diplomasi dan tindakan ketenteraan yang mana membolehkan Mamluk meluaskan empayar mereka.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Baginda telah lahir di Crimea, Baibars merupakan seorang Kipchak Turki.[3][4][5][6][7][8] Dikatakan bahawa baginda telah ditawan oleh Mongol di padang rumput Kipchak dan dijual sebagai hamba di Syria.

Tuan Baibars yang pertama, seorang emir (putera) dari Hama, telah mensyaki Baibars kerana penampilan luar biasa baginda (baginda seorang berkulit gelap, sangat tinggi dan memiliki katarak pada salah satu mata birunya).[9][10][11][12] Baibars kemudian dengan pantas dijual kepada seorang pegawai Mamluk dan dihantar ke Mesir, di mana baginda menjadi pengawal kepada pemerintah Ayyubid, As-Salih Ayyub.

Mendaki kuasa

[sunting | sunting sumber]
Ikon Baibar dari tahun 1260

Baibars merupakan seorang komander Mamluk pada sekitar tahun 1250, apabila baginda mengalahkan Louis IX dari Perancis semasa Perang Salib Ketujuh. Baginda masih merupakan seorang komander di bawah pemerintahan Sultan Qutuz di Pertempuran Ain Jalut pada tahun 1260 apabila baginda telah mengalahkan Mongol dengan teruk. Selepas tamat peperangan, Sultan Qutuz telah dibunuh semasa dalam satu ekspedisi memburu. Terdapat dakwaan mengatakan Baibars telah terlibat di dalam pembunuhan ini kerana baginda dijangka akan dianugerahkan jawatan sebagai gabenor bagi Aleppo di atas kejayaan peperangan baginda; akan tetapi Qutuz, yang gusar dengan cita-cita Baibars, menolak untuk memberi kedudukan seperti itu dan oleh itu telah mengecewakannya.[13] Baibars kemudian menggantikan Qutuz sebagai Sultan Mesir.[14]

Sebagai Sultan Mesir dan Syria

[sunting | sunting sumber]

Baginda meneruskan apa yang dikatakan sebagai pergelutan berpanjangan dalam menentang negeri salibi di Syria, bermula dengan Principality of Antioch, yang mana telah menjadi sebuah negeri naungan Mongol, dan telah terlibat di dalam serangan ke atas kawasan-kawasan Islam di Damsyik dan Syria.

Pada tahun 1263, Baibars menyerang Acre, ibu kota bagi bekas Kerajaan Jerusalem, tetapi tidak berjaya menawannya. Meskipun begitu, baginda mengalahkan tentera salib di dalam pertempuran-pertempuran lain (Arsuf, Athlith, Haifa, Safad, Jaffa, Ashkalon, Caesarea).

Pada tahun 1266 Baibars menakluk negara Kristian Cilician Armenia, yang mana di bawah pemerintahan Raja Hethum I, yang telah tunduk kepada Empayar Mongol. Ini memisahkan Antioch dan Tripoli, yang pada masa itu diketuai oleh abang ipar Hetum, Putera Bohemond VI. Pada tahun 1268, Baibars telah mengepung Antioch, dan menawan kota ini pada 18 Mei. Baibars yang telah berjanji untuk tidak mengapa-apakan penduduk kota, kemudian melanggar janjinya dan telah memusnahkan kotanya, membunuh dan menghambakan para penduduk selepas mereka menyerah diri.[15] Pemerintah Antioch, Putera Bohemund VI dari Antioch, kehilangan kesemua wilayahnya kecuali County of Tripoli. Disebabkan Putera Bohemund tidak berada di Antioch semasa serangan ini, Baibars telah menulis surat kepadanya dan memperincikan kaedah-kaedah penyeksaan dan keganasan yang dilakukan ke atas penduduk Antioch, dan mengakhiri surat dengan berkata, "Sekiranya kamu berada di sana untuk menyaksikannya, kamu akan berharap bahawa kamu tidak akan dilahirkan."

Tentera Mamluks di bawah pemerintahan Baibars (kuning) bertempur dengan Franks dan Mongol semasa Perang Salib Kesembilan.

Baibars kemudian mengalih perhatian ke Tripoli, tetapi kemudian menghentikan pengepungannya selepas satu gencatan senjata ditandatangani pada Mei 1271. Kejatuhan Antioch telah membawa Perang Salib Kesembilan yang singkat, dengan diketuai oleh Edward I dari England, yang tiba di Acre pada Mei 1271 dan cuba untuk bersekutu dengan Mongol untuk menentang Baibars. Baibars kemudian mengistiharkan perjanjian damai dengan Tripoli, dan juga bersetuju berdamai dengan Edward (yang tidak pernah berjaya menawan sebarang wilayah daripada Baibars). Berdasarkan beberapa laporan, Baibars telah cuba untuk membunuh Edward dengan racun, akan tetapi Edward berjaya melepaskan diri dan kembali ke England pada tahun 1272.

Pada tahun 1277, Baibars telah menyerang Kesultanan Seljuk Rûm, yang mana kemudian dikuasai berjaya dikuasai oleh Mongol. Baginda mengalahkan tentera Mongol di Pertempuran Elbistan, menawan kota Kayseri, tetapi tidak berjaya mempertahankan sebarang wilayah taklukan baginda di Anatolia. Baginda kemudian telah berundur kembali ke Syria.

Baibars telah berkahwin dengan beberapa wanita dan memiliki tujuh orang anak perempuan dan tiga anak lelaki. Dua anak lelaki beliau, al-Said Barakah dan Solamish, kemudian menjadi sultan.

Baibars meninggal dunia di Damsyik pada 1 Jun, 1277. Kematian baginda menjadi tajuk beberapa spekulasi akedemik. Banyak sumber-sumber bersetuju bahawa beliau meninggal dunia disebabkan oleh meminum racun kumis yang asalnya ditujukan kepada orang lain.[16][17][18] Beberapa sumber mengagak bahawa Baibars mungkin telah menyediakan racun sendiri: setelah diberi amaran oleh ahli astronomi bahawa gerhana bulan yang akan datang menandakan kematian raja yang berkuasa, baginda mungkin ingin meracun seorang putera raja lain bagi mengelakan kematian baginda sendiri, dan secara tidak sengaja telah meminum racunnya sendiri.[19] Beberapa sumber lain berpendapat baginda telah mangkat disebabkan kecederaan semasa kempen ketenteraan, atau disebabkan oleh penyakit.[20] Baginda telah dimakamkan di Perpustakaan Az-Zahiriyah di Damsyik.[21]

Penilaian

[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang Sultan Mamluk daripada Bahri agung yang pertama, Baibars telah menjadikan kenaikan pangkat berdasarkan meritokrasi di dalam masyarakat Mamluk. Baginda mengambil kuasa teakhir selepas kematian Sultan Sayf al Din Qutuz, akan tetapi sebelum menjadi Sultan beliau merupakan komander bagi tentera Mamluk di dalam peperangan-peperangan yang penting pada Zaman Pertengahan, mengundurkan tentera Mongol di Pertempuran Ain Jalut pada tahun 1260.

Baginda telah mengambil kejayaan ketenteraan Saladin sebagai ikutannya.

Meskipun Dunia Islam mengganggap baginda sebagai wira negara selama beberapa kurun, (Negara Mesir dan Syiria masih lagi mengganggap sebagai wira), Sultan Baibars dibenci oleh Dunia Kristian pada masa itu kerana telah memusnahkan tapak-tapak suci dan melakukan pembunuhan beramai-ramai atau menghalau penduduk Kristian.

Baibars merupakan seorang pemerintah yang popular di Dunia Islam, yang mana berjaya mengalahkan tentera salib di dalam tiga peperangan salib, dan Mongol dalam Pertempuran Ain Jalut yang mana para sarjana berpendapat merupakan satu makro-sejarah yang besar dan penting. Bagi menyokong kempen ketenteraannya, Baibars telah mentauliahkan senjata, kapal perang dan kapal kargo. Kempen ketenteraan baginda merebak sehingga ke Libya dan Nubia. Baginda juga memiliki para penasihat cekap yang menaruh minat di dalam membina pelbagai projek infrastruktur, seperti sistem menghantar pesanan daripada Kaherah ke Damsyik dalam masa empat hari. Baginda juga membina jambatan, tali air dan terusan kapal, memperbaiki pelabuhan dan membina masjid.

Memoir baginda direkodkan dalam Sirat al-Zahir Baibars ("Life of al-Zahir Baibars"), sebuah cerita khayalan Arab popular yang mencatatkan pencapaian dan pertempuran baginda.

Al-Madrassa al-Zahiriyya adalah sebuah sekolah yang dibina bersebelahan dengan makamnya di Damsyik. Perpustakaan Az-Zahiriyah, kaya dengan simpanan pelbagai manuskrip di dalam pelbagai cabang pengetahuan sehingga hari ini.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Baibars diberi nama gelaran Abu al-Futuh dan Abu al-Futuhat yang bermakna bapa penaklukan, merujuk kepada kejayaan-kejayaan beliau
  2. ^ The New Encyclopædia Britannica, Macropædia, H.H. Berton Publisher, 1973-1974, p.773/vol.2
  3. ^ Al-Maqrizi, Al Selouk Leme'refatt Dewall al-Melouk, p.520/vol.1
  4. ^ Ibn Taghri, al-Nujum al-Zahirah Fi Milook Misr wa al-Qahirah, Year 675H /vol.7
  5. ^ Abu al-Fida, The Concise History of Humanity , Tarikh Abu al-Fida pp.71-87/ year 676H
  6. ^ Ibn Iyas , Badai Alzuhur Fi Wakayi Alduhur , abridged and edited by Dr. M. Aljayar, Almisriya Lilkitab, Cairo 2007, ISBN 977-419-623-6 , p.91
  7. ^ Baibars in Concise Britannica Online, web page
  8. ^ Brief Article in Columbia Encyclopedia, web page Diarkibkan 2004-04-22 di Wayback Machine
  9. ^ Al-Maqrizi, Al Selouk Leme'refatt Dewall al-Melouk, Dar al-kotob, 1997. p. 98/vol.2 Idem in English: Bohn, Henry G., The Road to Knowledge of the Return of Kings, Chronicles of the Crusades, AMS Press, 1969.
  10. ^ Abu al-Fida, The Concise History of Humanity , Tarikh Abu al-Fida pp.71-87/ year 676H
  11. ^ Ibn Taghri, al-Nujum al-Zahirah Fi Milook Misr wa al-Qahirah, Dar al-Kotob, Beirut 1992. pp.106-273 / vol.7. History of Egypt, 1382-1469 A.D. by Yusef. William Popper, translator Abu L-Mahasin ibn Taghri Birdi, University of California Press 1954.
  12. ^ Marsot, Afaf Lutfi Al-Sayyid. A History of Egypt: From the Arab Conquest to the Present. Cambridge University Press, 2007. page 33
  13. ^ It should be noted that the story of the involvement of Baibars in the assassination of Sultan Qutuz was told by different source-books historians in different ways, in one account the assassinators killed Qutuz while he was giving a hand to Baibars. (Al-Maqrizi) and (Ibn-Taghri). On another account, which is an Ayyubid source, Qutuz was giving a hand to someone when Baibars struck his back with a sword.(Abu-Al-Fida). A third account mentioned that Baibars tried to help Qutuz against the assassinators.(Hassan,O.). According to Al-Maqrizi the Emirs who struck Qutuz were Badr ad-Din Baktut, Emir Ons and Emir Bahadir al-Mu'izzi. (Al-Maqrizi, p.519/vol.1)
  14. ^ MacHenry, Robert. The New Encyclopaedia Britannica. Encyclopaedia Britannica Inc., 1993. Baibars
  15. ^ "Hudson Institute > American Outlook > American Outlook Article Detail". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-01-29. Dicapai pada 2009-05-21.
  16. ^ Kimball, Charles Scott (2000). "A General History of the Middle East". The Xenophile historian. Dicapai pada 2008-08-28. External link in |publisher= (bantuan); |chapter= ignored (bantuan)
  17. ^ Kjeilen, Tore. "Baybars I". Encyclopedia of the Orient. Dicapai pada 2008-08-27.
  18. ^ Rabie, Hassanein Muhammad. "Baybars I". Encyclopedia Britannica Online. Dicapai pada 2008-08-27.
  19. ^ Young, Robyn (2007). Crusade. Dutton. m/s. 484.
  20. ^ Ibid.
  21. ^ Zahiriyya Madrasa and Mausoleum of Sultan al-Zahir Baybars

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz
Sultan Mamluk
1260–1277
Diikuti oleh:
Al-Said Barakah