[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

anjing

Daripada Wikikamus
Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai rencana mengenai:

Bahasa Melayu

Anjing (baka Foxhound Amerika)

Takrifan

[sunting]

anjing (ejaan Jawi انجيڠ)

  1. Sejenis binatang yang menyalak dari genus Canis (ada yang jinak dan ada yang liar).
    Sinonim: asu
  2. (kiasan) barua, tali barut, angsama, muncikari, jaruman, pinang muda.
    Dia menjadi anjing musuh kerajaan.

Kata majmuk

[sunting]
  • anjing ajak: anjing geladak anjing yang tidak dipelihara.
  • anjing-anjing:
  1. buah betis.
  2. sejenis tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora.
  3. = anjing perahu (lihat bawah).
  • anjing hitam: (kiasan) orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya kepada umum.
  • anjing laut: sejenis mamalia laut, Halichoerus grypus.
  • anjing perahu: alat untuk menggulung layar pada perahu.
  • anjing tanah: sejenis serangga, Gryllotalpa vulgaris.
  • burung anjing: burung pekaka, raja udang.

Etimologi

[sunting]

Sebutan

[sunting]

Terjemahan

[sunting]

Terbitan

[sunting]

Peribahasa

[sunting]
  • anjing galak, babi berani: berani sama berani, kuat sama kuat.
  • anjing diberi makan nasi bilakan kenyang: sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
  • anjing ditepuk menjungkit ekor: orang yang tidak berbudi, jika dihormati akan menjadi sombong.
  • anjing itu jika dipukul sekalipun, berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang: orang yang tamak dan tidak bermalu itu tidak peduli akan nama baiknya (tidak terhalang oleh hukuman).
  • anjing itu meski dirantai dgn rantai emas sekalipun, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis: orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimana sekalipun, tidak akan berubah lakunya.
  • anjing mengulangi bangkai: lelaki yang mengulangi perbuatan yang tidak senonoh (perempuan jahat dll).
  • anjing menyalak bukit mahukah runtuh, beberapa pun anjing menyalak bukit bolehkah runtuh: bagaimanapun orang yang jahat mencela orang yang baik tidak akan ada akibatnya.
  • anjing tiada bercawat ekor: sesuatu yang hina dan tidak berguna tidaklah indah pada mata sekalian orang.
  • bagai anjing beranak enam: dikatakan kepada perempuan yang kurus sekali kerana melahirkan anak.
  • bagai anjing melintang denai: seseorang yang sombong menunjukkan kesombongannya.
  • bagai anjing menyalak di ekor (di pantat) gajah: orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
  • bagai anjing tersepit di pagar: seseorang yang dalam kesusahan serba salah halnya.
  • bangsa anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan, dicium ada juga: orang yang biasa berbuat jahat itu walau bagaimanapun akan teringat juga akan perbuatan yang jahat.
  • bagai disalak anjing bertuah: tidak dapat bertangguh, permintaan mesti dikabulkan (berkenaan anak-anak yang tidak dapat ditolak kehendaknya).
  • melepaskan anjing tersepit (sesudah lepas dia menggigit): menolong orang yang tidak tahu membalas budi.

Rujukan

[sunting]

Pautan luar

[sunting]
  • "anjing" di Pusat Rujukan Persuratan Melayu.

Bahasa Indonesia

  • Lihat takrifan bahasa Melayu.