[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Marvin Gaye

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marvin Gaye
Gaye pada 1973
Latar belakang
Nama lahirMarvin Pentz Gay Jr.
Kelahiran(1939-04-02)2 April 1939
Washington, D.C., Amerika Syarikat
Meninggal dunia1 April 1984(1984-04-01) (umur 44)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
  • Penerbit rakaman
Instrumen
  • Vokal
  • Piano
  • Keyboard
  • Pensintesis
  • Dram
Tahun aktif1957–1984
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Marvin Gaye (lahir Marvin Pentz Gay Jr; 2 April 1939–1 April 1984)[1] ialah penyanyi, penulis lagu, dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Gaye sebagai pemuzik yang banyak berpengaruh terhadap gaya muzik ala Motown pada dekad 1960-an, sebagai sesionis Motown, dan kemudian sebagai pemuzik solo dengan serangkaian hit, mendapat jolokan "Putera Motown" dan "Putera Muzik Soul".

Lagu-lagu Gaye dalam genre Motown termasuk "Ain't That Peculiar", "How Sweet It Is (To Be Loved By You)", dan "I Heard It Through the Grapevine", serta rakaman duet bersama Mary Wells, Kim Weston, Diana Ross, dan Tammi Terrell. Sepanjang tahun 1970-an, beliau merakamkan album What's Going On dan Let's Get It On dan menjadi salah satu artis ternama pertama di Motown, bersama dengan Stevie Wonder, yang tidak bergantung sepenuhnya oleh Motown. Rakamannya kemudian mempengaruhi beberapa subgenre R&B kontemporari, seperti quiet storm dan neo soul.[2] Selepas berada di Eropah sebagai pengasingan cukai pada awal tahun 1980-an, Gaye melancarkan lagu hit 1982 "Sexual Healing", yang memenangi Anugerah Grammy pertamanya, dan album induknya Midnight Love.[3] Penampilan terakhir Gaye di televisyen dalam All-Star Game NBA 1983, di mana beliau menyanyikan "The Star-Spangled Banner", Motown 25: Yesterday, Today, Forever dan Soul Train yang merupakan penampilan ketiga dan terakhirnya.[4]

Pada 1 April 1984, Marvin Gaye dibunuh oleh bapanya, Marvin Gay Sr. Bapanya menembak anaknya dengan cara menggunakan pistol dari jarak dekat, di rumah mereka di daerah West Adams, Los Angeles.[5][6] Sejak kematiannya, banyak institusi telah memberikan Gaye secara anumerta dengan anugerah lainnya termasuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Grammy, dan menjadi ahli abadi Rhythm and Blues Music Hall of Fame, Songwriters Hall of Fame, dan Rock and Roll Hall of Fame.[7]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Album studio
Album kolaborasi
  • Together (bersama Mary Wells) (1964)
  • Take Two (bersama Kim Weston) (1966)
  • United (bersama Tammi Terrell) (1967)
  • You're All I Need (bersama Tammi Terrell) (1968)
  • Easy (bersama Tammi Terrell) (1969)
  • Diana & Marvin (bersama Diana Ross) (1973)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  • 1965: TAMI Show (dokumenter)
  • 1969: The Ballad of Andy Crocker (film televisi)
  • 1971: Chrome and Hot Leather (film televisi)
  • 1973: Save the Children (dokumenter)

Videografi

[sunting | sunting sumber]
  • Marvin Gaye: Live in Montreux 1980 (2003) [8]
  • The Real Thing: In Performance (1964–1981) (2006)
  1. ^ Simmonds 2008, m/s. 190–192.
  2. ^ Weisbard, Eric; Marks, Craig (October 10, 1995). Spin Alternative Record Guide (Ratings 1–10) (ed. 1st edi.). New York: Vintage Books. m/s. 202–205. ISBN 0-679-75574-8. OCLC 32508105.
  3. ^ "Marvin Gaye". GRAMMY.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-06-04. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2017. Dicapai pada 2019-06-09. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ Batchelor 2005, m/s. 41–43.
  5. ^ "Marvin Gaye House". Diarkibkan daripada yang asal pada April 25, 2013. Dicapai pada June 18, 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Communications, Emmis (January 1998). Dial Them For Murder. Los Angeles Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2014. Dicapai pada September 13, 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ "Marvin Gaye Timeline". The Rock and Roll Hall of Fame. January 21, 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada May 1, 2011. Dicapai pada December 23, 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ "Marvin Gaye – Live in Montreux 1980: Marvin Gaye: Movies & TV". Amazon.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 24, 2011. Dicapai pada July 8, 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]