Nuri
Parrot | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Klad: | Psittacopasserae |
Order: | Psittaciformes Wagler, 1830 |
Famili super | |
Cacatuoidea (kakaktua) | |
Julat taburan parrot, semua spesies (merah) |
|
Nuri (atau juga dikenali sebagai psittasin) (disebut /ˈsɪtəsaɪnz/) adalah sekumpulan burung yang membentuk order Psittaciformes. Ia terdiri dari 86 genus dan kira-kira 372 spesies. Ia boleh dijumpai di kebanyakan kawasan beriklim panas dan tropika. Order ini kemudian dibahagikan kepada tiga keluarga iaitu Psittacidae (parrot asli), Cacatuidae (kakatua) dan Strigopidae (parrot New Zealand). Parrot ini bertaburan luas dan mendiami kawasan sederhana panas seperti di Hemisfera Selatan. Kepelbagaiannya dapat dilihat lebih tertumpu di kawasan Amerika Selatan dan Australasia.
Ciri-ciri fizikal burung parrot ialah mempunyai paruh yang kuat dan melengkung, bertenggek tegak, mempunyai kaki yang kuat dan berkuku kaki zigodaktil. Kebanyakan parrot mempunyai warna yang terang dan jelas, serta terdapat juga beberapa yang mempunyai banyak warna. Bagi bulu pelepah burung kakaktua, kebiasaanya berwarna putih sehinggalah ke warna hitam dan juga berbulu pelepah yang boleh digerakkan di atas kepalanya. Kebanyakan parrot menunjukkan sedikit atau tiada langsung sifat dimorfisme seksnya. Di samping itu, parrot ini juga terdapat dalam pelbagai saiz.
Diet pemakanan burung parrot ini kebiasaanya seperti bijirin, kekacang, buah, tunas dan lain-lain tumbuhan lagi. Terdapat juga beberapa spesies yang memakan haiwan dan bangkai, manakala burung lories dan lorikeet hanya memakan nektar tumbuhan dan bebuah yang lembut. Hampir kesemua parrot akan bersarang di lubang pokok (atau kotak sarang bagi yang di dalam kurungan) dan akan bertelur berwarna putih yang mana akan menetas sebagai anak burung parrot.
Menurut kajian, parrot dan juga beberapa jenis burung yang lain seperti gagak, iaitu raven, jay dan magpie, merupakan burung yang paling bijak dalam kalangan burung-burung yang lain dan juga berkebolehan untuk meniru suara manusia bagi beberapa spesies, yang mana meningkatkan lagi populariti burung tersebut sebagai haiwan kesayangan. Malangnya, tindakan menangkap dan menjual sebagai haiwan peliharaan di pasar gelap, serta pemburuan dan saingan daripada spesies invasif telah menyebabkan kehilangan habitat dan kekurangan populasi liarnya kerana dijadikan sasaran oleh kumpulan unggas yang lain untuk mengeksploitasi kumpulan parrot ini, berbanding dengan kumpulan burung yang lain. Tindakan pemuliharaan yang terkini telah mengambil kira langkah serius dalam memelihara habitat beberapa spesies burung yang kurang karismatik, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas beberapa spesies karismatik yang berprofil tinggi, yang mana, juga hidup dalam satu ekosistem yang sama.
Evolusi dan Sistematik
Asal usul dan evolusi
Menurut pakar burung, asal usul burung parrot ini tidak begitu jelas. Kepelbagaian Psittaciforme di Amerika Selatan dan Australasia, dianggap evolusi order telah berlaku di sekitar Gondwanaland, yang terletak di tengah Australasia. Walau bagaimanapun, penemuan rangka parrot di dalam rekod fosil telah menimbulkan masalah dalam membuktikannya.
Berdasarkan mendapan serpihan daripada paruh bawah burung ini yang sepanjang 1002 mm (UCMP 143274) yang dijumpai di Lance Creek Formation di Niobrara County, Wyoming, telah dianggap fosil parrot tertua dan juga berkemungkinan telah wujud sejak zaman Cretaceous Akhir, kira-kira 70 juta tahun dahulu. Kajian demi kajian telah dibuat dan ramai pakar beranggapan bahawa fosil ini bukannya daripada fosil burung, tetapi daripada caenagnathid theropod atau dinasaur bukan avian yang mempunyai paruh seakan burung.
Kini, secara kasarnya, Psittaciformes atau pun burung-burung yang berkait dengan ordernya, telah dikatakan berasal daripada peristiwa kepupusan Cretaceous–Tertiary, yang berlaku lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Jika ya, maka ianya mungkin belum berlaku evolusi morfologi autapomorphiesnya, tetapi merupakan burung arboreal, yang mana secara kasarnya menyerupai (tidaklah begitu ketara) potoo atau burung frogmouths pada hari ini (lihat Palaeopsittacus di bawah).
Rujukan
Pautan luar
- Parrots, Macaws and Allies
- Parrot videos Diarkibkan 2016-06-20 di Wayback Machine on the Internet Bird Collection