[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Gunung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Everest, gunung tertinggi di Bumi.
Gunung Kinabalu dilihat dari Kundasang, Sabah.

Gunung (Jawi: ݢونوڠ ; kata ganda: gunung-ganang ݢونوڠ-ݢانڠ) merupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa kawasan di sekitarnya mendedahkan batuan dasar; sebuah gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit antara 300–600 meter dari aras laut.[1]

Gunung dibentuk melalui kuasa tektonik, penghakisan atau letusan magma[2] yang berlaku selama puluh jutaan tahun.[3] Gunung banyak ditemukan berderet dalam satu banjaran;[2] banjaran-banjaran ini terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung. Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.

Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana menghalang pergerakan awan. Banjaran gunung Alp yang merupakan banjaran gunung yang terbesar di Eropah dianggap masih muda. Kemudaannya dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.

Gunung meliputi 54% kawasan Asia, 36% Amerika utara, 25% Eropah, 22% Amerika Selatan, 17% Australia dan 3% Afrika. Secara keseluruhan, 24% daripada daratan di Bumi terdiri daripada banjaran gunung. Selain itu, 1 dalam 10 orang tinggal di kawasan pergunungan. Semua sungai utama di dunia bermula dari gunung dan lebih separuh manusia bergantung kepada gunung untuk air.[4][5]. Gunung yang diiktiraf sebagai gunung tertinggi di dunia ialah Gunung Everest.

Tinggi gunung pada umumnya diukur dari aras laut, lantas menjadikan gunung Everest yang tingginya 8,848 meter (29,028 kaki) gunung tertinggi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung diambil dari kaki gunung hingga ke puncak, Gunung Berapi Mauna Kea di Hawaii yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi.[6]

Senarai gunung

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Vanya Karunia Mulia Putri (5 Jun 2022). "Apa Bedanya Gunung dan Bukit?". KOMPAS. Dicapai pada 3 September 2022.
  2. ^ a b Jackson, Julia A., penyunting (1997). "Mountain". Glossary of geology (ed. ke-4). Alexandria, Virginia: American Geological Institute. ISBN 0922152349.
  3. ^ Levin, Harold L. (2010). The earth through time (ed. ke-9). Hoboken, New Jersey: J. Wiley. m/s. 83. ISBN 978-0470387740.
  4. ^ "International Year of Freshwater 2003". Dicapai pada 7 Disember 2006.
  5. ^ "The Mountain Institute". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2006. Dicapai pada 7 Disember 2006.
  6. ^ Height of the Tallest Mountain on Earth.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]